Thursday, December 8, 2011

Kritikan Nombor Satu Buat Blog Cik Puan Bunga!

As Salam semua

Tak sia-sia aku tolong ingatkan seorang blogger tua senior ni. Pada awalnya dia terlupa janji dia yang nak umumkan pemenang pada 7hb. Patutlah aku stalk blog dia semalam hampir 66 kali, tapi keputusan tak keluar-keluar...rupanya dia mengigau! Mentang-mentang cuti sekolah, tarikh pun dia lupa... kan Cik Puan Bunga!?

Tapi tak kisahlah, biasalah supermom macam CPB kan sibuk... kehkehkeh. Nasib baiklah berita gembira yang dibaginya, kalau tak...malu je! Yek-yek-oh je ingatkan penganjur sekali kalah! Alhamdulillah, aku menang tempat pertama untuk Contest tu. Memanglah, bab kritik mengkritik ni aku memang nombor satu! Kau bagi jelah apa pun, dari A-Z aku boleh cakap tapi aku bukan seorang yang suka condemn! Kritikan harus membina. Bukan membinasa!


Haaaa tu dia, bangga sat bila nama aku diumum sebagai tempat pertama. Time aku nak bukak result ni, aku siap tutup sebelah mata lagi. Punyalah chuak. Yerlah, kau gile ingat senang ke nak tawan hati cikgu Bahasa Inggeris paling gengster area Yong Peng! Phew.... ENTRY KEMENANGAN DISINI

Jadi sekarang ni, aku tengah request nak mintak hadiah special dari Cik Puan Bunga. Ingatkan nak mintak ni...boleh buat stok geli-geli. Kehkehkeh




Adam Irfan Xaharis, budak ngada-ngada yang dah curi hati aku ni ha. Haish, geram je rasa. Harap-harap CPB sudilah bagi AIX ni sebagai hadiah kat aku. Kehkehkeh. Btw, terima kasih banyak-banyak CPB sebab mencairkan hati anda untuk entry kritikan pedas saya tu. Segala yang elok akak ameklah, kalau yang tak berkenan tu buang sahaja! Terima kasih banyak-banyak ye kak..... *nada ikhlas sangat ni*




p/s: Kalau tak bagi pinjam AIX, bagi pinjam papa dia pun boleh....*pang!* 







1 comment:

  1. hehe.. pinjam papanya.. memang nak kena pang tu..kihkihkih.

    Kak Nida menang tempat kelima.. thanks ye tag akak aritu..:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork