Wednesday, December 7, 2011

Green Wardrobe @ Green Bazar melestarikan Alam Sekitar Kita!

As Salam semua

Aku pelik betul dengan blogspot ni. Tak pasti sama ada aku sorang yang ada masalah atau ada jugak blogger lain. Mana taknya, bila siang hari aku memang langsung tak dapat jenguk blog kesayangan. Sekadar dapat bukak dashboard. Bila macam tu, mana mungkin mood update blog aku mencanak? Mesti merundum jatuh. Tapi tak kan selamanya macam ni. Mana boleh, habislah hilang reader kesayangan aku. So, aku tetap teruskan jugak walaupun geram + bengkak je hati ni.

Last weekend, aku join team UM Cares untuk Green Bazaar yang diadakan di Kondo Rakyat, Pantai Dalam. Green Bazaar ni lebih kurang macam Car Boot Sales lah. Menjual barang-barang terpakai dengan tujuan mengurangkan pembuangan sampah pepejal dan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjaga dan melestarikan alam sekitar. Malahan, kiteorang gunakan shopping bag,kotak, dan pelbagai barangan terpakai untuk mencantikkan booth. Guna apa yang ada lah senang cerita. Tak yah nak beli baru! 

Seriously, memang seronok sangat team UM Cares yang menjayakan Green Bazaar ni. Paling kecoh of course lah booth aku. Booth aku menjual pakaian terpakai, buku-buku, kasut dan selipar terpakai, pakaian kanak-kanak, shawl, kerongsang etc. Malahan sebenarnya pakaian-pakaian tu, bukanlah terpakai sangat pun. Sebab ada sesetengah pakaian yang belum dipakai pun dan memang in a tip top condition! Paling geram, kebanyakan barangan ada brand yang original tapi dijual sangat murah ye. Contohnya Zara, Mark & Spencer Jeans, Padini, Hush Puppies, Nike etc. 

Green Wardrobe


Gunakan Recycle Bag & kotak untuk pack barang

Ni cilok dari rumah akak aku, sebab tu tarikh bulan 10. Tapi comel!


Dan inilah pulak barangan yang dijual hari tu,

Baju elok-elok lagi. Bersarung bagai. 
Ni lah booth aku! 

Beg terpakai
Murah kan? Boleh nego lagi tu! 
Tag Harga dari Kotak Kasut
Ini paling menarik hati kanak-kanak! Laku sangat! 

Kasut dan selipar ni semua sekali pakai je! 

Yes, shawl satu sehinggit

Green Wardrobe's Angel



Untuk abang-abang kacak! Nasib baik aku takde laki, kalau tak dah rembat!

Ini pulak hasil kraftangan penduduk Kondo Rakyat!
Tengok tu. Boleh nego lagi.
Buku-buku ilmiah. 
Owner cawan ni suka benda comel. Beli tapi tak guna pun. Jadi dia nak let go je! 

Ni kedai belakang kiteorang.
Akak-akak tu pun kaki shopping, jadi barangan dia branded dan elok-elok. Aksesori dia hot kot.
Botol susu ni new item tau! 
Aksesori

English Novel hanya RM 5

Untuk keuntungan, Alhamdulillah memberangsangkan. Matlamat kami sebenarnya bukan nak keuntungan sangat pun tapi kami nak habiskan jualan. Khabarnya, bulan Januari nanti ada lagi Green Bazaar macam ni. Insya-Allah untuk next time aku akan fokus jual pakaian kanak-kanak. Tukar selera. Jadi, kalau korang berminat untuk join Eco Bazaar ni, sangat-sangat dialu-alukan. Kalau korang tak nak jadi peniaga tapi ada barang yang nak di let-go pun boleh jugak. Bagitau aku dan kalau kena gayanya, boleh je aku tolong jualkan! Selain daripada menyelamatkan alam sekitar, boleh juga menyelamatkan poket aku daripada kopak! Hehehe. 




p/s: Jangan ingat dunia ni kita punya sorang je tau. Banyak lagi hidupan yang perlu dipelihara dan dijaga! Alam sekitar lestari, penduduk bumi bestari! 

3 comments:

  1. wahh bestnye ! dah abesla ni kan? nty update ye bile ade lg jual2 cmni. harus diterjahin. hee~

    ReplyDelete
  2. uarrggghh!! bestnyer.. ade lagi x ?? :)

    ReplyDelete
  3. waaa macam best.kalau mas,sure beli gelang n novel.hihih

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork