Sunday, December 18, 2011

Sampah Pun Kita Bayar Lah!

As Salam semua



Kalau bab pasar malam, rakyat Malaysia memang suka. Sebab barang murah dan banyak sumber makanan. Kalau kat area UM ni, 2 pasar malam yang paling popular ialah kat Kerinchi dan Pantai Dalam. Jadi, semalam aku ke pasar malam Pantai Dalam, yes kawasan Black Mentor tu. Sapa nak jumpa, mari datang! Tapi bukan pasal Black yang aku nak ceritakan. Bukan juga pasal White. Tapi pasal peniaga pasar malam.

Aku beli dadih. Terus makan kat situ.  Lepas dah habis makan, aku tercari-cari lah tong sampah untuk aku buang bekasnya. Tapi tak jumpa. Agak pelik jugak sebab kenapa takde tong sampah. Tak kan peniaga ni bawak balik sampah dorang. Untung benar lah kan! Aku pun  tanyalah kat abang peniaga dadih tu. 

Aku: Abang, tong sampah mana? 
Abg: Tong sampah takde, awak buang je kat mana-mana yang awak suka. 
Aku: Haaa?? buang kat mana-mana?? 
Abg: Ye, awak buang je kat mana-mana yang awak suka. Sini pun boleh. Sebab kita dah bayar. Sampah tu pun kita dah bayar pada DBKL. Jadi biarlah diorang buat kerja. Angkut sampah yang kita buang! Kalau tak dorang takde kerje. 
Aku: Tapi saya tak pandailah nak buang sampah merata. *sumpah aku tak tau nak campak ke, letak ke atau macam mana. Aku tak tipu! 
Abg: Hish, awak ni, itupun tak pandai. Meh sini *sambil rampas bekas dadih tu kat tangan aku dan dengan selamba dia campak bekas dadih tu kat tepi jalan. Tak lama terus ditendang oleh satu kaki, dan satu kaki lagi dan akhirnya hilang dari pandangan. 
Aku: Tergamam!
Abg: Sengeh kerang busuk. 

Kau nampak tak macam mana mentaliti orang kita. Bila dah ada yang diharapkan, buat apa nak bertanggungjawab! Aku speechless sangat bila berhadapan dengan orang yang mentaliti kelas rendah ni. Ye, aku tau abang-abang peniaga ni dah bayar cukai pada Majlis Perbandaran @ DBKL tapi itu tak semestinya kita boleh buang sampah merata-rata. Tak semestinya tanggungjawab kita terus takde. Kita tetap kena jaga kebersihan dan kalau boleh kurangkan pembuangan sisa pepejal. Ini tidak, mentang-mentang ada orang yang diharapkan, makin dibuang-buang sampah tu. Longgokanlah satu tempat. Masukkan dalam plastik sampah ke. Jangan sepah-sepah. Kau dapat bayangkan tak kalau semua peniaga berfikiran cetek macam abang tu apa jadi pada kawasan pasar malam tu? Dia ingat bayar berapa ringgit ntah tu besar sangat agaknya! 


Tanggungjawab menjaga kebersihan ni adalah tanggungjawab semua. Kecik, besar, tua, muda semua kena bertanggungjawab. No excuse! Tak kira tempat, tak kira masa. Pada aku lah kan, takde masalah nak didik budak-budak untuk buang sampah dalam tong sampah, kutip sampah dan sebagainya. Yang jadi masalah ni haaa bila bapak budak, abang budak atau mak budak. Nak ditegur, kang nanti dikata kurang ajar. Tak ditegur, sakit je hati dengan perangai dorang! Tak kan nak sepanjang masa kita nak sabar.... 


p/s: Kalau  tau macam itulah cara abang  buang sampah, baik aku reuse bekas dadih tu!

5 comments:

  1. dah bayar ke tak aku rasa mesti dieorang buang sepah2 jugak.

    ReplyDelete
  2. dia tak rasa orang kerja angkat sampah macam mana.. sebab tu boleh suka hati je buang sampah merata-rata..

    ReplyDelete
  3. 'kebersihan bermula dari kita'<<ayat iklan cartoon nilai murni..

    teruk tul sikap macam tuh..habisla..

    ReplyDelete
  4. hahaha...tergelak akak baca entry aik nih...de gak org mcm nih kan...

    ReplyDelete
  5. Nape lah abg tue pk mcm 2.. Kan lbh baik sampah kita tanggungjwab kita. Kan Kebersihan itu sebahagian drpd Iman..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork