Thursday, June 30, 2011

ASTRO Bajet Dia Je Ada Kuasa??? Kita Pun Ada.....

Salam semua



Masalah kenaikan harga barang bukan lagi masalah baru dalam hidup kita semua. Aku pasti, 1 Malaysia *ikut seruan kerajaan* tak menyokong sebarang kenaikan kadar mahupun apa-apa harga barangan di pasaran. Lebih-lebih lagi yang membebankan rakyat. Kadang-kadang aku terfikir, kerajaan kata "Kita sentiasa mempertimbangkan bebanan rakyat dan membela rakyat!" tapi aku tengok harga barang tetap je naik. Betul ke nasib kita ni dipertimbangkan? Dorang macam tak amik pusing langsung kenaikan harga barang yang tak terkawal ni. Hari ni, kalau bawak ke kedai RM 50, takda apa yang kita boleh beli! 

Itu kes harga barang. Belum reda lagi, tup tup keluar pulak statement ASTRO nak naikkan kadar bayaran!!! Hadoooooooi!!!! Demand sangat ASTRO ni sebabnya dia fikir ramai pelanggan dia dan dia satu-satunya syarikat televisyen berbayar yang monopoli Malaysia, sesuka hati boleh naik kan kadar bayaran? Tak fikir ke keadaan ekonomi orang ramai. Aku sangat-sangat TAK SETUJU kalau ASTRO naikkan kadar bayaran. Tak setimpal dengan service yang dia bagi. Kalau hari hujan, dah kompem siaran tergendala. Lepas tu, ulang tayang cerita entah berapa juta kali. Balik-balik cerita yang sama. Pagi petang siang malam. Macam tu dia kata service bagus? Nak tengok cerita bagus sikit kena melanggan. Kena beli pakej dia. Kalau tambah pakej tak kena duit, tapi kalau nak buang pakej kena tambah RM 10. Apa barang macam tu??? 

Benar-benar ASTRO mengecewakan aku. Ayah aku adalah antara pelanggan awal ASTRO. Kiteorang masuk ASTRO masa tu harga pendaftaran RM 999. Mahal kan? Tak silap aku sekarang ni RM 70 je dah boleh masuk ASTRO. Bukan tu je, masa ASTRO Byond dilancarkan, aku antara 100 pelanggan terawal yang tukar pada HD .  Tapi, sikit pun takde keistimewaan yang kami dapat. Takde langsung inisiatif pihak ASTRO nak menghargai kami. Makin dijerutnya kami adalah!!! Jadi, aku rasa ada bagusnya kalau kita semua boikot ASTRO. Bukan untuk membenci tapi memberi amaran dan peringatan pada ASTRO bahawa 

JANGAN HANYA PENTINGKAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA, TAPI KEPUASAN HATI PELANGGAN PERLU DIJAGA!!!


Sebagai meluahkan ketidak puasan hati korang SILA LIKE & SUGGEST PAGE INI pada kawan-kawan! 

Tak Payahlah Nak Kutuk Nuffnang Kalau Lama Tak Dapat BE.

Salam semua

p/s: Entry ini tidak dibayar mana-mana pihak. Sekadar buah fikiran aku. =)


Sepanjang aku berblog ni, tak pernah sekali pun aku tulis entry pasal Unique Visitor ataupun Buffered Earning. Apatah lagi bercerita pasal cash out Nuffnang bagai. Tak pernah aku merungut kalau tak dapat BE dan tak pernah jugak aku bangga bila dapat doploh BE sekaligus. *tangan ke dada, mata pandang atas. Maaflah, takde niat nak menyindir sesiapa. Cuma, tadi semasa aku melawat satu blog ni. Bukan main dia kutuk Nuffnang kata Nuffnang kedekutlah, taik hidung masin lah, pilih bululah....adoiiiiiii macam-macam dikutuknya Nuffnang tu. Sampai keluar beberapa bahasa yang kurang manis. Sehingga dibandingkan dengan syarikat-syarikat pengiklanan yang lain. 

Baiklah, mari sini aku cerita kenapa mutakhir ini Nuffnang susah nak bagi BE pada blog-blog kita semua. Seperti biasa, alasan Nuffnang adalah kerana terlalu banyak blog sekarang ni dan syarikat pengiklanan yang pilih blog mana  yang dia nak. Aku tak tau alasan dia tu betul atau tidak *aku bukan mengampu Nuffnang ok! Tapi, meh  aku bagi satu analogi. Korang tau highway? Dulu, semua orang lalu jalan lama. Time tu, sapa yang lalu highway, fulamak....berdesap desup lajunya. Tapi bila dah ramai orang yang guna highway, dorang dah tak boleh laju macam dulu lagi. Sama halnya macam broadband. Dulu, masa awal-awal sapa yang masuk  broadband tu memang super laju. Tapi cuba korang try sekarang. Slownya lebih kurang siput b*bi je... *kata kawan aku lah yang guna broadband. Hal ini adalah disebabkan persaingan yang meningkat setiap hari. Kita sedang bersaing! 



Jadi begitu juga halnya dengan Nuffnang. Masa awal-awal dulu, takde hal lah kalau Nuffnang nak bagi patpuloh BE sekaligus pada satu blogger. Tapi sekarang dah lain. Ramai yang dah ada blog sendiri. Kadang-kadang tu, sorang blogger sampai 2-3 blognya. Haaa....jadi korang dapat tak bayangkan macam mana sesaknya 'highway' Nuffnang. So, kalau korang bertukar pada syarikat lain pun, nanti sampai satu masa akan tiba jugak perkara yang sama macam yang terjadi pada Nuffnang ni. Setiap benda kan ada pasang surutnya. 

Cuma nasihat aku,  tak payahlah kita mengutuk habis-habisan satu-satu pihak tu bila kita dah tak suka. Bila suka dipuji bukan main melambungnya. Biarlah berpada-pada. Yer, aku tau Nuffnang tak baca pun entry kutuk tu...dan entry aku ni pun Nuffnang tak baca. Cuma aku nak berpesan pada sesama blogger. Itu aje! Janganlah habis madu, Sepah yang menang ML  dibuang. =) dan, berblog lah secara ikhlas. Bukan kerana nak dapat habuan semata-mata. Jadikan dunia blog sebagai sebuah dunia perkongsian ilmu yang bermanfaat!


*peace!!!!



Wednesday, June 29, 2011

3 Sebab Kenapa Perempuan Drive Kereta Slow

Salam semua

Rasanya hari ni, aku paling banyak post entry. Ini adalah entry kelima aku untuk hari Rabu yang mulia ini *sempena Israk Mikraj kan.... Macam mana entah, mencurah-curah pulak idea. Kalau time kering tu, memang payah lah. Satu entry nak tulis pun makan berjam-jam....



Kita selalu je dengar orang cakap macam ni kan " Alamak, slow gile kereta depan aku ni. Ni mesti pompuan yang drive!" Tak kira lah, aku sendiri yang perempuan ni pun bila kereta slow aku akan cakap macam tu. Hahaha... kadang-kadang rasa macam kuang ajar dengan kaum sendiri pulak. Tapi, meh aku nak bagitau kat satu dunia blog, 3 SEBAB KENAPA PEREMPUAN DRIVE KERETA SLOW!


1. Perempuan Itu Penuh Berhati-Hati

Sapa yang tak setuju, sila komen dekat entri ini. Hahaha.... Memang ini diakui. Dalam segala aspek dan bidang kerja, perempuan lebih cenderung untuk bertindak dengan penuh hati-hati. Dengan pengamalan sikap berhati-hati yang tinggi ni dengan niat supaya tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi di jalan raya. Banyak nyawa yang perlu diambil berat. 


2. Perempuan Cepat Gelabah

Kalau lelaki pantang dicabar, perempuan pula cepat melatah. Malahan kajian pakar psikologi, tindakan refleks daripada lelaki berkaitan bidang permotoran adalah lebih tinggi berbanding perempuan. Lelaki cepat je, tekan  brek smoothly bila ada kereta mencilok, tapi ada perempuan baru nampak anak kucing melintas, nak tekan brek sekali tertekan minyak. Kadang tu, kereta jauh lagi dia dah emergency break.  Haaaa tu semua pasal darah gemuruh lah tu! Bahaya ni...


3. Biarlah yang jadi samseng jalan tu lelaki.... 

Perempuan sangat mementingkan keselamatan diri dan orang-orang yang tersayang. Jadi, perempuan sanggup biarkan jelah cabaran ke hape benda ke asalkan tak terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Lagipun, perempuan kan kaum yang lemah. Tak kan nak tunjuk terror di jalan raya. Tunjuk sopan santun takpe. Mana tau, ada mata yang memandang kita....heheheh *ayat cari jodoh.


p/s:
  i) aku pun fed up jugak kalau duduk belakang kereta yang drive slow-slow. Biarlah slow kena pada tempatnya.
      Yang penting, hati-hati di jalan raya.
 ii) Aku bawak kereta tak slow mana ok.... high speed penah bawak 140km/j. Ok la tu???



Tips Untuk Anda Jadi Top : 3 Cara Mudah Hindarkan Penyakit RSI

Salam semua

Kegiatan harian biasa bagi seorang blogger adalah sudah pasti menghadap laptop sehari suntuk. Begitu juga aku. Tadi, semasa aku berblogwalking, aku ada terbaca satu artikel yang menarik di BLOG TARMIZI SHUKRI yang menceritakan sejenis penyakit yang ditakuti para blogger, photographer dan mereka yang addict dengan laptop. Korang semua WAJIB terjah blog hebat dia. Lebih-lebih lagi bagi tuan-tuan empunya DSLR. Siap ada contest yang menarik lagi ni. *Alamak, terpromote jap. Takpe...takpe...

Credit to TARMIZI SHUKRI
Jadi, kalau Tarmizi Shukri dah bagitau asal usul penyakit RSI tu, aku nak share dengan korang TIPS UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI PENYAKIT RSI.... Harap-harap kita semua terhindar. 

1. TAIP DENGAN POSISI PERGELANGAN TANGAN YANG NEUTRAL

Cara menaip yang betul adalah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Jangan membengkokkan tangan ke arah jari manis, mahupun ke arah ibu jari. Malahan kita juga dilarang untuk menaip dengan cara meletakkan bawah tapak tangan di atas pelapik keyboard atau laptop. 






2. ATUR LETAK MOUSE DAN KEYBOARD

Kita sepatutnya meletakkan mouse pada level yang sama tinggi dengan keyboard. Jangan sesekali letakkan mouse terlalu jauh dari keyboard atau lebih rendah daripada keyboard. Perkara ini boleh menyebabkan tekanan yang banyak pada bahu dan siku korang.  Malahan kita juga digalakkan untuk menggunakan Palm Rest atau Gel Wrist Pad yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan. Jika korang mahir menggunakan keyboard shortcut, itu lagi bagus. Contohnya untuk paste, korang hanya tekan Ctrl + V. Korang boleh guna khidmat Abang Google untuk tau shortcut tu. Bukan sekadar menjimatkan masa, malahan korang akan mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan.

Murah je kan benda ni. Seploh ringgit dah dapat!

3. BEREHAT SEBENTAR BERSAMA KIT-KAT
Para doktor lagi senang nak ubat penyakit ni. Dorang just suruh kita ni semua yang addict dengan computer untuk kerap kali mengambil rehat. Kita sewajarnya mengambil rehat selama 5 minit selepas duduk menghadap laptop selama 30 minit. Maknanya, 5 minit setiap setengah jam. Masa korang rehat tu, korang digalakkan buat aksi ringan-ringan  dan meregangkan otot serta sendi di badan. Sambil tu, boleh gossip-gossip sikit. Hehehehe....*jangan tiru aksi itu. Aku takde boss takpe...


Jadi, sekarang ni check balik posisi pergelangan tangan korang. Cara duduk korang dan ingat, kesihatan kita semua lagi penting daripada kerja mahupun aktiviti online tu. Janganlah terlalu addict atau mengejar masa untuk habiskan kerja, tapi kesihatan kita terganggu. Amalkan gaya hidup bloggers yang sihat!!! 

Wordless Wednesday : Sengaja Aku Bagi Korang Meleleh Air Liur!

Salam semua

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.



Wanna know more : http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

Wordless Wednesday : Selagi Belum Tutup Mata....

Salam semua

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

Keje oh keje

Maklumat lanjut dan nak join : http://malaysianww.blogspot.com/

Tuesday, June 28, 2011

Giveaway: EqbalZack's Fan Page Logo!

Salam semua





Sungguh indah bunga kemboja,
Bunga teratai di tepi paya
Salam dihulur pembuka bicara,
Nak join contest yang hadiahnya baik punya.....

Buah tembikai buah berangan,
Tanam pula di tepi taman,
Niat di hati nak menang peraduan,
Sokong Eqbalzack blogger handalan,

Berdayung sampan pergi ke hulu,
Ketika senja di Tanjung Rhu,
Tahniah Eqbalzack ada follower lebih 5ribu,
Sebab blognya best dan penuh berlimu.

Tinggi nyiur menyapa awan,
Karam perahu tengah lautan,
Button ini tanda sokongan,
Harap memikat hati tuan budiman.

Anak puyu berenang-renang,
Anak keli memandang sahaja, 
Mari kawan doakan aku menang,
Nanti  aku belanja aiskrim Malaysia.




























p/s: harap Abg Eqbalzack benarkan aku guna pic dia tu...ambil di FB. Sapa nak join, jom sama-sama click kat banner oren tu yer! Dateline 10 July 2011.

Tips Untuk Anda Jadi Top : Bercakap Dengan Yakin Depan Audiens!

Salam semua

Aku sangat suka pada blog yang banyak share tutorial dan tips-tips berguna. Pada aku, perkongsian sebegini sangat-sangat membantu sesama kita semua untuk lebih berjaya dan maju dalam kehidupan. Dan aku juga akan rasa yang tidaklah seharian online itu satu pembaziran! So, boleh tak kalau aku nak share sedikit tips untuk korang semua? 

Aku bukanlah expert sangat bila bercakap di khalayak ramai tapi ni berdasarkan pengalaman aku je. Bukan nak riak apa pun, tapi nak share sesuatu yang aku rasa boleh membantu kawan-kawan aku semua. Aku harap jangan korang salah anggap tujuan aku ni ye. Sebab ramai orang sekarang sangat gugup bila disuruh bercakap di hadapan orang ramai sedangkan pada pandangan aku, kita patut asah skill tu... penting untuk masa depan contohnya bila kita nak present depan majikan, nak kena interview mahupun bila kita jadi wakil pelajar atau wakil rakyat nanti dan diminta berucap......heheheh. Jadi ni ada beberapa tips yang boleh dicuba sebelum korang bercakap di khalayak ramai. 

my work place

1. Buat Homework
Ini sangat penting. Sebelum kita nak bercakap atau buat presentation depan audiens, make sure kita buat homework dengan cara mengkaji latar belakang event serta audeins kita. Bila kita dah buat homework, maksudnya kita dah ada pengetahuan mengenai event tu. Contohnya  kita jadi pengacara untuk sesuatu majlis, kita kena pastikan apa tujuan  majlis tu. Siapa VIP yang dijemput dan macam mana perjalanan majlis tu. Kalau melibatkan event yang berprotokol, pastikan nama VVIP disebut dengan gelaran yang betul dan  disusun mengikut aturannya.  Jangan sekali-kali kita cuba untuk bercakap secara spontan melainkan kita dah benar-benar expert. Lagipun bila kita bersedia, secara tak langsung confident level kita akan meningkat dan menunjukkan kesungguhan kita.

2.  Practice Make Perfect

Jangan abaikan perkara ni tau. Sangat penting. Latihan akan membuatkan kita biasa dengan skrip yang kita nak cakap tu. Bila kita dah biasa dengan skrip tu, kita boleh hafal skrip tu lama-lama. Dan kita juga akan dapat detect kesalahan dalam skrip tu bila kita buat latihan. Dengan latihan tu jugak, kita boleh sesuaikan nada dan intonasi kita dalam persembahan. Bila persembahan smooth, confident akan naik jugak. Ada tips yang kata, kita boleh berlatih bercakap di hadapan cermin. Pada aku, tu semua ikut kesesuaian diri kita. Aku tak pernah bercakap depan cermin malahan aku sangat malu bila ahli keluarga aku tengok sesi latihan. Jadi cara aku, aku akan duduk dalam bilik. Kunci pintu dan berlatih lah satu hari suntuk!

3. Kimia

Kimia dalam bab ni merupakan kimia antara kita dan partner juga kimia antara kita dan audiens. Untuk jadi seorang presenter yang baik, hubungan sesama mereka yang terlibat sangat penting lebih-lebih dengan penonton. Dalam part ni, penggunaan eye contact dan body language boleh membantu. Macam aku, mula-mula dulu memang lah aku takut dan malu sangat nak tengok mata orang a.k.a audiens aku sebab aku takut terlupa teks, sikit tips nak bagi bila macam tu aku akan pandang dinding di bahagian belakang dewan tu. Jadi orang akan nampak seolah-olah kita pandang audiens. Tapi bila semakin hari confident dah ada, aku berani lah tenung mata sorang-sorang. Sampai juri pun aku tenung! hahahah....


4. Awasi pemakanan dan aktiviti sebelum berucap

Mengambil contoh diri aku sendiri, kebiasaannya beberapa hari sebelum aku bercakap di khalayak ramai, aku akan mengawal pemakanan aku. Aku tak akan ambil makanan yang terlalu berminyak, kekacang dan makanan yang terlalu pedas. Perkara ni boleh membantu aku untuk menjaga suara supaya tidak serak, tersekat-sekat mahupun takde suara langsung pada hari kejadian. Beberapa jam sebelum bercakap, aku tak galakkan sangat untuk makan terlalu kenyang. Sebab, bila kenyang tumpuan kita akan kurang dan dikhuatiri kalau kita sakit perut nanti. Malahan,  aktiviti kita juga perlu dikawal. Jangan buat aktiviti yang terlalu berat dan memenatkan. Bila kita penat, nafas kita akan tercungap-cungap dan menyukarkan kita untuk bercakap. Aku lebih suka ambil air kosong dan makan beberapa potong kuih sebagai alas perut dan penambah stamina. Terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh. Biasanya, kalau pengacara majlis ni kan kena cakap straight sampai 2-3 jam majlis. 

p/s: aku tak pernah berpantang untuk tak minum ais. Bantai je... Alhamdulillah suara ok. Up to u ok!


5. Jangan panik

Tips ni sangat penting! Memang tak dinafikan, kadang-kala pasti ada kesilapan mahupun perubahan di saat-saat akhir tak pun, kita terlupa teks sendiri. Nasihat aku, cuba kurangkan panik korang. Jangan menggelabah tak tentu pasal. Dan sekiranya masalah tu memerlukan bantuan pihak lain, anda perlu sabar dan bercakap secara spontan kepada audiens. Tarik nafas panjang-panjang dan senyum kepada audiens. Jangan malu untuk memohon maaf sekiranya masalah itu menimbulkan ketidak selesaan kepada audiens dan cuba cari back up plan sebelum majlis bermula. Jangan terlalu bergantung pada tentatif program yang ada semata-mata. Kena kreatif sikit kan... Bila korang kurang panik, korang tak akan lari fokus dan darah gemuruh tak akan naik mendadak. Bila macam tu, Insya-Allah semua perkara akan berjalan lancar kembali.


Jadi, sekarang ni tak yah takut-takut lagi untuk berhadapan dengan audience. Bersemangat dan yakin pada diri sendiri. Peluang hanya datang sekali. Kalau kita tak pandai merebut peluang, nanti rugi. Korang patut berbangga jika korang terpilih untuk bercakap di khalayak ramai sebab bukan semua orang berani seperti korang! =)


emcee untuk Malam Apresiasi Gemilang Kolej 12 di KLIA  Pan Pacific



Aku Kecewa Hari Ini

Salam semua

Hari ni aku agak bersedih dah frust jugak lah. Seperti yang pernah aku bagitau minggu lepas, aku dijemput oleh Nuffnang untuk ke Premiere Screening Transformers yang mana filem tu merupakan filem target aku untuk tahun ni. Alhamdulillah, Nuffnang dah realisasikannya. Terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang.


Malangnya, aku tak berpeluang untuk  tonton filem tu. Sebabnya, aku tak boleh tinggalkan mak aku sorang untuk jaga ayah aku. Lagipun aku kan driver. Jadi, kalau aku ke KL, nanti ayah aku tak boleh ke kerja dan terapi untuk dua hari. Jadi, terpaksalah aku korbankan je tiket free tu. Aku bagi pada kawan aku untuk pergi tengok Transformers : Dark of The Moon. 

Sedih memang sedih. Terlalu sedih. Tapi aku tak boleh nak buat apa. Lagipun, kos ke KL pergi dan balik je RM 50. Rasa tak berbaloi pulak kalau semata-mata nak tengok movie free. Kat Kluang pun boleh tengok walaupun tak primere screening lah! Tapi tak pelah, paling penting kesihatan dan keselamatan ayah dan mak aku. Family first kan... Insya-Allah ada rezeki lagi untuk aku. 


p/s: Part ni aku kena belajar buat keputusan.... memilih mana satu yang lebih penting


Saturday, June 25, 2011

Manisnya Kurma Ini.....Sempuuuuuut! Buat Sepah Jadi Maharaja Lawak.

Salam semua



Rasanya tak perlu diberitahu lagi. Satu Malaysia dah tau yang Sepah menyandang title Maharaja Lawak. Sumpah lawak giler malam tadi. Sampai menangis aku gelak tengok si Jeff jadi ustazah "Manisnya Kurma Ini..." terngiang-ngiang kat telinga aku suara dorang cakap "Sempuuuut!!!!" Hahahaha. Paling tak boleh blah masa Jeff dengan Shuib jadi laki bini. Jeff cakap "Senang nanti abang deal dengan pak imam, tanam mayat terbalik. Makin korek, makin dalam!" Pecah perut aku....





Tahniah Sepah. Memang mantap persembahan malam tadi. Sememangnya persembahan Sepah konsisten setiap minggu. Bangga aku Orang Johor menang wei! Semoga Sepah terus sukses. Daripada pemerhatian aku, Sepah sekarang semakin bijak melawak. Kalau dulu, Fauziah Nawi selalu je condemn Sepah sebab suka buat lawak double meaning , tapi aku rasa orang Malaysia memang suka lawak kasar dan lucah yang tak straight forward macam Sepah buat. Lagi satu, aku paling suka dengan muka bersahaja Shuib dengan Jeff yang selamba badak je melawak dan bagi punch line. Memang terbaik! Sekali lagi, tahniah Sepah! 



p/s: Dengar cerita CIK FIZAH jugak beruntung sebab TANJAT BOBOI! Eh, apa cer?? Jom pegi blog dia

Thursday, June 23, 2011

Tak Habis Lagi Aku "Berbulu" Dengan Budak Bawah Umur!

Salam semua

Aku ni tak habis lagi "berbulu" dengan pasangan muda-mudi zaman sekarang. Rasanya, luahan perasaan dan nasihat dah pun aku bagi DALAM ENTRY BIKIN PANAS ni. Bukan apa, aku tengok dorang ni dah macam takde lagi perasaan malu dan segan silu dengan orang sekeliling. Apa dorang fikir dorang ada pakwe atau makwe yang "bajet hot" tu, semua orang nak pandang dia. Tolonglah......muntah aku tengok ni ha. Umur muda je lagi tu. Baju pun mak basuhkan, spender pun mak belikan... tapi dah gatal macam nak cepat dinikahkan. 

bangga dengan baju sekolah *google*
Semua ni gara-gara aku ternampak  "pasangan budak-budak hingusan" yang naik moto lalu depan rumah dua tiga kali malam tadi. Kebetulan masa tu aku nak kunci kereta dan kunci rumah. Aku tengok jam dah dekat pukul 1.30 pagi. Apalah yang dibuatnya merayau-rayau berduaan tengah-tengah malam gitu. Naik motor, bawak slow-slow. Kapit ketat-ketat. Sampai angin pun tak boleh lalu, lepas tu berhenti kat playground depan rumah aku ni duduk dalam gelap. Aiyooooo apa yang kau buat tu budak kecik???

Aku terfikir jugak, mak bapak budak-budak ni tak tahu ke anak dorang pegi mana malam-malam gini? Tak tanya ke anak keluar dengan sapa? Tak peduli ke anak buat apa kat luar rumah waktu macam ni? Aku geram dengan sikap sesetengah mak bapak yang tak kesah dengan anak dan terlalu mempercayai anak mereka. Takde langsung sifat curiga dalam hati tu. Kalau yer pun anak dah besar dan dah boleh jaga diri, tapi bukan boleh bagi 100% kepercayaan pada budak remaja. Remaja ni, makin besar makin lah kena waspada. Dunia hari ni dah berubah. Bukan macam zaman makcik pakcik dulu. Aku berani kata, budak-budak remaja zaman sekarang ni kalau bercinta atau bercouple, majoriti hanya suka-suka dan berlandaskan nafsu semata-mata. Bukannya niat betul-betul nak jadikan pasangan hidup. Ada juga remaja yang bangga dia tukar pasangan ni macam tukar baju. Bajet dia tu market sangatlah sebab satu pegi, seploh mari!!!

Nak masuk sekolah cam ni ke? 

Cukuplah adik-adik semua. Tak payahlah nak bercinta sampai macam tu sekali. Kalau belajar bagai nak rak takpe. Itu akak setuju sangat. Meluat lah dik bila tengok adik-adik berperangai macam tu. Pakai baju sekolah, keliling bandar peluk-peluk macam orang dah kawin. Apa benda semua tu? Sekali lagi, aku nak tekankan, aku bukan jeles ke hape dengan diorang ni. Tapi aku buat entry ni sebab aku percaya kalau perkara ni tak dibendung dan tak ditegur, mereka akan lebih menjadi. Penzinaan akan berlaku dimana-mana je. Bila dah macam tu, mulalah baby-baby yang tak berdosa jadi mangsa. 

Parents please...do your part

Mak bapak pun perlu peka dalam hal ni. Janganlah asyik sibuk kerja je sepanjang masa. Jenguk-jenguklah anak tu. Ambik pusing sikit aktiviti mereka. Janganlah letakkan kepercayaan 100% pada anak-anak. Sebab budak-budak ni perlukan tunjuk ajar dan panduan dari orang tua. Nasihatkan mereka mengenai buruk dan padahnya pergaulan bebas. Dekatkan diri dengan anak-anak remaja ni. Lagi satu, kalau boleh jagalah keharmonian rumah tangga. Jangan bertengkar depan anak-anak remaja sebab perkara ni hanya akan menimbulkan tekanan dan ketidakselesaan anak-anak duduk di rumah. Bila keadaan macam tu kerap berlaku, mulalah mereka cari keseronokan di luar rumah melalui kawan-kawan. Sebenarnya, kita semua bertanggungjawab pada masalah sosial ni. Sama-sama menegur dan ingat mengingati. Barulah kita semua boleh hidup aman sejahtera tanpa bala dan malapetaka. 



p/s: Yes, aku mengaku aku pun bukan macam malaikat baiknya, tapi at least aku mengingatkan sesama manusia. Nasihat ni pun buat diri aku jugak dan akak, abang semua ye! =)


Nuffnang Merealisasikan Target Aku Untuk Tahun Ini, Tapi....

Salam semua

Masih lagi bersyukur hari ni. Alhamdulillah, matlamat aku untuk tahun ni tercapai. Salah satu  target aku untuk tahun ni memang nak tengok dua movie hebat ni secara free dan Nuffnang telah merealisasikannya. Thank you so much Nuffnang. Movie pertama, sudah mestilah Pirates of The Carribbean : Stranger Tides kan manakala movie kedua target aku adalah Transformers: Dark of The Moon. 




Walaupun ENTRY INI  tak dapat Best Entry macam entry Abg Jack dulu, tapi tak kesah lah. Yang penting dapat tengok wayang free. Cumanya, ada satu masalah yang timbul. Kalau sebelum ni, tiket ambil sejam sebelum screening kat kaunter depan. Tapi kali ni, Nuffnang dah ubah cara. Kena pegi office Nuffnang dan ambil sendiri tiket tu sebelum screening. Masalahnya, macam mana aku nak pegi. Sebab aku plan on the day je nak bertolak dari Kluang. Terus malamnya pegi Mid Valley dan tengok. Lepas tu, aku gak takde transport nak ke office Nuffnang tu. Lokasinya, aku tau...guna google maps kan. Hmm....berkelana jugak hati ni. Ditambah pulak sekarang ni, aku jadi driver ayah aku. Jadi tak boleh lah nak MC lama-lama. Macam mana yer??? Nak lepaskan, rasa sayang. Rugi giler kot. Atau ada tak sapa-sapa yang dapat invitation tu jugak yang baik hati lagi boleh dipercayai untuk tolong ambilkan tiket tu. Nanti kita jumpa kat Mid Valley, kita duduk sebelah-sebelah.... =) hehehehe anyone??? Please help me....



Wednesday, June 22, 2011

Janganlah Kita Jadi Anak Macam Ni....

Salam semua

Update waktu malam. Baru balik daripada terapi ayah. Alhamdulillah semakin pulih. Sapa-sapa yang ada saudara mara atau sahabat handai yang mengalami masalah strok mahupun sakit saraf, cubalah untuk buat terapi DISINI. Mana tahu jodohnya. Kita berusahakan. 

Bila seseorang pesakit strok menjalani terapi fizikal untuk belajar berjalan, duduk, mencangkung dan sebagainya kadang kala semangat pesakit tu menurun.  Jadi, kita ni sebagai orang yang sihat perlu bagi semangat dan sokongan pada pesakit bahawa dia boleh berjalan semula seperti biasa. Semangat dan motivasi yang diberikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan lah yang dapat mempercepatkan proses pemulihan pesakit strok tu selain daripada semangat yang kental dari pesakit itu sendiri. 


Malangnya, daripada apa yang aku perhatikan di pusat terapi tu, ada sebahagian ahli keluarga lebih-lebih lagi si anak tak peduli pun dengan terapi mak atau ayahnya jalani. Kesian aku tengok orang tua mengerang sakit sampai menangis-nangis. Cuma dibantu dengan 2 orang pelatih. Anak-anak nya hanya tengok dari jauh. Bukannya nak bagi semangat atau pun minumkan air ke. Semua diserah pada pelatih. Yang lebih dashat, ada anak yang duduk jauh-jauh sambil hisap rokok atau berbual-bual. Tak peduli pun mak tu jatuh ke, nangis ke, teriak ke. Apa punya anak lah orang tu. Geram aku tengok. Takde langsung sifat belas kasihan pada mak atau ayahnya. Dibiar kesakitan sorang-sorang. Kadang tu aku rasa macam nak pegi sebelah anak dia jerit "Hoi, kau ni tak guna datang sini kalau nak berborak atau hisap rokok je. Tak reti ke bagi semangat pada mak kau tu! Apa punya anak lah kau ni!" sumpah aku geram dengan orang yang takde perasaan macam tu! Mungkin dia fikir, dia dah tolong hantarkan ke pusat terapi maksudnya tugas dan tangguungjawab sebagai anak dah setel. Oh no! Salah tu.... Selagi mak ayah ada, berbaktilah....

Tolonglah anak-anak sekalian, kalau kita ada ahli keluarga atau sahabat handai yang sakit, kalau kita tak mampu bantu dari segi kewangan, bantulah dari segi psikologi dan semangat. Itu lagi baik daripada takde apa apa. Janganlah pentingkan diri sendiri. Bila sakit ni, penawar yang paling baik adalah kesenangan hati dan sokongan moral dari keluarga. Kita tunjukkan pada pesakit bahawa kita sayangkan mereka. Bagi kata-kata positif dan rangsangan. Insya-Allah mereka akan lebih cepat sembuh. Janganlah kita lepas tangan. Mentang-mentang ada pelatih atau nurse yang ditugaskan, kita serah bulat-bulat pada mereka. Kan lebih elok kalau sama-sama bantu. Mesti pesakit  tu cepat baik! 



Monday, June 20, 2011

Jom Kenal Dengan Anak-Anak Ikan Aku! Comel-comel belaka....

Salam semua

Dua hari tak update blog sebab tangan kiri bengkak dan tak boleh gerak dengan tiba-tiba. Bila diurut rupanya aku tersalah gerakkan tangan aku semasa angkat bebanan dan jadilah tersalah urat. Sakit sangat! Walaupun masih lemah kena jugak drive ke Batu Pahat untuk terapi ayah. 

Baiklah, Sabtu lepas aku ada tulis entry berkaitan ANAK IKAN sebagai pelepas tekanan dan tension kan, dan aku jugak plan nak bela anak ikan kan sebagai bahan mainan aku.... Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak cita-cita aku tu. Setelah hampir 5 tahun tak membela ikan. Tapi kali ni, aku bela ikan secara kecil-kecilan je. Kalau dulu aku ada akuarium kaca yang besar siap filter, lampu, background hutan, aksesori lagi... tapi kali ni bajet ciput je. Jadi buat ala kadar. Yang penting semua anak-anak ikan aku sihat dan ceria! Let me introduce my baby....ada 15 ekor semuanya...

ni sweet home dorang
 Ada dua jenis ikan yang aku bela. Yang satu tu, nama dia Tiger Peacock Fish. Aku suka colour dia. Cantik sangat. Kadang-kadang hijau, kadang-kadang merah dan kuning atau oren. Geram aku. Aku suka tengok dia berenang-renang ceria. Satu jenis lagi, Beta Neon Fish. Tapi bukan ikan laga. aku rasa adik beradik laga jugak lah. Colour dia bila kena cahaya, fulamak. Cantik. Biru-biru merah dan hijau. 

Yang kiri tu Beta Neon Fish. Biru kembang merah! 

Tiger Peacock Fish. Cantik tak?? 

Aku memang suka colour dia! Subhanallah...




Reflection. Nice shot. Tak guna DSLR pun.

Sekejap macam harimau, sekejap macam peacock.

Ini yang buat aku tenang bila tengok ikan ni main-main berenang. Lompat-lompat. Comel seyh!
Memang seronok kan bila ada pets sendiri. Comel pulak tu. Berjam-jam duduk menilik depan pet pun tak kesah. Rasa terubat runsing-runsing ni. Suka benar aku. Tapi, kena ingat lah. Bila kita ada pet sendiri kita kena pastikan kesihatan dan kebersihan pet tu terjaga. Kalau tak kesian binatang tu. Menyiksa je kita ni.... 
Jadi, ada sapa-sapa lagi yang nak share gambar pet dorang atau apa-apa je pengalaman jaga haiwan peliharaan? Jom cite kat aku okeh! =)

Saturday, June 18, 2011

Terapi Terbaik Melepaskan Tension : Sesi Bermanja Dengan 'Anak Ikan' =)

Salam semua

Hujung minggu macam ni, kebiasaannya kita akan buat perkara-perkara yang kita suka dan boleh release tension kan. Ada orang yang suka shopping, pegilah shopping. Yang suka memasak, pergilah masak. Dan orang seperti aku yang suka banyak benda, kalau boleh dalam dua hari hujung minggu ni nak buat seberapa banyak benda yang aku suka. Salah satu yang aku suka adalah IKAN!!! Tapi, bukan ikan kat pasar tu. Aku suka untuk bela ikan. Repeat.... IKAN.... bukan ANAK-ANAK IKAN ye! =) 

Sejak aku kecik lagi, aku memang suka bela ikan. Aku rasa ikan tu tenang...Malahan, aku jugak seringkali  bermimpikan ikan. Aku pernah cerita kat entry ni dulu.  Aku pernah bela ikan puyu, ikan kaloi, ikan toman, dan ikan flower horn. Tapi sejak aku masuk U, aku tak de kesempatan nak bela ikan. Bela anak ikan pun tak mampu....hehehehe.... Tapi, ada satu port best dalam kampus aku untuk aku ubat kerinduan aku pada ikan. Kalau budak-budak UM mesti tau punya. Depan Dewan Tunku Canselor, ada kolam ikan koi. Ikan koi dalam tu....mak datuk....banyak giler aku cakap kat korang. Geram je rasa.... Aku selalu lepak kat situ.

Tempat Paling Banyak orang ambil gambar masa convocation
Dewan Tak Cat aka DTC
Petang-petang aku lepak kat situ, aku akan bagi ikan-ikan kat situ makan. Setiap kali pegi, aku akan bagi sebungkus makanan ikan sampai habis. Itu pun tak mencukupi. Nasib baik harga makanan ikan murah. Sebungkus RM 3- RM 4 je kan. Korang nak tau kenapa aku kata sebungkus pun tak cukup? Meh, tengok besar mana ikan kat situ...

Fresh lagi gebu bukan?

Beratur-beratur! Jangan rebut-rebut

Tu diaaaaaa....mulot lebar besar!!!

Goreng jugak kan sekoq-sekoq ni


Besar lengan kan ikan dia??? geram aku! Nak picit je rasa

Bagi Anak ikan makan...ehehehe

Ikan kat bawah tu pun buat peace.

Selain daripada usha-usha ikan, usha anak ikan pun boleh.... biasalah kan, petang-petang.... ramai yang jogging. Cuci-cuci mata lah aku jadiknya. Kat kawasan DTC tu bila petang memang seronok sebab tempatnya redup, berangin, ada bunyi air, boleh tengok kenderaan lalu. Kadang tu, kiteorang baca majalah, buku tak pun posing-posing kat situ. Sajer-sajer hilangkan tension.

My roommates.... Piqa. reading novel there

Posing sat... bangunan putih tu, Bangunan Canselori yang baru. Cantik!

Suka kiteorang buat amal pada ikan.

Makan..makan...makan time

Tengok tu, baru angkat je tangan....dah berpusu-pusu berenang mengejar

Jadi, apa plan korang untuk hujung minggu ni?? Aku plan, sekejap lagi nak pegi kedai pet dan beli ikan. Nak mula bela ikan balik... ikan apa yang best untuk dibela ek? Jangan anak ikan sudah.... =)

Have a nice weekend friends!!! =) muah..muah...



Video Budak Comel 2 Tahun Bijak Bercerita & Aku Terkenang Zaman Silam!

Salam semua

Selamat pagi. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan diberi kesihatan hari ni. Dulu masa kecik-kecik, kita sangat suka bila dengar mak atau ayah atau sapa sahaja bercerita pada kita kan. Tak kesahlah bedtime story ke,  story telling ke ataupun kat tv ada segmen bercerita. Bercerita memang sangat sinonim dalam dunia kanak-kanak. Daripada bercerita diselitkan unsur-unsur nasihat. Supaya anak tu jadi yang baik.



Banyak cerita-cerita yang femes dalam dunia kanak-kanak. Ada yang dari Barat,  dan ada jugak yang memang cerita dongeng orang Melayu. Contohnya macam Kancil dan Buaya, Kisah Si Gagak yang Bijak dan banyak lagi lah. Seronok je kan. Lagi-lagi kalau ada pertandingan bercerita. Siap prop semua. Comel je....Teringat aku zaman sekolah rendah. Umur 9 tahun, aku masuk pertandingan bercerita. Cerita yang aku bawak adalah Kisah Angin dan Matahari. Siap nyanyi-nyayi lagi aku masa tu. Padahal malu giler. Tapi bajet ala-ala comel je.... hehehehehe..... Paling tak boleh lupa, kebanyakan kita mesti akan mulakan sesi bercerita dengan ayat       "Paaaaaaaaaadaaaaaaaaaa suatu hari......." dan dengan nada yang sama. Perasan tak??? 

Sebagai pengubat kerinduan aku pada zaman kanak-kanak pintar aku tu, aku nak share satu video yang tersangatlah comelnya budak ni. Bersungguh dia bercerita. Siap hafal segala dialog.... merenjis-renjis air liur keluar. Nasib baik kau comel, budak. Happy sangat dia bercerita. Main bantai je dia bercerita dengan pelat-pelat dia....alahai comel...jomlah tengok....


Amacam geram tak??? Bijak kan budak ni. Dah sekarang semua berimpikan dapat baby cute dan bijak cam ni kan...heheheh.... =) *mood gatai di hujung minggu....




Friday, June 17, 2011

Keputusan Ranking Universiti Terbaik Asia 2011 Telah Keluar!!!

Salam semua

Nak update and share sikit info terkini mengenai ranking universiti terbaik di Asia. Baru dapat berita melalui laman web UM sendiri. Alhamdulillah, UM, universiti kesayangan aku mengekalkan lagi reputasinya sebagai di antara 50 universiti terbaik di Asia dengan kedudukan pada nombor 39. Seterusnya menjadikan UM sebagai universiti terbaik di Malaysia. Tahniah aku ucapkan pada UM! Bangga rasanya jadi sebahagian daripada kejayaan ini. *ada ke sumbangan aku pada kejayaan ni? hahahah




Senarai ini telah dikeluarkan oleh QS Intelligence Unit baru-baru ni. Daripada senarai tersebut, top 5 Best Universities in Asia ada kat Hong Kong. Hebat jugak Hong Kong ni kan... 


Walaupun begitu, ada 4 buah lagi universiti di Malaysia yang telah disenaraikan sebagai TOP 100 universiti terbaik Asia. Nak tau universiti mana??? 



Jadi, TOP 5 Universiti Terbaik di Malaysia ialah....


1. UM
2. UKM
3. USM
4. UPM
5. UTM

Tahniah semua dan pada hemat aku, kita semua sebenarnya telah berada di antara yang terbaik. Ranking universiti cuma beberapa peratus je kepada kejayaan kita yang selebihnya adalah diri kita sendiri. Tak kesah lah kita belajar di mana, tapi kalau rajin berusaha mesti berjaya kan. =)


senarai penuh KLIK SINI.
 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork