Friday, April 29, 2011

Contest Nuffnang “I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”

Salam semua


Pirates of the Caribbean 4
Ye tu dia.. kapten kita. Kacak bukan?




Dengan segala kepakaran dan minat beserta rindu yang tinggi untuk menonton Kapten kita beraksi, aku sebagai anak lanun ingin mewar-warkan "Apa yang bestnya jadi Pirate?". Aku gunakan akronim Pirates Of  the Carribean tu sendiri untuk mengungkapkannya.



 Satu:  MEMILIKI KUASA YANG TIADA BATASAN DEMI MENCAPAI CITA-CITA




 Dua:  MENJADI YANG TERBAIK DAN YANG PERTAMA




Tiga: MAMPU MENAKLUKI DUNIA DENGAN KEBERANIANNYA!



Sememangnya, bukan untuk mengampu Tuan Kapten tetapi telah ditilik seantero alam samudra Laut Carribean ini,  tidak ada barang satu pun  pirates yang lebih HOT daripada Kapten aku seorang ni! Jadi, demi  cinta dan kasih anak lanun, anak lanun letakkan bersama beberapa foto Sang Kapten yang meluluhkan jiwa raga anak lanun!

Jelas terbukti kegagahan tuan Kapten Lanun



Tuan Kapten di zaman bilakah ini?

Tuan Kapten, jangan tenung anak lanun sebegitu!

Anak lanun tahu, harta karun itu sememangnya untuk anak lanun kan?




p/s: wish me luck! =) korang pun boleh join dengan KLIK KAT SINI. 

Thursday, April 28, 2011

Hati-Hati Kalau Jumpa Teksi Proton Waja Kuning HWD 6978 di sekitar Lembah Klang.

Salam semua

Lama rasanya aku tak keluar dengan entry-entry bukak mata ni kan. Aku nak share sesuatu yang aku rasakan memang penting untuk kita semua sebagai pengguna. Bukanlah kata seseorang pengguna tu ABSOLUTE KING tapi pada aku, kalau dah salah tu tetap perlu ditegur supaya tak melarat dan jadi pada orang lain. Kisahnya begini... 



Hari Isnin lepas,  aku dan kakak aku  ke Mid Valley untuk beli sedikit barang keperluan. Dalam pukul 8.30pm tu kiteorang balik. As usual, kiteorang akan naik teksi berlainan sebab aku duduk dalam kampus dan dia pulak duduk luar kampus. Turn aku, naik teksi Proton Waja bewarna kuning. Masa tu semua ok lagi. Bila dah jalan dalam 2-3 minit, pakcik tu tiba-tiba tanya aku :

Pakcik Teksi: Dik, kalau tambah dalam tiga, empat ringgit boleh?
Aku: Eh, kenapa pulak pakcik?
Pakcik Teksi: Sebab nanti balik pakcik takde penumpang.
Aku: Saya bayar apa yang meter tu tunjuk je lah. Lagipun, mana boleh macam tu, pakcik takde penumpang, saya pulak kena bayar lebih. Tak adil la macam tu. Saya kan student.
Pakcik Teksi: Kalau ada 10 student macam awak, bankraplah pakcik.
Aku: Apahal pulak bankrap??? Kau carilah penumpang banyak-banyak *dalam hati je.

Aku sangkakan kes tu berhenti setakat tu je. Tapi bila masuk je kat federal highway, pakcik tu mula buat hal. Tiba-tiba dia ugut aku untuk turunkan aku kat federal highway tu. Aku takut jugak, tapi aku kena beranikan diri sebab dia mula psycho aku. 

Pakcik Teksi: Kalau saya turunkan awak kat sini boleh?*sambil mata pandang aku melalui cermin pandang belakang & senyum sinis
Aku: Kenapa pulak? Kan saya nak ke UM?
Pakcik Teksi: Sebab awak tak nak bayar lebih?
Aku: Mana boleh macam ni pakcik. *sumpah aku dah cuak. Dia saja je nak tengok reaksi aku

Bila masuk je dalam UM, lagi lah dia buat hal. Dia bawak sangat slow sebab nak bagi meter teksi naik. Paling aku geram, dia bawak melayang-layang. Sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.

Aku: Pakcik, apsal bawak slow sangat dan melayang-layang?
Pakcik Teksi: Suka hati sayalah, ni kan teksi saya.
Aku: Diam.

Tapi memang sentap. Kalau boleh nak cakap "memanglah saya bayar ni untuk pakcik bawak slow2." Sambil tangan di dada dan mata pandang ke atas. Time tu, aku memang dah plan nak buat apa. Aku keluarkan hp dan save no pendaftaran teksi tu iaitu HWD 6978 TOLONG HATI-HATI kalau jumpa teksi proton waja warna kuning dengan no plat ni ye! Sebab aku rasa dia dah sangat melampau. Aku jugak keluarkan duit cukup-cukup je untuk bayar tambang. Supaya pakcik tu tak boleh nak amik lebih. Dah dekat dengan kolej tu, aku tengok ada beberapa budak lelaki depan gate. Yes.. Alhamdulillah. Ni masa yang sesuai aku nak bagi satu pengajaran pada pakcik ni. Lepas bayar tu, sebelum aku tutup pintu kereta:

Aku: Pakcik, saya belajar undang-undang. Saya amalkan undang-undang, dan apa yang pakcik buat tadi tu semua menyalahi undang-undang. Jadi, saya dah buat laporan ke LPKP. Terima kasih ye.
Pakcik Teksi: *diam

Aku pun tak kan nak melangok depan pintu nak tunggu apa reaksi pakcik tu kan? Lantak dia lah. Aku terus lari cepat-cepat masuk hostel. Yelah, manalah tau kot-kot dia keluar kejar aku ke, atau pun langgar aku ke. Sebab tu, aku pastikan dulu depan gate tu ada budak-budak lelaki. Sangat-sangat bersyukur. Sebab kalau apa-apa jadi, diorang mesti akan back up aku kan?



Turunnya daripada teksi, aku terus call Kirin sebab aku masih lagi menggeletar. Time tu Kirin takde kat kolej. Kalau Kirin ada, memang aku akan suruh Kirin tunggu depan gate. Aku pun cerita semua pada Kirin untuk hilangkan ketakutan aku tu. Lepas tu, aku terus call LPKP. Nombor, ada kat gambar atas tu. Kalau boleh korang save lah nombor LPKP ni.  Dalam aduan tu, aku cerita semua yang berlaku.

Selepas aku buat aduan tu, aku rasa sangat puas hati. Sebabnya, aku rasa aku dah selamatkan lebih ramai orang daripada tertindas dengan pakcik teksi tu yang dia pikir sewenang-wenangnya dia nak mintak bayaran lebih pada penumpang. Kita sebagai pengguna ada hak untuk bertindak dan mengambil tindakan. Aku sangat berharap yang LPKP buat sesuatu dengan aduan aku. Supaya tak de lagi pakcik teksi yang biadap macam tu. Membahayakan penumpang tau tak! Lepas ni, kalau korang kena apa-apa dengan pakcik teksi ke, pakcik bas ke... jangan teragak-agak untuk buat aduan. Aduan korang tu boleh membantu pihak LPKP untuk ambil tindakan. 

BERANI KERANA BENAR!



Tuesday, April 26, 2011

Contoh Lelaki Idaman Kalbuku : Hazman Halid

Salam semua

Kalau ditanya kebanyakan perempuan kat muka bumi ni, semua nak bakal pasangan yang romantik dan penyayang kan. Romantik itu sangatlah lovely. Susah untuk dibayangkan dengan kata-kata. Setiap lelaki ada cara romantiknya yang tersendiri. Ada yang kata bagi bunga ros setiap hari itu romantik. Ada yang kata candle light dinner itu romantik dan bagi aku romantiknya seseorang lelaki apabila dia boleh memainkan alat muzik terutamanya gitar atau piano kepada pasangannya! Fuh... aku mencair lah tengok lelaki cam ni! Dan aku dah jumpa contohnya! Sungguh sweet korang!!!! 


Hazman Halid merupakan Software Engineer dan pemain piano yang berbakat lagi menepati  contoh lelaki romantik yang aku bayangkan tu. Aduhai.... korang nak tau, tiap-tiap malam aku dok main video-video dia main piano tu. Sunggu syahdu. Aku siap terlena lagi dengar lagu-lagu dia tu. Dah lah sedap, membuai sangat perasaan aku ni. Antara lagu popular yang dimainkan oleh abang Hazman Halid ni ialah Sedetik Lebih, Sepi, Without You dan banyak lagi.  Rasa sangat bahagia bila ada lelaki yang memainkan lagu-lagu syahdu untuk kita tau! Ada tak lagi lelaki yang macam ni? Boleh aku apply dia tak? Sebab aku sangat tergoda dan digoda dengan lelaki jenis macam ni. Sangat tertarik. 







dan video selepas ni sangat membuatkan aku menitis air mata...


Walau apa pun, aku sangat kagum dengan Abang Hazman ni sebab jari-jari dia tu, gemalai je... lagu pulak tangkap leleh. Lagi feeling aku kat sini. Secara jujur memang tiap-tiap malam aku bukak semua video dia dan jadikan peneman aku tidur. Aku download semua lagu Abang Hazman ni dan jadikan ringtone handphone i tau! Merdu. Sudah pasti. Kalau korang berminat dan nak lagi borak-borak dengan Abg Hazman yang peramah ni korang boleh pegi FACEBOOK HAZMAN HALID

Kepada Abang Hazman, satu je nak bagitau kat Abang " OH, Romantiknya awak!!!" Jadi lelaki-lelaki Malaya, jadi seromantik begini boleh???


p/s: Abg Hazman merupakan bapa kepada 3 orang anak. Jadi peluang telah tiada! Tamat.Sila jangan perasan.

Saturday, April 23, 2011

Lagi Kes "Keldai Dadah". Peringatan Buat Semua Gadis Di Luar Sana!

Salam semua


Tadi, aku baru tengok berita kat TV 1. Salah sorang remaja perempuan (tak silap pelajar universiti) ditahan di Negara China sebab membawa masuk 100 biji pil dadah dengan cara menelan pil-pil tersebut.  Budak perempuan tu disuruh oleh seorang lelaki warga Afrika yang baru dikenalinya melalui facebook. Sebagai balasan, perempuan tu akan dapat RM 5000 bila dia balik ke Malaysia nanti. Tapi, belum sempat lagi, dah kena tahan. Aku rasa ni bukanlah kes pertama yang terjadi pada rakyat Malaysia, dah banyak kes yang dilaporkan contoh macam kes Raja Munirah dan Umi Azlim sebenarnya patut dijadikan pengajaran.  Mereka yang ditahan di luar negara sebab membawa dadah ni digelar sebagai "Keldai Dadah" dan hukuman yang bakal diterima 'Keldai Dadah' ni jika disabitkan bersalah memang berat (hingga hukuman mati).

Aduhai, kesian aku dengar kes ni sebab budak perempuan tu jadi mangsa keadaan. Kadang tu geram pun ada, sebab apa ke bangangnya budak perempuan tu sampai sanggup ikut arahan merepek lagi membahayakan diri tu. Umpama korek kubur sendiri tau. Ni semua mesti sebab janji-janji manis yang ditabur Mat Afrika tu. Kalau aku dapat mamat tu, memang aku cincang sampai lumat!!!

Jadi, pada semua gadis di luar sana (termasuk aku sendiri) jangan mudah terpedaya lagi-lagi kepada orang yang baru dikenali melalui facebook ke, twitter, atau apa je laman sosial. Sepatah kata bapak aku, " mana ada lelaki yang senang-senang nak bagi duit pada perempuan kalau takde habuannya!" Huh... tiba-tiba rasa takut nak duduk KL. Untuk bacaan lanjut berkaitan undang-undang China berkaitan dadah BACA SINI


Friday, April 22, 2011

Jom Tengok The Royal Wedding of Prince William & Catherine Middleton. Dorang buat aku nak bercinta time belajar!!!

Salam semua

Khabar berita perkahwinan dua jejaka idaman Malaya, Ashraff Muslim dan Zed Zaidi memang sedang hot diperkatakan sepanjang minggu ni. Daripada keunikan kad jemputan Zed Zaidi yang bertemakan Facebook, sehinggalah persoalan siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat kedua-dua jejaka ini memang menjadi buah mulut "papparazi tak bertauliah" seperti aku ni. Tapi, dalam pada tu... sebenarnya, aku lebih menunggu tarikh 29 April 2011 ni. Kenapa 29 April ni? 


Mungkin memang takde kaitanlah dengan aku tarikh tersebut, tapi aku menunggu tarikh tu sebab itulah harinya yang mana Putera William, pewaris takhta Kerajaan Britain bakal disatukan dengan pasangan Catherine Middleton yang sungguh gojes lagi menawan hati jutaan manusia seantero dunia. Hai... bertuahlah badan Kate kan. Daripada orang biasa kepada golongan diraja! Mereka berkenalan sewaktu sedang belajar sama-sama kat Universiti of St. Andrews. Haih.... steady je kan dorang bercinta time belajar. Sampai ke jinjang pelamin pulak tu. Seronoknyaaaaa!!! Aku pun nak cam tu! Dahlah dapat putera katak raja, pandai dan humble lagi. Kalau aku pun cair!

Aku tak sabar nak tengok, baju pengantin, bunga-bunga yang kembang  semangkuk lagi segar dan nak sangat tengok Wedding of the Year ni sebab muka Prince William mengingatkan aku pada mendiang Puteri Diana yang juga sangat cantik dan mesra rakyat. Bahkan, aku lagi nak sangat tengok si Kate menggayakan CINCIN PERTUNANGAN mereka yang juga merupakan cincin Puteri Diana dulu.   Daripada raut wajah Kate Middleton tu, lembut dan peramah je kan? Harapnya dia dapat teruskan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang banyak dianjurkan Puteri Diana dulu. 

Kalau dulu masa Puteri Diana dan Putera Charles kahwin, dunia hanya boleh ikuti beritanya daripada surat khabar dan majalah je kan, tapi untuk kali ni punya Royal Wedding, korang semua boleh tengok live dan ikuti semua berita terkini berkaitan perkahwinan mereka dengan melayari laman web THE ROYAL WEDDING! Perghhhh.... ni lagilah bikin aku nak cepat kahwin! hehehehehe...gatal. Selain tu, ada banyak lagi berita-berita menarik sekitar perkahwinan diraja ni daripada WEB INI. Bagi yang ada Astro pulak, korang boleh menonton di channel 730 dan channel 735 dan untuk maklumat lanjut meh pegi WEBSITE ASTRO.

Wednesday, April 20, 2011

Nak Kurus Ingat JOEGRIMJOW-lah!!!

Salam semua

Harap korang boleh tolong aku dengan realisasikan impian aku. Clik je perkataan "KURUS" dan JOEGRIMJOW tu banyak-banyak ok!


KLIK HEADER NI UTK JOIN

Dalam dunia ni, semua orang inginkan KURUS. Takde sorang pun yang mengingkan dia menjadi gemuk. Bukan nak menafikan pemberian Allah, tapi aku dilahirkan dalam golongan yang tak KURUS tu. Makanya, ada sedikit kesedihan yang melanda hati. Akibat masalah tak KURUS tu. Ada orang kata, KURUS itu cantik dan ada juga yang kata tak KURUS itu comel. Ah... tak kisahlah KURUS atau sebaliknya sebab BEAUTY IS IN THE EYE OF THE BEHOLDER. Betul kan? Setuju kan dengan aku. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Di pihak aku pulak, KURUS bermaksud: 

K- KURUS itu lambang kepada kesihatan.
U- Utamakan kesihatan dan jaga pemakanan merupakan amalam orang KURUS
R- Ramai orang nak badan yang KURUS sebab KURUS itu HOT katanya.
U- Ubat-ubatan untuk KURUS kadang-kadang tak menjamin seseorang untuk KURUS
S- Semangat dan displin sangat diperlukan untuk menjadi KURUS dan Langsing!

Dan bila aku nak KURUS, aku akan ingat JOEGRIMJOW sebab:

J- Journey JOEGRIMJOW telah banyak mematangkan dirinya dan dia ada cara nak KURUS
O- Orangnya satu masa dulu, agak tak KURUS, tapi sekarang...Wah!!! Kacak!
E- Empunya diri JOEGRIMJOW ni pemurah pulak sekarang sebab birthday dah dekat.
G- Gaya dan penampilan JOEGRIMJOW buat aku yakin dia boleh bagi aku cara nak KURUS
R- Rahsia macam mana JOEGRIMJOW KURUS bakal aku korek habis-habis.
I- Impian aku pun nak jadi KURUS jugak. Tak kan JOEGRIMJOW sorang je?
M- Makan! Ye aku percaya JOEGRIMJOW sukan makan! Tapi cemana dia maintain KURUS?
J- Jawapannya HERBALIFE lah!! Kata JOEGRIMJOW!
O- Obesiti, kegemukan semua boleh diatasi dengan HERBALIFE
W- Walau apa pun susahnya, tapi kalau nak KURUS... kita akan berjaya!!!!


Harap-harap tuah ada lah untuk aku menang kali ni! Disamping dapat duit, boleh KURUS sekali! Kan?

Premiere Screening & Review Movie The Roommate : Aku Bagi 3 Bintang!

Salam semua

Semalam, seperti yang aku dah penah bagitau DALAM ENTRY SEBELUM NI, merupakan harinya. Mula-mula tu, aku plan nak bawak kakak aku sebab nak bagi dia release tension sikit, tapi at last disebabkan beberapa masalah teknikal, terpaksa dia tak ikut. So, aku pun pegi lah cari partner lain. Untuk event ni, aku pergi dengan salah sorang kawan aku yang merupakan graduan UM jugak. heheheh.. siapa dia? Ooopsss sori. Tak leh cite lah uolls. Sebab ada stalker kat blog aku ni! Just to acknowledge him, tq so much for the burger king and famous amos cookies tu, most important thank you sebab teman i.. Priceless!


Berbalik pasal cerita The Roommate tu, aku just bagi 3 bintang je dari 5. Sebab pada aku, cerita ni tak thriller sangat sebagaimana yang aku harapkan. Lebih kepada cerita seorang psycho la kan. Tapi psycho yang lite-lite je. Cerita agak lembap jugak lah. Sebab almost one hour nak ceritakan pasal keakraban sesama roommate. Pastu, takde pulak diterangkan secara jelas apa penyakit si Rebecca tu. Please Mr. Director, don't assume every person know what is dwi-bipolar. So, better ada explanation about that.

Well, sekarang target aku macam nak tengok movie Limitless tu plak. Salah satu faktor yang menyebabkan aku nak tengok cerita ni adalah pasal heronya iaitu Bradley Cooper. Hot kan uolls? So, sapa yang dah tengok cerita tu? Meh share sikit review korang?

bikin gua cair laa mata lu
Last but not least, thank you so much Nuffnang for the invitation. Harap ada rezeki lagi, ehem...ehem.... next month bulan Mei kan?

Saturday, April 16, 2011

Review Movie Baru : Senjakala - TIPIKAL SANGAT!!! Tak takut langsung.

Salam semua

Update cepat sebelum aku menghadiri Program Youth Peace Assembly yang insya-Allah dihadiri Dr. SMS. Nanti aku update event tu ok. BTW, ni aku nak citer ni, malam tadi aku berkesempatan pergi tengok midnite movie kat GSC 1 Utama dengan kawan aku. Mula-mula nak tengok citer Limitless, tapi full pulak. Geram. Than, takde cite lain, mula lah aku membetulkan persepsi dan tengok citer Senjakala. Ala-ala Twilight nama kan. Filem tu baru release kat pawagam semalam. 


Dari pengamatan aku, bukannya aku nak bias atau pandang rendah filem Melayu tapi just satu perkataan yang aku boleh conclude kan iaitu " TYPICAL". Sangat-sangat tipikal. Tak seram mahupun takut langsung. Unsur kejutan yang dibagi semua boleh diagak penonton. Lepas ni hantu keluar kat mana, sebut apa. Semua macam kat cerita-cerita hantu melayu yang lain. 

Macam mana ye agaknya nak mengubah impak filem hantu melayu? Sebab terlalu lah boring. Sekadar bergantung pada efek sound yang kuat dan menyebabkan sakit jantung. Tak seram lah bang oi!!! Aku balik naik bilik pun tak rasa cuaknya, sebab tak de scene yang boleh aku ingat. Hmmm.... komen-komen yang aku dengar dari yang tengok malam tu, semua boleh agak scene yang bakal berlaku sebab terlalu tipikal. 

Jadi, aku rasa pengarah filem Melayu lagi-lagi yang jenis cerita hantu ni, you should do something sebab penonton semakin bijak. Saingan semakin sengit. Kalau tidak, jangan salahkan masyarakat jika tak sokong filem melayu. Cuba tingkatkan kualiti bukan kuantiti. Satu masa dulu pun aku pernah jugak membebel pasal cerita hantu malaysia kat ENTRY INI.

Friday, April 15, 2011

Menang Sony Vaio S Series dengan Jawab 3 Soalan Mudah & Pantas!

Salam semua

Sekarang ni, banyak syarikat yang mengiklankan hadiah-hadiah best untuk dimenangi kan. Aku rasa sangat smart strategi dorang dalam mempromosikan barang dengan menganjurkan contest dan hadiah-hadiah yang super best. Aku pun join lah sama, mana tau ada rezeki kan katanya? SONY, syarikat yang memang dah terkenal sekarang ni pun turut menggunakan cara yang sama dalam mempromosikan produk terbaru dorang iaitu SONY VAIO S Series. Terkini, dorang nak bagi SONY VAIO S SERIES freee kat korang! Tapi cemana caranya??? Senang je.... scroll down bebeh!


hadiah yang bakal korang menangi

 Korang hanya perlu menjawab 3 soalan mudah tapi mestilah pantas!!!! Perghhhhhhhhhhh meleleh!!!! Caranya mudah sahaja:



1. Mula-mula korang kena baca dulu sedikit info mengenai produk terbaru Sony Vaio S Series ni pada BUTTON ABOUT VAIO S. Korang bacalah daripada Overview sampai ke Specifications tu. Wajib baca! 

2. Agak-agak dah ready, Klik je pada button CONTEST



3. Untuk lebih confident, Klik pada How To Win Button. Ada sedikit info kat situ.


 4.  Kalau dah confident, boleh je terus tekan LET'S PLAY. Jangan bimbang, kalau korang tak ingat, kat tepi soalan-soalan tu ada satu commercial yang tunjukkan jawapannya. Mudah sangat!

Aku pun dengan jaya dan pantasnya, menjawablah soalan-soalan mudah yang dikemukakan. Nak tengok berapa speed aku??? TARAAAAAAAAAAA....


Tak taulah speed orang lain berapa. Maybe ada yang lagi pantas kot? hehehe.. alah submit je lah kan. Rezeki ada dimana-mana. Yang penting kita berusaha! So, apa lagi korang? Jom sama-sama kita cuba try test. Untung sabut, bawaklah balik SONY VAIO S SERIES tu!!! Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama SONY DI KEBAS ORANG!!!! Klik Link kat bawah untuk JOIN CONTEST.


Thursday, April 14, 2011

UBM: Permohonan Anda Diterima!!! Yes!

Salam semua.

Yeyeye...Diterima. Suka-suka! (Nyanyi ala-ala budak kecik dapat gula-gula). Hehehe... permohonan aku untuk masuk ke Universiti Blogger Malaysia dah diterima. Happy-happy! Jadi lepas ni, nak belajar sungguh-sungguh! Korang dah apply? Kalau belum SILA DAPATKAN BORANG DISINI. Sekarang ni, aku nak pegi minggu orientasi pulak la. Mesti seronok jumpa kawan-kawan baru! Wah! Wah muka excited! 


Bangga Ni.


Jadi, jangan lengahkan masa. Mari sama-sama kita jadi mahasiswa/i UBM! Jom Masuk U!!!

Premiere Screening & Review Movie Scream 4: Aku Bagi 4 Bintang!!!

Salam semua

Korang ingat tak yang semalam aku ada EVENT DENGAN NUFFNANG.Event ni merupakan event pertama aku dengan nuffnang. Sangat teruja ye aku. Mana tidaknya, dapat tengok wayang free korang. Mau aku tak excited.Kali ni, aku pergi tengok movie Scream 4 ni dengan bestfriend aku yang bakal ke Australia malam ni. So, ni kira meraikan dia laaa yer. Hehehehe. Thank you so much Akim!

Yes! I'm screaming!!
yeyeye!!! ni dia barang free dari nuffnang

barang free! (bukan yang oren tu! maaf)

Budak comel yang nak ke Aussie. Take care there dear!
Okeh, berbalik pada premiere screening Scream 4. Korang rasa aku bagi berapa bintang untuk movie ni? Korang dengar sini tau aku jerit.... AKU BAGI 4 BINTANG pada cerita ni!!!! Yer, betul! Memang sangat best cerita ni. Penuh dengan kejutan, aksi mencemaskan hingga korang rasa tak boleh nafas. Aku tengok cerita ni asyik tutup telinga je sebab tak nak dengar sound effect yang boleh buat aku menjerit. Yang best, ada satu part dalam cerita ni semua orang menjerit serentak. Seronok aku dengar! Hehehehe... Takde satu scene pun yang memboringkan sebab kejutannya banyak dan memang tidak dijangka. Untuk korang tau sinosis cerita ni cemana, korang SILA KLIK KAT SINI. Kalau korang ni jenis yang minat cerita-cerita yang mendebarkan, cemas dan buat adrenalin korang naik turun, pegilah tengok movie Scream 4 ni. Sumpah, sampai balik pun korang akan ingat setiap adegan dalam cerita tu.





Aku paling suka tagline pembunuh bersiri tu yang mana dia akan call dulu orang yang dia nak bunuh dan soalan pertama dia akan tanya.... " WHAT IS YOUR FAVOURITE SCARRY MOVIE?" Sumpah seram dan psyhco giler suara dia. Pembunuh bersiri ni macam dah plan segala-galanya hingga menyebabkan kita tak boleh nak lari mana-mana. Pembunuhan yang sangat kejam! Aku memang sarankan sangatlah pada semua yang memang minat pada cerita bergenre thriller horror, pegilah tengok cite ni ok! Superb! 

Last but not least, thank you so much Nuffnang for the invitation. Hope to get more! Sekarang ni aku sangat excited untuk NEXT EVENT AKU DENGAN NUFFNANG! I love you lah Nuffnang!!!!

Burger pun cap Nuffnang tau! Korang Mampu???

Tuesday, April 12, 2011

Biadap Punya Penjual Soya! Ko Meludah Dalam Air Soya Tu??? [Video]

Salam semua

Korang semua dah makan? Kalau dah makan, alhamdulillah bagus! Korang beli makanan kat mana? Kat cafe? Kat kedai mamak atau kat warung tepi jalan? Okey tak kisah lah kedai mana pun yang korang pilih untuk beli makanan tu yer, paling penting korang kena pilih yang betul-betul menjaga kebersihan. Bukan apa, aku naik nak muntah sangat tengok video ni. Yang mana penjual air soya tepi jalan meludah ke dalam setiap bungkusan air soya yang nak dijual tu! WEDERRRRRRRRRRRR!!! Sumpah, aku nak muntah bila tengok. Geli syioooot!!!



Lokasi kejadian adalah di Bandar Baru Bangi yang mana dikatakan berdepan dengan Shell. Sorry, aku tak berapa pasti exact location. Kalau korang nak tau, korang leh dengar info-info yang akak jururekod ni bagitau. Nada suara dia memang marah giler lah! Aku dengan roommate aku tengok pun menyumpah sambil muntah tengok video ni. 

Aku rasa, penjual ni gunakan cara tu sebagai pelaris la atau orang kata mandrem kasi laku dia meniaga air soya tu. Haishhh, ada jugak orang yang macam ni. Sungguh keji mereka ni. Kita dok beli kata sedap-sedap.. rupanya barang kotor dibagi! Yek!!! Geli. Kembang tekak aku! Betul kata mak aku, jangan beli air tepi jalan!!!



Dapat Lagi Invitation ke Premiere Screening Movie Dari Nuffnang. TYSM!

Salam semua

Apa khabar korang hari ni? Korang dah bantu aku ke belum untuk BANNED PAGE INI kat Facebook? Kalau dah bagus. Kalau belum, pegi buat sekarang! Dah macam arahan Nippon plak kan? Heheheh.... bukan apa, aku tak nak makin ramai anak gadis yang dijadikan bahan. Harapnya usaha dan niat murni aku ni tak disalah ertikan lah ye... Aku cuma nak membantu.

Sekarang adalah part yang best. Alhamdulillah sekali lagi, Nuffnang telah invite aku untuk menonton Premiere Screening Movie The Roomate kat GSC 1Utama. Betul-betul buat aku happy sebab 2 minggu berturut ni dapat invitation pergi premiere screening. Untuk yang FIRST INVITATION tu, esok (13hb) adalah harinya. Aku akan pergi dengan salah sorang bestfriend aku since sekolah rendah. Saja nak meraikan dia sebelum berangkat ke Australia. Huhuhuuuu sedih sangat. Takpe...takpe.. sabar. Dan untuk kali ni, aku akan pegi dengan akak aku. Saje nak bagi dia hilang stress pulak! Maklumlah, orang buat master katanya! hehehe..


Sungguh aku excited nak pegi tengok cerita ni sebab cerita ni telah diletakkan sebagai  No. 1 dalam carta Box Office dangan kutipan pada weekend mencapai USD $15M dan mengalahkan cerita Black Swan. Wah, macam mantap je cerita ni kan. Aku harap tak menghampakan aku lah kan. Korang jangan risau. Habis je aku tengok movie ni, aku akan buat rebiu yer! Korang boleh usha TRAILER THE ROOMMATE dan tengok cemana cuaknya bila kita ada kawan macam tu.  Dua-dua filem aku dapat pegi merupakan thriller movie. Semua ni mesti kes bunuh-bunuh. Aduhai. Boleh tercabut ni jantung eden oiiii!!! Tapi tak kesah. Yang penting free dan enjoy! Hehehehe.  Korang gelak, gelak jugak.. cuba tengok rommate korang sekejap!

aku rela duduk sorang kalau dapat roomate psycho macam ni



Awek Bertudung Jom Kita Banned Group Ni!!! [Awek Free Hair & Kaum Adam pun boleh join ]

Salam semua

Panas hati betul aku dengan satu group kat Facebook ni. Memang jenayah siber sangat!!! Group PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG! Korang pegilah usha page tu. Korang tengok betapa kuah hajor nya admin group tu mengupload gambar perempuan-perempuan bertudung dan menyalahgunakannya. Post komen ntah hapa-hapa dan main kutuk-kutuk orang tu. Menjadikan pemilik gambar tu sebagai bahan imaginasi kelucahan. Buat masa sekarang dah 200 ++ orang yang like page tu. Bukan setakat tu je, siap ada blog lagi korang admin ni... memang macam HAROOOOMMMMM JAY (sepatah kata Cik Epal)....



Sebab tu aku dah pesan dari ENTRY DULU LAGI supaya kita semua ni berhati-hati dalam upload gambar kat internet. Aku percaya, ada segelintir pihak tak bertanggungjawab yang cuba salah gunakan gambar-gambar korang. Dari yang aku tengok pada komen-komen yang diberikan kat group tersebut, ramai yang "MEMBAYANGKAN" benda-benda blue bila tengok gambar perempuan-perempuan tu.

Aku tak kisah lah, apa je yang si admin tu bagi alasan. Yang aku tahu, dia ni dah melakukan satu kesalahan jenayah siber. Jadi, dia pikir dia besar sangat ke... kita pun ada kuasa ok. Macam mana? Meh korang ramai-ramai serbu FB dia ni kat link ini PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG dan ikut aku dengan langkah-langkah ni ok...



1. Klik REPORT PAGE pada bahagian bawah tu...
2. Pas tu korang mark pada bahagian Nudity, pornography and etc. tu... dan tekan submit. 

Dengan cara macam ni, tindakan akan diambil oleh pihak admin FB dan jika perlu, laporan kepada pihak polis akan dibuat. Orang-orang yang macam ni perlu diberi pengajaran sikit. Kena kasi tahu pada dia macam mana nak homat hak orang lain. Aku ada baca wall post yang di bagi kat wall dia kan, bukan takde yang tarbiah dia bagi nasihat... dengan harapan dia sedar apa yang dia buat sebagai satu kesalahan kan.. tapi dia tak peduli. Malah di sound balik orang tu tau!! Haish memang melampau ini orang. Makanya, kalau dah tak nak dengar cakap kan... KITA BAKOR JE LAAA!!!!

Sunday, April 10, 2011

Malam Minggu di Bukit Bintang! Fuh...mengucap panjang aku!

 Salam semua
Just quoted back a simple and meaningful FB status of Fahrin Ahmad!
gambar takde kaitan.
"Wahai wanita... Sesungguhnya memelihara diri dan berperasaan malu akan menambah kecantikan wanita yang sudah cantik...... Maka yang tidak memelihara diri bila bergaul serta tiadanya rasa malu bila berpakaian hanya akan menghodohkan walau secantik mana dirinya.... Cantik bukanlah pada rupa, solekan mahupun pakaian, tetapi pada HATI..." 
**LOVE & FAITH, F.A**
 
Mungkin benda ni datang sebab malam tadi, aku dok gatal-gatal pergi area Bukit Bintang , Lorong Hj. Taib and HOT - HOT AREA tu kot. Bila mana, manusia dah tak fikir lagi pasal dosa dan pahala. Haish, ngeri aku tengok masing-masing. Muhasabah diri sahaja. Bukanlah nak kata baik, tapi rasanya masih boleh berfikir... dan tiba-tiba teringat rancangan PM nak buat HUB HIBURAN.... tak layan!!! Macam-macam kaum ada di sana. Aduhai Malaysia!


Friday, April 8, 2011

Koleksi Gemilang Jaclyn Victor Memang Mantap! Korang Dengarlah....

Salam semua

Ada sapa-sapa tak kenal penyanyi ni? Sapa tak kenal, sila terjun daripada KB Mall. Eh!! Jangan!


Aku tak pasti berapa ramai yang tahu akan kewujudan Koleksi Gemilang ni. Lagu- lagu HOT sepanjang zaman macam 'Ku Pendam Sebuah Duka', 'Kau Ilhamku', 'Lagenda', 'Kamelia', 'Isabella', 'Warisan Wanita Terakhir' dan banyak lagi. Secara jujur lagi tulus aku sangat LOOOOIKKKKEEEEEE suara Jaclyn Victor dalam koleksi ni. Suara yang sangat mantap lagi hebat. Tak kesah lah lagu penyanyi lelaki atau perempuan, dia memang pulun habis. Nada suara tinggi dan rendah milik Jac sangat vogue. Tahniah Jac! 


Selain daripada suara yang mantap, satu lagi faktor yang menyebabkan aku sangat giler dengan koleksi sebab lagu-lagu yang dikompile kan semua memang Meletop sepanjang masa. 24 buah lagu dalam satu koleksi. Tak mabuk ke korang? Memang syok je nyanyi waktu dalam kereta! Terimbau segala kenangan dahulu kala kan! hehehe.... jiwang sangat! Dalam banyak-banyak part yang paling aku suka ialah pada waktu 5:30 - 5:31. Musik yang sangat best!

Sekali lagi, memang tahniah pada Jac sebab memang terbukti suara dia terbaik. Mampu bawak lelaki dan lagi perempuan tanpa sikit pun kesumbangan ye. Dan yang terkini, aku sangat layan lagu Jac, Ning dan Shila tu.  Fuh, tapi kalau aku yang nyanyi, mau putus urat kentut uolls!!!

Terima Kasih Nuffnang Jemput Aku Untuk Premier Screening

Salam semua

Disaat-saat peperiksaan hampir tiba ni, rasanya tahap ketensenan semakin meninggi. Tapi, alhamdulillah... ada lagi rezeki daripada Nuffnang! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi pilih aku antara yang bertuah untuk pergi ke Premier Screening Movie Scream 4 pada 13 April ni kat GSC 1 Utama.

Bukti email aku ye....

Aku tak join pun contest untuk cerita tu. Aku just join contest untuk cerita The Roomates tu. Tapi dah dapat yang ni, tak kan nak lepaskan peluang lagi kan? Tak nak lah lagi jadi macam KES YANG LEPAS. Menangis aku sorang-sorang. Aku ingat kan lepas jadi macam kes yang lepas tu, nuffnang dah tak nak kawan aku lagi, Alhamdulillah, nak jugak dia kawan aku lagi ni haa...

Untuk projek kali ni, aku dah submit dah confirmation. Jadi, sekarang tengah tunggu je tarikh tu. Sungguh excited ye untuk pergi memandangkan ni adalah projek 1st time aku bersama nuffnang. Pasal cerita Scream 4 tu plak, berkisar kes pembunuhan. Kira movie ni bergenre thriller horror lah. Aku suka cerita cam ni sebab bikin adrenalin aku turun naik. Nanti for sure lah aku akan bagi rating dan review sikit cerita ni ok! Tengok trailer memang mencemaskan. Ni lagi bikin aku chuak ni! 


click this link ok!

So, pada mana-mana blogger yang turut sama dapat invitation ni atau pun yang menang contest yang dianjurkan tu, kita pegi ramai-ramai ok! Kita jumpa kat sana dan kasi gempak GSC 1 Utama!!!! Aku ni kadang tak berapa cam dengan blogger, tapi aku sangat friendly ok! So, do come and greet me. (Ayat DIVA sangat uolls). Hehehehe... seriously, aku sangat mudah mesra dengan orang. Tak kira tua atau muda!

Monday, April 4, 2011

Belajar Tips Penjagaan Kucing Melalui Blog

Salam semua

pinjam gambar kucing kesayang AIZUL MARCELLO boleh?? -pic courtesy-
Kalau semalam, aku ada share satu blog yang berkongsi banyak pengalaman dan ilmu supaya kita BELAJAR DENGAN BETUL PENJAGAAN MATA kan, hari ni masa aku blogwalk aku terjumpa satu lagi blog yang juga mempunyai fungsi yang sama. Berkongsi ilmu. Aku sukalah blog yang macam ni. Bagus sangat sebab cara penyampaian dorang lebih sempoi dan relax. Bukan macam sesetengah blogger yang dok post citer pasal pasangan dia je tak sudah-sudah. Muaklah uolls!!! Blog yang jenis sharing is caring ni, bloggernya sangatlah best sebab turut menjadi kaunter pertanyaan. Bila dah jadi kaunter pertanyaan tu, for surelah maknanya blogger tu friendly kan. Ni yang bagus!

Blog kali ni yang aku nak share sama adalah blog mengenai penjagaan haiwan peliharaan kucing. Aku tau ramai orang kat luar sana tu yang menyayangi dan menjadikan kucing sebagai pet korang kan? Jadi, nilah masanya korang dapatkan tips dan ilmu untuk menjaga kesihatan kucing korang. Kalau kucing korang sihat, nanti korang pun senang hati kan. Setuju???

 Selain tu, daripada blog Kucing Utara ni, apa yang dapat aku lihat lah kan, bloggernya mesti seorang yang penyayang. Sebabnya, sanggup jaga dan bela kucing-kucing yang terbiar kat luar sana. Sungguh murni hatinya. Tips dan tunjuk ajar yang diberikan kat blog ni jugak sangat sesuai dan bagus untuk semua pencinta kucing. Complete set gitu, dari A sampai Z. Sebut je pasal penjagaan kucing, memang blog ni lah yang bagus dijadikan rujukan. 

Jadi, apa tengok lagi CAT'S LOVER. FEEL FREE TO VISIT N FOLLOW THIS BLOG!



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork