Tuesday, March 29, 2011

Berhati-hatilah dengan Kawan Lintah

Salam semua

KAWAN. Satu perkataan yang kita semua kenal dan cuba mencarinya saban hari. Ada kawan yang baik, ada kawan yang penyayang dan ada kawan yang makan kawan jugak. Itu biasa dalam lumrah berkawan. Pada aku, kawan tak perlu banyak perkara yang dirisaukan. Sekali korang berkawan, terimalah dia seadanya. Jagalah hati dan perasaannya sebagaimana korang juga mahu dia menjaga hati dan perasaan korang. Dalam berkawan, aku cuba untuk jadi yang ikhlas dan terbaik.

Tapi, kadang-kadang, ramai jugak yang berpura-pura dalam berkawan. Berkawan seperti lintah. Tau tak apa tu lintah? Binatang yang suka menghisap darah. Bila dah kenyang akan dilepaskan gigitannya. Korang tak rasa apa masa lintah sedang menyedut darah tapi bila dah lepas gigit tu, korang baru terasa sakitnya. Baru nampak luka dan darahnya. Masa tu, dah tak boleh buat apa sekadar merelakan dengan ikhlas derma darah korang tu. 

Aku percaya, ramai di antara kita semua yang pernah berdepan dengan KAWAN LINTAH ni. Yer, aku juga pernah berdepan dengan KAWAN LINTAH ni suatu ketika dulu. Mungkin waktu tu, aku terlalu naif dalam mentafsir setiap agenda tersembunyi "kawan-kawan" aku tu. Mereka hanya menggunakan aku untuk kepentingan sendiri. Sedangkan dibelakang aku, masing-masing tunjuk taring. Biasalah manusia kan.. hanya gagah di belakang bayang musuhnya.  

Seperti lintah, masih ada kebaikannya.  Aku tetap bersyukur sebab diberikan kawan yang sebegitu sebab sekarang ni, segalanya telah terbukti. Bukan nak tunjuk hebat atau bangga diri, tapi keikhlasan tu sememangnya membuahkan hasil. Mereka bukanlah saingan aku yang sepatutnya. Mereka hanya cebisan kecil kenaifan aku. Takpe, biarkan. Sekarang, aku berhati-hati dalam setiap tingkah dan kata-kata. Aku tak kan merelakan lagi derma darah pada lintah-lintah sebegitu. Aku cuba untuk mengekalkan keterbukaan aku dalam berkawan. Aku selesa dengan diri aku sekarang dan aku tak kan mudah terpengaruh dengan apa sahaja. Aku nak buktikan, bahawa tanpa mereka, aku jugak boleh hidup....dengan sahabat yang sebenar-benarnya. Sahabat yang tidak pernah aku sangkakan dia akan bersama aku dalam keadaan aku sebegini.

Berkawanlah dengan ikhlas. 


Sunday, March 27, 2011

Jom Join Bloglist Man Yusoef

Salam semua

Kebelakangan ni, ramai blogger yang menganjurkan Bloglist. Aku pun tak tau cemana bloglist ni berfungsi tapi aku rasa mesti ada kebaikan pada sesama blogger kan? Baiklah, simple. Buat pertama kalinya aku nak join segmen bloglist anjuran blogger terkenal ANAK PAK CIK USOP. Segmennya sangat mudah ok! Sapa berminat untuk join, Klik je header bawah ni! 



Blog Man Yusooef TAK BEST sebab...daripada pemerhatian aku terhadap komen-komen yang diberikan di kebanyakkan entrynya, Man Yusoef kurang membalas pertanyaan yang diberikan di komen. Kiranya macam kurang interaksi lah dengan readers. Sebab kadang-kadang tu, ada readers yang setia baca setiap entry Man dan bagi komen dengan tanya soalan mahupun pandangan, tapi Man membiarkan soalan mereka sepi. Pada hemat aku lah kan, interaksi dalam dunia blog ni adalah dua hala. Bukan satu hala seperti yang kita nampak. Komunikasi dengan readers penting supaya kita boleh mengenal siapa readers kita dan kita jugak tak dikategorikan sombong. Mungkin, sesetengah blogger terkenal memang tak suka balas komen readers sebab yer lah kan dah komen satu entry sampai 10 juta, memang GIGIH laa nak membalas. Tapi, macam yang pernah aku cerita dulu lah. Macam mana kita nak hargai pembaca blog kita? Yer, dengan cara balas komen dan pertanyaan mereka. Barulah meriah dunia blog!!!! =) Hehehe... sorilah Man kalau aku komen cam ni. Sebab kau kata nak mintak pandangan kan. Jadi sebagai SAHABAT BLOGGER, ni pandangan aku lah. Maaf kalau kau tak suka. Tapi aku ikhlas. Harap ko terbuka menerimanya. =)

dan untuk join segmen ni, aku nak tag  KAK CHIK ELLA!!! (sebab dia pun orang JOHO gak!)

Sekian terima kasih. 



Saturday, March 26, 2011

Apa Patut Anda Lakukan Jika Nampak Gay Dalam Kereta?

Salam semua

Aku ada satu soalan yang mencabar minda. Mampu ke anda menjawabnya?


SOALAN:

Apa patut kita buat bila nampak dua orang lelaki di dalam sebuah kereta di tempat parking sambil kedua-duanya sedang baring dan seperti melakukan sesuatu yang tidak BERMORAL???

Pilihan jawapan:

a) Buat tak nampak je! Tapi mata menjeling. Dalam hati kata, "takde pape lah dorang buat! Kawan tu"
b) Tengok je kereta tu lama-lama. Biar orang dalam kereta tu rasa malu!
c) Ketuk cermin tingkap tu, dan dengan gaya polis tanya "Apa awak buat dalam kereta ni?"
d) Ketuk cermin tingkap tu, dan dengan gaya ustaz tanya "Dah kawen ke belom?" sambil mengucap panjang
e) Bagitau kat owner kereta tu, "Bang kalau yer pun tak tahan, pegilah sewa hotel. Sengkek gile!"
f) Laporkan pada security kata " Pakcik, ada gay dalam kereta!"
g) Pegi kat kereta tu sambil angkat tangan gaya USOP cakap "Kita bakor, kita bakor" sambil tu, bawak kuar lighter ke.

Kalau korang di tempat aku, mana korang pilih? Atau korang ada pilihan jawapan tersendiri?


p/s: nanti aku update kisah sebenar! Takde gambar yang mampu aku letak kat post ni, sebab aku GELI!


Friday, March 25, 2011

Kalau Nak Bunuh Diri, Biar Sampai Mati. Kalau Tidak.....

Salam semua



Sekarang ni, dekat OH MEDIA NETWORK tengah kecoh tentang video cubaan membunuh diri oleh seorang gadis di KB Mall kan? Sebab dan punca utama cubaan tersebut masih lagi tak diketahui. Haish budak zaman sekarang ni, kalau ye pun frust dengan boipren ke result SPM ke boleh tak fikir panjang dulu? Sikit-sikit kecewa, bunuh diri lah, gantung diri lah, telan pil tidur berbotol-botol lah. Macam takde agama pulak korang ni. Korang nak aku SEKOLAHKAN ke? Boleh, apa salahnya!

Korang tau tak bahawa MEMBUNUH DIRI tu satu kesalahan jenayah? Kalau korang bunuh diri dan mati, memang lah korang terlepas daripada hukuman, tapi kalau korang tak mati.... buruk padahnya. Korang akan dikenakan tindakan tau tak? Bukankah agama sendiri melarang kita melakukan perkara yang memudaratkan keselamatan diri. Tak boleh ke gunakan akal yang waras? Kalau korang tak jelas dengan Kanun Keseksaan yang digubal, mari baca artikel yang aku copy daripada The Malaysian Bar ni....


Kanun Keseksaan tidak memperuntukkan sebarang kesalahan bagi perbuatan membunuh diri tetapi hanya wujud kesalahan bagi perbuatan cubaan membunuh diri dan kesalahan membantu orang membunuh diri.


Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.




Lazimnya undang-undang hanya akan menghukum bagi kesalahan melakukan jenayah sepenuhnya. Lain pula dalam perkara membunuh diri ini. Jika seseorang yang melakukan perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan. Lantaran itulah tiada terdapat sebarang peruntukan bagi menjadikan perbuatan membunuh diri sebagai suatu jenayah yang boleh didakwa di mahkamah keadilan di Malaysia.




Dalam setiap jenayah ada peringkat perlakuan yang mana undang-undang boleh dibuat bagi mengenakan tanggungan jenayah. Dalam konteks membunuh diri jika telah sampai ke peringkat pelaksanaan dan orang itu berjaya, maka undang-undang masih tidak mewujudkan kesalahan bagi perbuatan itu. Ini memandangkan si pembuat itu telah pun menamatkan nyawanya sendiri.




Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.




Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkan orang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patut diakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.




Kesimpulannya, KALAU NAK BUNUH DIRI SANGAT, CARI TEMPAT TINGGI SIKIT & TOLONG JADI YANG BERJAYA! JANGAN JADI LOOSER!!!



Thursday, March 24, 2011

Nafas Baru Blog Aku! Segar Gitu!

Salam semua

Sapa perasan yang blog aku dah berubah wajah? Kalau korang tak perasan, maknanya dah lama bebenor lah korang tak jengok aku kan? Alahai sedihnya!!! Tapi tak pelah. Faham. Semua orang sibuk kan. Korang tau tak, aku sangat-sangat teruja dengan penampilan baru blog aku ni. Aku rasa mood nak berbloging mencanak-canak naik semalam. Mana tidaknya, sebelum pergi kelas, blog masih biasa... tiba-tiba habis kelas (dalam 2 jam je), bukak blog balik....TARAAAAAAAAAAA................. gempak gile header dan blog aku! Malu pun ada sebab tu... tertonngok kat atas muka aku yang lebar bagai! Tapi... ada aku kesah? Blog aku, mestilah blog aku. Kang nanti kalau aku pakai muka Liyana Lunia kan... sia-sia je kena penampor dengan dia! hehehehe

Untuk pengubahsuaian blog ni, aku menggunakan perkhidmatan blogger hebat lagi terkenal lagi mantap grafiknya. Dia ialah ALIEFF! Budak Law yer. Jangan kata budak Law buta seni. Alieff sangatlah pantas dan hebat korang ubah suai blog ni. Korang cakap je nak apa, sanggup Alieff usahakan. Perkhidmatannya jugak pantas dan sangat puas hati! Thank you so much Alieff!!! You make my day! 

Jadi, bila orang dah berbudi tu kan, pandai-pandailah berbahasa. Aku nak promote sikitlah. Sapa-sapa yang rasa blog dia macam boring je, atau perlukan something new, marilah gunakan perkhidmatan Alieff! Murah sahaja dan yang paling penting SERVICE dia TIP TOP!!!


dibuang jangan. disimpan kenangan!

Bawak Member Satu Bas UM Balik Kluang!

Salam semua

Hari ni, mood aku naik sangat-sangat untuk update segala macam aktiviti yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu ni. Dan yang paling aku nantikan ini diaaa "PROGRAM BAKTI SISWA '11". Cuba korang teka kenapa aku sangat-sangat menantikan program ni???  Sebab utamanya ialah program ni dibuat di sekolah lama aku masa aku STPM dulu! Pergh, first time dengar memang aku happy melompat sampai bulan korang! Mana tidaknya, tak bangga ke balik sekolah lama naik bas UM. Perghhhh kembang semangkuk aku.

As usual la, tugas aku apa lagi kalau bukan diletakkan di rostrum pengacara kan. Cuma kali ni, aku amek dua part, pengacara formal dan tak formal. Memang seronok layan budak-budak ni. Dorang ikut je apa yang kita suruh. Aku pun apa lagi, mula lah guna segala bahan yang ada contoh cam "angkat tangan macam saya"! hehehe MENJADI  korang!

Masa aku join program ni, untuk pertama kalinya dalam hidup aku menjadi fasilitator. Selama ni, aku just tau sikit-sikit je pasal LDK ni. Takdelah penah terfikir nak buat apa. Aku memang tak plan langsung nak terapkan modul apa untuk group aku ni. Mula-mula tu takut jugak, manalah tau yang aku buat ni tak sampai pada mereka. Tak ke sedih tu... tapi Alhamdulillah penerimaan mereka baik-baik. Aku cuma terapkan TEORI CONFIDENT je untuk group aku. Sebab mereka semua bakal mengambil STPM. 


Bangga sangat! UM +  SSAJ = ME

JOM GEMPAK KLUANG!

Menjalankan tugas macam biasa

Dengan adik-adik.

Bersama peminat! hahahah

ramai yang datang. form 4 - form 6 dari 24 buah sekolah serata Kluang! 370 orang!

Cheers KUAZ untuk grab attention dorang! Cari aku kat mana?

Xi Shua Shua yang lagi menceriakan keadaan

Program Fasi di Taman Permata. Mat Rempit pun join sama! Bangga i gtew!

Antara ahli Bakti Siswa 2011

Kepada adik-adik yang add akak kat Facebook, sumpah akak rasa akak DIVA sangat. Korang siap mintak nombor fon bagai! Keep in touch ok. Kalau ada apa-apa masalah pasal belajar, tak salah cerita dengan akak. Mana tau leh bantu. Tak banyak, sikit kan! Akak doakan korang berjaya dan ingat janji kita ye " JUMPA DI UM!" Akak n abang-abang kat UM ni doakan adik semua berjaya. Jangan lupakan kami yer!

Wednesday, March 23, 2011

Pengacara Jemputan untuk Malam Apresiasi Gemilang Kolej 12, UM

Salam semua

Bulan Mac ni satu UM memang sibuk dengan dinner kolej masing-masing. Aku pun sama lah, membusy kan diri untuk dinner kolej kan. Cuma kali ni, aku busy bukan untuk dinner kolej aku. Tapi dinner kolej 12. Eh, apsal pulak aku sibuk kat kolej orang kan? Hehehehe.... Sebabnya, aku adalah pengacara jemputan untuk dinner kolej 12. Korang Mampu???? Tak mampu..... heheheheh...

Aku tau, bila aku jadi pengacara untuk kolej orang lain, pasti ada yang bertanya pada aku, kenapa aku tak jadi pengacara untuk kolej sendiri kan? Sebabnya, aku nak cari pengalaman bekerja dengan orang lain. Aku nak tengok cara kerja mereka. Untuk yang tak tau, tahun lepas aku dah jadi pengacara untuk kolej aku sendiri, jadi tahun ni rasa nak rest sikit lah. Bagi peluang pada yang lain kan....

Alhamdulillah, Malam Apresiasi Gemilang KK12 (M.A.G) di Hotel Pan Pacific, KLIA berjalan dengan lancar. Yang paling penting, group emcee sangat-sangat havoc ok. Memang penceria keadaanlah. Mana tidaknya, semua pengacara formal dan informal adalah Budak Law.... maka tahap ke'laser'an tu sangatlah tinggi. Semua benda kite boleh jadikan bahan. Pada yang sentap atau terasa hati... sorry lah yer!!!  Tema MAG ialah " A Night of Arabian Masquerade". Korang rasa aku pakai cemana? Gaya Mak Arab lah!! Habibi Ya Maulana!!!

Dah lah tak larat pulak angkat bakul sendiri.... meh laa layan gambar okeh!


My Space

Protokol Team yang super BEST

Masa Rehearsal 

Formal Emcee : Yazman Yuhana & Fateen Innanie


Pengalaman yang paling best selain berkerjasama dengan team M.A.G yang superb adalah... aku dimake upkan uolls!!! Hahahahah... macam ORANG KAYA ARAB sangat lah! Aku malu sebenarnya untuk dimake upkan, tapi dah kehendak majlis. Nak buat macam mana kan? Tadah jelah muka. Ada orang kata, muka aku macam Sharifah Aini korang! hahahahah gelak besor aku! Korang mampu? Tak mampu!!! 

3 Abdul & Mak Hayam Arab


tuuuuu dddddiaaaaaa!


Lepas Majlis

Team yang handle pentas etc.

Memang sangat enjoy join MAG.  Sorilah korang, tak dapat nak amek gambar makanan sebabnya kiteorang makan lepas event. Jadi masing-masing dah sangat penat! Aku balik kolej dalam pukul 3 pagi lah. Dan bukan dengan tangan kosong tau! Ada sikit goodie bag dari MAG... Thanks Team MAG yang percaya pada aku dan bantu aku untuk jadi emcee yang baik malam tu!

Tuesday, March 22, 2011

I Will Survive For Moot!

Salam semua

Bersawang sudah ini blog. Maaf, bukannya sengaja tapi saya memang sangat busy. Katanya pelajar berkaliber. Gitulah! heheheheh perasan sungguh aku! Well, nak cite kat korang, yang dua big event aku untuk minggu ni telah selamat berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, takde apa-apa masalah besar yang timbul. Sekarang, sangat-sangat lega. Buat minggu ni pulak, aku tumpukan pada Program Bakti Siswa 11 yang akan berlangsung dari 18-20 Mac ni kat sekolah lama aku masa STPM. Tu yang semangat ni... nak balek kampung naik bus UM! Mau tak gempak satu kampung kan? hahahahahh

Jadi, sekarang ni aku nak update dulu pasal Moot. Masa entry YANG LEPAS, aku ada janji nak cecite apakah itu moot kan? Makanya, sekarang aku nak cite la ni. Baiklah, anak-anak murid sekalian, Moot ni sebenarnya kira macam perbicaraan olok-olok la... tapi ikut prosedur yang betul. Ada judge, counsel semua. Cuma takda sapa kalah atau menang. Kes kiteorang hari tu adalah Dong Zong v Perkasa. Malas laa nak cite kes tu pasal apa. Kalau nak tau gak, google je Dong Zong tu pe. Mooting ni dijalankan FULL dalam Bahasa Inggeris, jadi agak berhabuk sikitlah aku nak speaking London ni kan.... untuk yang tak tau, bila counsel masuk court, counsel tak dibenarkan say "SORRY" atau "THANK YOU". Tapi " I beg you indulgence, My Lord" untuk Sorry dan "I Much Obliged" untuk Thank you. Jadi memang gigih laa aku asyik ulang " My lord, my lord"



Counsel for the respondent
ada gaya tak?
Respondent's Bundle! Tebal ooooo...gegeh nak siapkan



wajib letak I WILL SURVIVE lepas judge tanya macam-macam

Lepas Moot ni, aku ada lagi satu big event aku kena handle! Lagi meriah! Korang wish kan laa aku berjaya jadi lawyer okeh! Mana-mana budak Law, Moot tu seronok tau, yang penting PREPARATION! 


Thursday, March 10, 2011

Aku Menang Contest Nuffnang Tapi.....

Salam semua

Aku tak tau aku perlu bersedih atau ape bila aku bukak email hari ni. Aku sendiri pun tak percaya dengan apa yang aku baca... Kalau korang ingat, aku pernah ajak korang join satu kontest untuk pergi KONSERT HORE-HORE AZNIL kat Taman Titiwangsa pada 12 Mac ni kan. 

SEKALI AKU BERJAYA DAPAT TIKET FREEEEEEEEEE!!!! 


KLIK untuk ZOOOOM in

Pergh, ibarat dapat emas segunung! Aku memang terkebil-kebil baca. Sebab macam tak percaya. Dalam beratus orang yang sumbit entry tu, aku antara 30 orang yang berjaya. Memang tak percaya! Tahniah untuk diri sendiri laa kan! heheheh

Tetapi, 

Ada berita sedih. Aku tak dapat nak pergi KONSERT HORE-HORE tu sebab 12 Mac tu aku ada MOOTING! Mooting tu adalah satu scene dalam Mahkamah dan menyumbang kepada markah exam aku. Makanya, aku terpaksa TAK REPLY EMAIL dari nuffnang tu. Sungguh aku sedih! Dahlah Aznil tu aku punya IDOLA, peluang dah ada tapi aku tak de rezeki. 

Sabor je lah! Jadi pada bloggers lain yang dapat pergi, TAHNIAH yer. Tolong kirimkan salam saya pada AZNIL NAWAWI~ 

melopong!




Wednesday, March 9, 2011

Aku Pengacara Popiler! Kalah Aznil Nawawi.... heheheh

Salam semua

Sumpah sekarang tengah penat giler... banyak kerja perlu diselesaikan. Tak cukup tanah aku berpijak. Mula buat semua perkara seawal 9 pagi dan hanya akan berakhir kira-kira 1.30 pagi. Badan rasa letih yang teramat. Pantang dapat bantal, lena terus. Jadual bulan 3 sangat pack!

12 Mac : Mooting (sapa tak tau mooting meh KLIK SINI )
13 Mac : Pengacara Formal untuk Malam Apresiasi Gemilang Kolej 12 kat Pan Pacific, KLIA


Gara-gara 2 big event kat atas, aku memang busy giler. Nati aku citer lagi pasal Moot tu yer. Btw, doakan aku lancar untuk jadi pengacara dinner kolej 12 tu yer.  Sebab VIP dia Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.... so agak chuak sket. Tapi happy bila dapat rangsangan dan pujian dari pelbagai pihak. Alhamdulillah. 

Lagi satu, 18, 19 dan 20 hb ni aku dan member kolej 11 akan buat satu program Bakti Siswa kat sekolah lama aku, SMK Sultan Abd Jalil, Kluang. On that time pun, aku ditugaskan sebagai pengacara kat depan Dato' Jais B. Sarday, ADUN Mahkota, Kluang. Sumpah aku teruja untuk berbakti pada sekolah lama aku!!!! Dan bila balik semula ke KL, 21 ada ujian Land Law.... TAKOT tiber!

Doakan aku ye!





Sunday, March 6, 2011

Perempuan, Tolonglah Jangan Terlalu Murah!

Salam semua



Aduh, menyampah dan meluat aku tengok seorang perempuan dalam train ni tadi. Bukan main gatal gila dengan boyfriend dia. Peluk, kiss sana sini. Tangan merayap entah kemana. Badan bertemu badan. Huh! Gedik. Kalau bukan Melayu, aku tak heranlah sangat tapi yang menyampahnya yang buat ni budak Melayu. Bertudung lagi. Malu aku dengan bangsa lain yang sama memandang, kanak-kanak yang melihat, dan bepuluh pasang mata yang memerhati.  Apa nak jadilah dengan dunia zaman sekarang. Aku tau dorang belum kahwin lagi, sebabnya mak aku penah cakap, kalau orang dah kawin sah, takdenya nak buat benda bukan-bukan di khalayak ramai. 

Tolonglah perempuan!!! Janganlah terlalu murah! Jagalah maruah. Nanti kalau korang dah kawin, nak buat apa pun buatlah. Takde sapa nak halang dan marah. Masa berpacaran ni jagalah tingkah laku. Kita ni kan ada agama, ada sivik dan adat. Mungkin bagi perempuan yang mudah di'touch' tu, aku nak pesan sesuatu lah kat korang... penah tau tak yang "Resam Lelaki Ibarat Tupai, Tak kan makan durian yang dah busuk atau ditebuk". Fikir-fikir yer. 

Pesan-memesan sesama muslim itu amalan yang dituntut kan?




Saturday, March 5, 2011

First Time Makan kat Tony Roma's & Sambut Birthday

Salam semua

25 Februari yang lepas sebenarnya merupakan Birthday akak aku. Maaflah sebab nak dekat seminggu baru aku berjaya publish entry ni. Dah draft lama, tapi masih belum berkesempatan nak publish. Faktor utama, kekangan masa lah kan...

Bersempena hari jadi along aku yang ke 24 tahun (ko dah tua! hahahah) dia telah bermurah hati nak belanja aku makan. Yerlah orang dah keje kan, wajiblah dia belanja kita. Tak kan kita pulak? Makanya, dengan senang hati kiteorang memilih Tony Roma's Mid Valley sebagai lokasi melantak. Ni first time bagi aku makan kat sini. Tapi bagi kakak aku, dia dah berkali kot. Aku ni bukan jenis orang yang suka mencuba. Aku akan makan, benda yang aku biasa makan. Beza sekali dengan akak aku tu. Apa je yang dia tak pernah cuba...




Budak 21 tahun pilih ni...aku tak ingat nama menu ni... tapi yang best ayam dia 1/2 tau.. terkulat-kulat aku nak habiskan...





Budak 24 tahun pulak makan ni, Spagetthi Alfredo kot namanya.. tak berapa ingat. Tapi, makanan ni greasy sangat lah.. Cepat muak.




So to my beloved Along,




You are the one who made my childhood special and unforgettable. May your love and care for me, never fade away. 
Happy birthday. 
I am proud to have you as my sister.



p/s: nanti aku dah jadi lawyer, aku belanja ko makan plak ye... =)




Friday, March 4, 2011

Aku Pow Blogger Belanja Baskin Robbin

Salam semua


bukan skandal aku.


Sapa kenal budak kat atas tu? Aku memang tengah cari dia sekarang ni...sebabnya.... dia nak belanja aku eskrem Baskin Robbin! Yahoooo.... giler gempak ah.... aku pow dia belanja gak. Tak men laa eskrem pop ke, eskrem malaysia ke... nak BR gak. Tak kira....kalau tak majuk 30 jam. Boleh?

Ok, kat atas tu merupakan salah sorang blogger berjaya korang... berjaya mendapatkan 1000 orang follower... pheewitttt! giler ah. dan guess sapa yang ke 1000 tu? Dah mestilah aku. Sebab tu aku berani nak pow dia eskrem BR tu. Korang jangan pow dia pulak. Aku geget korang kalau berani pow dia. Hahahahah. 

Okeh, pada yang berminat untuk jadi YANG ISTIMEWA pada Shafik, korang boleh download borang permohonan kat BORANG PERMOHONAN GIRLFREN SHAFIK KADIRAN. Sila..sila... tiada yuran pendaftaran ye. 


p/s: Shafik, jangan ingat aku dah promote ko means aku tak ingat BR tu yer.... aku tuntut gak! =P


 dapat macam yang kat atas ni pun okeh la...

Thursday, March 3, 2011

Uncle Seekers Menunjukkan Kebodohannya... [WAJIB TENGOK]

Salam semua

Update pantas sebelum aku balek Johor. Malas nak cakap panjang, cuma nak quotes balik apa yang Usop kata dalam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung  :

" Ni laa pentingnya English Education...."
sumpah aku gelak terbahak-bahak tengok kebodohan dia yang belagak pandai, tapi tak reti beza Bitches & Banshees! 



Jadi kepada kita semua, mari fokus dalam kelas English yer!!!

doakan aku selamat sampai Kluang.
first time ni guna Bandar Tasik Selatan -TBS




 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork