Sunday, December 11, 2011

Carilah Jodoh Dari Golongan "Lelaki Cantik" & "Perempuan Gagah"

As Salam semua



Dalam hidup kalau boleh semua orang mahukan pasangan yang terbaik. Yang sempurna dan cukup untuk membuat hati bahagia. Tapi tanpa kita sedari kadang-kadang kriteria dan standard yang kita letakkan hanyalah ukuran luaran semata-mata. Pernah tak kita berharapkan jodoh kita datangnya daripada seorang lelaki cantik atau seorang wanita gagah? Tentu fizikal jugak yang korang bayangkan sekarang kan? Adakah lelaki tu golongan lembut? Atau perempuan itu tomboy? No. Bukan itu! 

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.


Lelaki yang cantik,adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa




Perempuan yang gagah,adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

5) Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.


Jadi pasangan yang bagaimana sebenarnya yang kita perlukan untuk melengkapi hidup kita? Semoga kita semua dikurniakan jodoh terbaik dari Dia. Amin.


p/s: Lecturer aku ada pesan, biasanya kita akan cari pasangan yang memiliki part fizikal yang paling kita suka pada diri kita. Contohnya, kita suka part mata kita sebab bulat. Kita juga akan cari pasangan yang bermata bulat. Sebab tu lah muncul peribahasa "Bagai pinang dibelah dua". wallahualam! 






6 comments:

  1. nice entryy
    lelaki yg cantik n perempuan perkasa

    ReplyDelete
  2. memberi madu.. :)

    nice sharing..i like

    ReplyDelete
  3. sebab tu biasanya orang yang tahan lama dalam perhubungan ni biasanya muka lebih kurang!

    ReplyDelete
  4. Yea!
    isyaAllah mahu dapat jejaka yg cantik..tpi diri ini perlu menjadi gagah terlebih dulu. -_____-

    ReplyDelete
  5. hai iz dtg cni. suke la entry ni :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork