Friday, December 16, 2011

Bukan Best Mana Pun Blog Fatin Liyana Tu...

As Salam semua

*kompem peminat FL cerca tajuk entry aku kan. Wait. Read first


Aku ni memang susah untuk termakan dengan provokasi. Bukannya hipokrit juga. Tapi aku lebih selesa kalau sesuatu perkara itu aku sahihkan dengan mata kepala dan rasa hati aku sendiri. Well, satu Malaysia tahu yang Fatin Liyana aka FL merupakan blogger letap letup kelas atasan dan telah berjaya mengalahkan Justin Bieber dalam Google Top Search 2011 baru- baru ni. Mana mungkin aku tak kenal dengan perempuan genit lagi bijak bestari tu. For sure lah. Tapi, aku bukan peminat tegar dia! Dulu kalau aku masuk blog HoneyKoyuki dia tu, aku just baca sekali lalu je. Sebab waktu tu aku rasa blog dia bukanlah best mana pun. Dekorasi pun biasa je! Update lambat je. Jadi aku pun just scroll down...down..and down.  So, bye-bye lah pada FL kan. 

But, suddenly... when the result keluar, I am wondering. Macam mana budak perempuan yang nama hampir dengan aku ni dapat kalahkan JB dengan pantasnya. So, aku pun teruslah Google FL blog. Start reading...ehmm.... apa yang menarik ye? Cuba kentalkan hati...

After reading a few entries of her...


Well...well..well... i found the answer. 

Aku rasa aku yang ketinggalan zaman. Baru aku tau kenapa follower FL cecah 30k + komen yang beratus-ratus untuk satu entry. Dan aku rasa, dia memang layak pun untuk di-adore-kan oleh semua follower dia! 

ENTRY YANG STRAIGHT & CLEAR CUT 
- Kau ingat senang ke nak mencerna kepala dan idea serta melahirkan ayat-ayat yang simple tapi sampai maksudnya kepada pembaca? *panjang ayat aku kan?*. Yes, FL have it. Ayat-ayat yang FL guna seriusly, simple dan tak memeningkan kepala untuk kita faham maksudnya. Malahan entry-entry dia semua straight to the point tapi meninggalkan kesan. Kira readers boleh imagine apa yang dia tulis tu.  Aku suka.

KEIKHLASAN
- Benda ni memang susah untuk wujud tapi tak mustahil. When i read FL's entry, aku dapat rasa keikhlasan dia menulis entry. Sebab takde langsung unsur-unsur sifat mazmumah seperti bangga diri, kerek, belagak, bajet hot dan sebagainya. *padahal FL tu dah memang hot gila*. Lagi satu, aku perhatikan, takde pun dia cuba membangga diri sedangkan otak FL brilliant kot. She is a future doctor wei! Kalau dia tak tahu, dia cakap dia tak tahu. Bukannya buat-buat tahu. Aku suka. 

HUMBLE
- Yes, FL memang humble. Sebabnya dia ni dahlah cantik. Pandai. Tapi takdelah setiap entry dia letak gambar dia yang bajet hot je. Aku suka blog yang macam ni. Aku pernah jumpa satu blog yang taklah seberapa sebenarnya pengisian entry dia tapi melaram letak gambar dia sampai 5-6 keping satu entry. Padahal gambar dia dengan entry takde kaitan! Damn! Mintak orang puji gambar dia lah tu kan sebenarnya...

CANTIK
- Ini pakej. Aku rasa kalau aku cantik pun, dah lama aku no. 1 kat Google Search! Hahaha Perasan*. Aku perhatikan blogger-blogger yang rising star ni mesti ada pakej yang lengkap. Kau tengok Hanis Zalikha. Cantik. Menarik. Sapa lagi, FL. Sudah pasti. Sebab apa kena ada full pakej? Bila kau cantik, kau boleh jadi model sekali. Bila kau blogger + kau model, kau terus jadi duta produk tu, terus kau boleh jadi promoter dan reviewer untuk produk tu. Tak nampak ke betapa untungnya syarikat tu? Sebab tu kalau nak jadi blogger letap letup kena ada full pakej. Tapi itu bonus je. Bukan absolute pun!


Jadi memang patutlah kalau blog Si FL tu jadi carian tertinggi google. Aku ingatkan pasal nama dia yang ada Fatin tu penyebab dia digemari ramai. Kalau itulah sebabnya, aku pun nak guna nama Fateen Innanie dalam dunia blog lah. Boleh? Takde makna. FL berjaya dalam dunia blog sebab dia menulis entry guna hotak. Bukan emosional semata-mata. Malahan, belum pernah pulak aku baca entry dia yang mengagungkan mana-mana lelaki. Kira bukannya jual cerita peribadi seperti kebanyakan blog hari ni yang tak habis-habis bercerita perihal kekasih hati. *meluat. Banyak info dan tips yang FL share. Dari segala aspek. Agama, kesihatan, kawan, shopping etc. Superb!

So,from now on. Aku pun adore blog dia lah...



p/s: Buat masa sekarang jadi silent reader je. Seganlah nak tegur...




16 comments:

  1. yup,setuju..Blog akak n pun terbaik apa?Entry de best..Hehe,Solehah kadang2 je komen blog ni sebab selalunya silent reader,huhu^^

    ReplyDelete
  2. KC pun peminat blog dia. silent reader gak .. sama mcm fatin.

    ReplyDelete
  3. Saye juge jd silent reader kat sini...

    ReplyDelete
  4. yehaaaaa!;) memang the bomb la blog dia;))

    =)
    suka sangat baca blog dia

    ReplyDelete
  5. sis nanie,comel la..masing2 ada kelebihan tersendiri..saya suka dua2..and support blogger2 yang lain..

    ReplyDelete
  6. salam awak,

    penah juga g blog dia dlu tp tetiba jd terlupa lak kt blog dia..pasni nk g semula lepas bc entry ni..he3 :)

    ReplyDelete
  7. jarang gak buka blog fatin liyana. tapi penah ada satu masa hari2 nak bukak. huhuu... suka tgk gmbar2, fesyen die. entry2 dia pun best. hehe

    ReplyDelete
  8. Sama gak silent reader blog FL..

    Kagum dengan dia dan kira my sifu la ;)

    ReplyDelete
  9. suka tengok tutorial dia.terutama yang mix and match tu. plus,blog dia ringan,tak ada benda merepek2

    ReplyDelete
  10. muja dah start suke bace blog future lawyer nih,, hehe

    ReplyDelete
  11. jarang masuk blog dia. tapi kalau masuk tu akan baca semua entri dia dari yang baru sampai yang lelama.

    ReplyDelete
  12. setiap orang ada kelebihan tersendiri..support each other..it must ^__^ FL adalah contoh blogger yang bagus .

    ReplyDelete
  13. yups,baik.suka tengok FL,memang cantik.story nya pun best.tapi nak komen tak sangat coz da beratus yang komen.hhihi

    ReplyDelete
  14. Baru kenal FL dr tahun 2012 :)

    Sy suka cara penulisan dia tu yang boleh buat sy baca enry yang kadang2 panjang tanpa skip .


    Blog awk comel <3

    Selamat berbelog

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork