Sunday, July 31, 2011

Segmen : Kenangan Bulan Ramadhan. Perkara Biasa Kita Buat Masa Zaman Budak-Budak

Salam semua



Walaupun hanya beberapa orang je yang join segmen aku sebentar tadi, tapi aku tak kesah. Tak putus asa dan tak kecik hati. Its ok. Lagipun, just for fun kan. Tapi kalau korang nak join masih ada masa lagi. Don't worry guys! Cmon, taip laju-laju. And now, let me share some moment that really make me smile when Ramadhan is coming. 

Macam biasalah, aku dah belajar puasa seawal usia 5 tahun lagi. Tapi masa tu, aku puasa setengah hari lah. Tepat pukul 12 tengah hari je aku dah get ready nak buka. Dan aku mula puasa full umur 7 tahun. Darjah satu. Tahun 1996 tu, bulan puasa jatuh pada bulan Mei. Takde cuti ok dan lebih perit lagi bila aku bersekolah sebelah petang. Sumpah dugaan menggunung. Aku gigihkan juga kudrat untuk terus berpuasa. Dan mulalah kepala otak kancil aku bergeliga carik idea nak kurangkan haus dan lapar atau tak terasa sangat puasa tu kan. 

1. Bila kat sekolah, kerap pergi toilet dan cuci muka

Waktu puasa tu, aku tengok air paip pun dah berselera. Tertelan-telan air liur aku bila mana kepala paip aku pulas dan mengalir deras air yang maha jernih. ah... nyaman dan sejuk kalau singgah di tekak yang kering ni kan. Ketika tu, apa bangang kalau aku nak gogok air terus ke mulut kompem-kompem nampak aku tak puasa. Jadi caranya aku akan kumur-kumur, masukkan air dan bila buang balik air tu, setengah aku telan, setengah aku buang. Hahahahah. Bijak tak kepala otak aku? 

2. Berendam lama-lama bila mandi

Aku rasa ni taktik paling popiler di kalangan budak-budak puasa. Bila balik sekolah *kan balik awal kan* pukul 5.30 dah mandi dah. Tak payah mak suruh. Kat dalam bilik air, bukak air pancuran besar-besar pastu tutup lubang air tu, than air bertakung kan aku pun duduk lah bawak air pancuran tu. Berjam-jam sampai mak aku pun bising. Katanya, makruh kalau mandi lama-lama bila puasa. Nyaman siot! Macam bawah air terjun gua rasa. 

3. Buka puasa, gelas mesti besar

Ini juga wajib lah kan. Semua adik beradik aku dok pakat-pakat nak guna gelas paling besar yang ada kat rumah. Nasib baik mak aku tak sediakan jag sorang satu. Kononnya haus gila lah tu. Letak air katira atau air bandung penuh-penuh. Bila pakcik bilal baru je sebut "auzubillah" semua dah get ready pegang gelas, letak gelas kat depan bibir.... Dengar je "Allahuakbar...." berdesup... setengah gelas aku tibai. Akhirnya, juadah makanan sepi tak berapa disentuh. Mak aku kata kenyang air kau ni! 

4. Puasa penuh, ada ganjaran

Ni merupakan salah satu cara mendidik anak-anak berpuasa. Dulu mak aku kata, sapa puasa penuh nanti duit raya dapat RM 100. Fulamak. Memang mata aku bling-bling bila dengar. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam puasa aku ni tak ikhlas sebab mengharapkan ganjaran duit tapi aku sangat bersyukur sebab taktik tu berjaya bentuk diri aku untuk berpuasa di Bulan Ramadhan. Biasalah kan budak-budak memang kena pancing baru dia ikut. Bila dah besar ni, mak aku masih lagi offer benda yang sama. "sapa puasa full, dapat RM 100." Tapi takde sapa pun yang dapat. Al-maklumlah... perempuan. kehkehkeh....

Hahaha... memang lawak bila kenang balik zaman puasa ketika budak kecik dulu. Bulan puasa memang banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang baru mula belajar puasa. Di bulan puasa inilah kita sepatutnya memperbanyakkan amalan dan semoga bulan rahmat ini melimpahkan barakah kepada kita semua. Amin...

Segmen : Kenangan Bulan Ramadhan. Sampai Pukul 11 Malam Ni Aje.

Salam semua

Esok kita dah start puasa kan? Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu dah nak raya dah. So, malam ni kita semua akan bersahur. Insya-Allah. Sahur ni banyak manfaatnya kan. Malahan bersahur sangat digalakkan dalam Islam sebagaimana pesanan Rasulullah S.A.W :

"Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Bila tiba bulan Ramadhan ni, aku percaya setiap daripada kita mesti akan ada pengalaman yang seronok dan kita kenang-kenangkan. Lebih-lebih lagi ketika kita kecil. So, di kesempatan ni, aku ingat nak buat satu segmen yang simple je. Boleh? Aku nak kita semua kenang balik zaman kita puasa dulu-dulu. Mesti best kan. 


SEGMEN  : KENANGAN BULAN RAMADHAN


Syaratnya simple je :
  1. Segmen ni terbuka kepada semua blogger (tak kesalah follower @ bukan )
  2. Buat satu entry dengan tajuk "Kenangan Bulan Ramadhan"
  3. Letakkan banner  kat atas 
  4. Ceritakan pengalaman korang ketika bulan Ramadhan yang paling korang tak dapat lupakan *cth: terlepas waktu sahur, curi-curi makanan kat dapur,  main meriam buluh , time terawikh dll. 
  5. Tinggalkan link kat komen ni 
  6. Tarikh tutup : Tak mau lama-lama lah...  11 malam ni. (31 Julai 2011) *boleh aku blogwalk sementara tunggu sahur

Jadi, apa tunggu lagi. Kongsikan pengalaman menarik korang dengan aku dan semua kawan-kawan blogger. Supaya kita dapat memeriahkan lagi Bulan Ramadhan ni dan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan. 



Saturday, July 30, 2011

Berhentilah daripada mengutuk Arwah Mohd Ashraf Hafiz lagi!

Salam semua

Hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonannya menukar nama kepada Aleesha Farhana. Inalillah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Itu takdir bagi Ashraf. 


Tapi, kita yang hidup ni tak perlulah mencerca dan mencaci arwah lagi. Biarlah itu semua sebagai urusan dia dengan Yang Maha Esa. Kita tak berhak untuk menghukumnya. Jadikan kisah Ashraf sebagai teladan buat kita semua. Mana tau, di saat akhir nyawanya dia telah bertaubat dan taubatnya diterima. Itu semua kan kuasa dan rahsia Allah. 

Ni semua gara-gara aku terjumpa satu post dari seorang blogger yang pedas mengkritik dan mencerca arwah. Astagfirullah. Mengucap panjang aku bila baca setiap perkataan yang ditulis. Memang betul, apa yang pernah arwah lakukan semasa hayatnya salah disisi agama, tapi Layakkah kita untuk menghukum arwah? Pasti ke kita ni masuk ke syurga? Dan sekarang, jika dia mengutuk arwah, bukankah itu dosa kerana membuka aib seorang yang telah meninggal dunia? Pada aku blogger tersebut sangat keterlaluan. Hormatlah perasaan keluarga arwah yang baru kehilangan anak mereka. Biarkanlah Allah menghakimi arwah. Kita tak layak sebab kita sesama hamba-Nya. 

Sekali lagi kita semua sebagai blogger, perlu menjaga adab, tatasusila serta setiap butir kata yang kita tulis pada blog kita. Jangan sakiti hati orang lain. Hormatlah mereka. Yang paling penting, jangan sesekali membuka apatah lagi menyebarkan aib orang lain. Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan: 


Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Aku sangat-sangat insaf dengan perkara yang berlaku pada arwah dan mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat. Sesungguhnya kematian itu pasti dan salam takziah dari aku buat keluarga Mohd Ashraf Hafiz. Al-Fatihah.



p/s: Maaf, aku tak akan bagi link post blog tersebut. Supaya aku tak dapat share 'dosa' blogger itu. Moga dia  menyesali perbuatannya.

Hari Kokurikulum Sekolah. Yang Best & Yang Tak Best!

Salam semua

Aku baru balik dari sekolah lama aku. Berkesempatan nak join Hari Kokurikulum Sekolah. Ala, dulu masa kita kecik-kecik, nama dia Hari Kantin. Ingat lagi tak? Tak kan tak ingat kot. Hari dimana, kantin tak bukak! So, meh aku listkan beberapa perkara Yang Best dan Yang Tak Best mengenai Hari Koko/Hari Kantin Sekolah.


YANG BEST :
  1. Hias kedai kasi cantik! Biasanya, ni tugas budak perempuan lah. Letak belon. Letak riben. Papan iklan tu buat comel-comel. Pasang lagulah. Dekorasi kena mantap. Baru menarik.
  2. Persiapan jualan. Kalau meniaga makanan, barang-barang dan kelengkapan bawak dari rumah. Yang bertugas untuk goreng-menggoreng kena ada. Semua nak jadi chef hari tu. Barulah nampak, sapa yang rajin kat dapur atau tak.  Tolong buat persiapan. Sikit sama sikit. Barulah meriah.
  3. Tukang sorak @ tukang promote kedai. Ni mesti kena pilih orang yang pandai tarik pelanggan ke kedai. Suara kena kuat. Muka ada sunyum....cari dua tiga orang yang muka ala-ala Lisa Surihani, hias-hias dorang sikit, letak depan kedai. Suruh dorang jerit, "Beli,beli...keropok lekor seploh, singgit!" 
  4. Harga makanan yang super murah. Disebabkan persaingan yang sengit, semua kedai jual lebih kurang sama kan, jadi harga kena letak murah. Tu ha... float RM 1.50 je. Kalau kat luar, mahu jejak tiga hengget. Kan? 
  5. Ada Rumah Hantu, Mini Fun Fair, Mini Game dan Mini Movie. Ini memang biasalah kan. Kalau rumah hantu tu, semua berderet-deret nak masuk. Konon nak tunjuk power tak takut hantu. Mini Movie pulak lagi sempoi. Gantung kain putih kat papan hitam, bawak laptop, bawak dvd sendiri dan gunakanlah projector sekolah untuk tengok ramai-ramai. Sambil makanlah nugget dan minum float beramai-ramai tengok movie! Best tu, gelap-gelap kan.
  6. Kerjasama guru dan pelajar serta sesama pelajar. Memang kagum! Masing-masing saling membantu. Asalkan gerai tu laku. Time untuk bersuka-ria dan asah skill meniaga.
  7. Bekas-bekas pelajar akan datang sama sebagai tanda sokongan. Time macam ni, biasanya mana-mana ex-student yang free akan datang. Jenguk sekolah, jumpa cikgu-cikgu dan mula lah terkenang zaman sekolah kembali. 

YANG TAK BEST 
  1. Masa nak tayang boipren/gefren. Ni lumrahlah. Semua sekolah aku rasa mengalami masalah pelajar yang sama hari ni. Mana-mana yang kapel sesama pelajar, mulalah jalan berdua-duaan. Beli makanan sama-sama. Duduk rapat-rapat. Time tu, cikgu-cikgu dok pandang je. Padahal kena aim dah tu dengan cikgu displin. 
  2. Sekolah sampah! Tak dapat kawal lagi, sampah memang dibuang merata-rata. Tong sampah ada, tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Kompem-kompem hari esoknya, makcik cleaner membebel je! 
  3. Orang yang bertugas takde pada masanya. Mana boleh kedai, hanya sorang je yang jaga. Mesti ada schedule kan. Tapi memang hangin lah kalau orang yang sepatutnya bertugas tapi buat-buat lupa atau lari dari tugasnya. Time kira untung, waktu petang je baru muncul. Ceh, orang macam ni memang nak kena sekeh.
  4. Cabaran cuaca. Kalau hari terlalu panas memang tak selesa.Hiruk pikuk, panas dan berpeluh. Bau badan masing-masing jangan cakaplah kan. Hapak mashem-mashem gitu.  Dan kalau hari hujan juga menyukarkan keadaan. 
  5. Semua kena guna kupon! Duit tak laku.Setiap pelajar wajib beli kupon tu.  Kalau tak datang, kupon kira burn. Tak boleh tukar duit. Melainkan kena jual dengan kawan. Ceh! 


Dekorasi kedai tu. Kreatif jugak kan
See! Harga murah kan. 
Semua nak masuk rumah hantu! Jumpa betul-betul tau pulak lari
Rumah Sesat? Apa ada dalam ni pun aku tak tau. Kang sesat kena sorok hantu kopek baru tau. 
Semua nak habiskan kupon je!
Antara barang yang dijual. 
Asah skill keusahawanan
Ini comel. semangat pakai baju uniform kan. Suka tengok!

Kreatif! 
Pertandingan melukis banner
Ramai-ramai tinggal sorang je yang buat keje. Mana yang lain? 
Makcik cleaner pengsan tengok gambar ni. 
Walau apa pun, aku tetap suka Hari Koko ni. Bermanfaat pada pelajar sebab boleh asah skill untuk berniaga.  Dan paling penting, hari tu sahaja lah duit tak laku. Semua orang kena pakai kupon untuk membeli. Sapa takde kupon, tak boleh beli apa-apa. Oh, kejam! 

Friday, July 29, 2011

Tukar Title Sidebar. Kasi Unik Sikit Macam Liyana Lunia Punya!

Salam semua

Kalau korang perasan, aku ada buat perubahan kecik kat blog aku ni. Saja suka-suka dan nak bagi unik sikit kan. Lagipun, bila buat macam tu boleh membakar lagi semangat aku untuk jadi seorang peguam. Insya-Allah. Aku harap semua dapat doakan aku ye. Memang impian sejak form 4 tu. Aku ubah title side bar aku. Kalau macam Liyana Lunia, dia guna kulit, kuku, paru, jantung dan semua part badan dah digunanya, *nasib baik tak 18sx tau* aku saja nak guna nama-nama jawatan dalam bidang perundangan sebagai title. Nampak kelassss gitew!

Dulunya...
dan bertukar kepada.....



Aku selalu dengar, kalau kita nak kan sesuatu, kita kena selalu ingatkan diri kita untuk capai matlamat tu. Dan aku rasa ni salah satu step yang buat aku semakin bersemangat nak jadi lawyer. Selain tu, aku jugak harap yang dengan buat title sebegini semua visitor yang datang blog aku turut sama mendoakan aku untuk jadi seorang lawyer satu hari nanti. Cuma, sekarang ni aku ada masalah sikit lah, aku tak tahu macam mana nak tukar word kat bahagian komen tu. 



Aku nak tiru Cik Epal. Kalau dia suruh orang doakan dia kurus kan, aku nak orang doakan aku jadi lawyer. So, ada sapa-sapa yang boleh membantu atau tahu mana-mana blog yang ada sediakan tutorial untuk itu? Boleh share tak dengan aku. Sangat mengharapkan bantuan korang ni. Segala bantuan anda, saya ucapkan jutaan terima kasih!!!


update: oh yes!! dah jadi. Thank you so much pada Achik Syida & Aien Najwa atas bantuan korang! 



Thursday, July 28, 2011

Malu Sangatkah Kalah Perlawanan Bola Sepak Sampai Nak Tukar Warganegara?

Salam semua

Okeh, kita baru dapat result yang Malaysia gagal ke peringkat seterusnya setelah dikalahkan oleh Singapura sebentar tadi. Banyak ucapan tahniah pada KFCM dan Safee Sali. Ada juga yang mengkritik pedas. Biasalah tu, bila menang disanjung, kalah kena kutuk. Tipikal rakyat Malaysia kan. Dan dalam banyak update di FB, muncul satu status...



Oh, sampai begitu sekali hebatnya kekalahan Malaysia sebentar tadi. Eh, kamonlah budak. Dah nama pun game kan, mesti ada kalah dan menang. Hanya kerana benda kecik, kau sampai nak tukar warganegara. Kau nak negara mana? Singapura? Ello... dorang bermati-matian kot menyelamatkan maruah dan nama Malaysia. Macamlah memalukan sangat kalah match bola sepak je kot. Hadoi...

So, for my readers jangan berkelakuan begini ye. Cuba letakkan kita di tempat pemain-pemain Malaysia. Pelbagai tekanan yang mereka hadapi. Kita patut berikan sokongan moral dan berikan semangat supaya team kita bermain dengan lebih kemas dan tambahkan fokus. 


P/s: Post di FB, hati-hati. Banyak mata dan hati perlu dijaga. Perkara sebegini tak boleh buat main.

Siapa Itu Qiu Li? Ala yang jadi Striker Singapura tu....

Salam semua

Tengah tengok perlawanan sarkes antara Harimau & Singa. Sapa kuat, belum tau. Doa banyak-banyak ye semua rakyat Malaysia. =) Sambil tu aku dok online ni, hati aku teringin benar nak tau sapa Striker Singapore yang pakai jersi nombor 11 tu. Rasa geram nieyh! Mana taknya, setiap kali bola kat kaki dia je, semua orang cuak beb. Jom usha, sapa mamat ni. Aku copyteh dari Abang Wiki ye.




Qiu Li (simplified Chinese邱礼, born June 6, 1981 in ShenyangLiaoningChina) is a naturalised Chinese-Singaporean professionalassociation football player. He currently plays as a Midfielder/Striker for the Home United FC in the S. League.


Football career

Qiu started his senior career in Changchun Yatai and transferred to Liaoning Zhongyu in 2001. He was released by the club in 2005 as he was surplus to requirements.
Qiu was brought to Singapore to play for the now defunct S. League club, Sinchi FC. After the club decided to pull out of the S-league for the 2006 season, he stayed in Singapore and agreed on a contract with the Young Lions where he excelled with 19 goals from 25 matches played.[1] He joined Home United in 2007 but failed to find his form and joined Tampines Rovers FC in 2008. Impressive displays in his debuting two seasons earned him Singapore citizenship.[2] He returned to Home United FC in 2011.
He made his debut for the national team in 28 May 2008, in the friendly against Bahrain.
However on the 24th of November 2008, FIFA banned Qiu Li from playing for Singapore because he did not meet the new criteria stating that a new citizen needs to reside in his new country for 5-years. Qiu Li had only lived in Singapore for 3 years. Thus he would be only eligible for international football come 2010.[3]


Kes yang dihighlight tu aku tak taulah so far macam mana. Jadi jangan tanya. Rajinkan diri anda buat research ye. Heheheh... Geram pulak aku tengok match ni. Semua mengharapkan KFCM sorang. Dahlah jiwa tengah berantakan tu... sabor je lah! 

p/s: Doa banyak-banyak untuk Harimau Malaya! 


Contest Blog Aku Kena Gigit : Update #1 - Hadiah Yang Bakal Menjadi Milik Korang!!!

Salam semua

Ok, just a quick update untuk my 1st contest. Tadi, aku dah pegi beli hadiah yang bakal korang terima nanti. Excited sangat pegi cari hadiah untuk korang tau.  Nak tengok tak???




Antara hadiahnya ialah :

Body Shop Fuzzy Peach Bath & Shower Gel---bagi korang happy masa mandi! 
Sunsilk Co-Creation Shield&Frizz Hair Protection---berbuai-buai rambut korang dengan yakin
Elianto Barlume Lip Gloss --- Bercahayalah bibir mungil korang tu
Nivea Fruity Shine Cherry Lips Balm--- boleh bagi flying kiss kat semua orang!
3 Paket Elianto Nutrition Mask---menyegarkan wajah yang lesu keletihan
Biore Cleansing Oil Wipes---segarkan wajah korang selepas make-up walaupun waterproof mascara! 

dan insya-Allah aku akan tambah lagi hadiah-hadiah ni. Oh tak lupa jugak, kalau ada yang nak sponsor, apa salahnya. Dialu-alukan. Apa, termenung lagi. Cepat-cepat cari idea dan join contest aku ni. Nampak gaya pemenang akan bertambah lagi. Mana tau rezeki korang kan. Cepat... join my 1st contest! Sapa lambat, dia rugi!!!! 



p/s: Support me okeh!!! =)

Anak Lelaki Lebih Berguna Daripada Anak Perempuan?

Salam semua

Kalau aku tulis entry ni, mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengamuk kot. Masa mula-mula aku dapat tau cerita ni pun, berdesing jugak telinga aku. Cerita mengenai persepsi yang sangat skeptikal dan mungkin boleh aku katakan sebagai gender-bias oleh sesetengah kelompok masyarakat. 

Dua hari yang lepas, aku berkesempatan balik ke sekolah lama aku untuk satu sesi bersama budak form 6. Aku jumpa lah cikgu-cikgu lama aku. Than sorang cikgu ni ajak aku borak. Katanya ada cerita panas, wah hot gitew....

Cikgu: Fateen, adik beradik awak semua perempuan kan?
Aku: haa, yerlah semua perempuan. Kenapa cikgu?
Cikgu: Tu lah Fateen, anak-anak saya pun semua perempuan. Baya-baya awak jugak lah. Hari tu, ada sorang cikgu X ni baru dapat anak lelaki, dia kata kat saya "Kak, mesti akak tertekan kan   sebab tak dapat anak lelaki?" "Tertekan apasal pulak?" "Yerlah, anak lelaki ni kalau kita  sakit ke, dia panjang langkah. Boleh jadi ketua keluarga, boleh jaga kita, lindungi keluarga kita. Kalau anak perempuan ni kan semua bergantung pada mak dan ayah. Susah sikit kalau nak survive sendiri!".
Aku: Heheheh salah tanggapan cikgu X tu....
Cikgu : Geram saya bila dia cakap macam tu. Saya terus teringat kat awak. Awak tiga beradik, bila ayah awak sakit, boleh je survive. Sambung belajar lagi akak awak tu. Saya rasa takde masalah anak lelaki ke anak perempuan ke. Masing-masing ada lebih dan kurangnya. Anak perempuan ni mungkin kurang langkahnya tak macam lelaki, tapi cukup memahami. Saya  bangga dengan awak, Fateen. 
Aku: *kembang sat* saya tak pernah rasa takde abang tu sebagai satu masalah cikgu. Saya, akak dengan adik boleh setelkan semua masalah sepanjang ayah saya sakit ni. Dahlah, cikgu tak payah risau. Pada saya, pucuk pangkalnya bagaimana didikan mak dan ayah untuk membentuk anak lelaki dan anak perempuan tu supaya tahu berbakti pada orang tua.
Cikgu: Cikgu doakan awak berjaya dan ayah awak cepat sembuh.
Aku: Terima kasih cikgu. 


Haaa, apa perasaan korang? Menyesal adik beradik semua perempuan, atau adik beradik semua lelaki? No, please don't! Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Setiap rezeki yang diberikan pada sepasang suami isteri tu mesti ada kelebihannya. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kita sebenarnya perlu ubah persepsi macam tu, yang kononnya anak lelaki lebih membantu dalam keluarga. Anak perempuan bila dah kawin, dah tak boleh  berbakti lagi. Memang betul, syurga seorang isteri bawah tapak kaki suami, tapi anak perempuan juga diwajibkan untuk berbakti pada kedua orang tuanya. Mereka juga syurga kita. Aku harap, cikgu X tu sedar bahawa persepsi dia salah. Setiap anak itu mesti ada baiknya. Ibu bapa yang mencorakkan mereka! dan pada anak-anak (kita semua lah yer), berbaktilah pada kedua orang tuamu, selagi nafas mereka masih ada.




p/s: Pada along & adik, love-u lah!





Dua Blog Yang Aku Rasa Pakai Ubat Guna-Guna!

Salam semua

Rasanya, setiap blogger mesti ada list blog yang menjadi feveret memasing kan. Kiranya kalau dalam seminggu tu, berpuluh kali masuk blog dia. Aku pun ada beberapa blog yang memang menangkap sanubari aku. Aku rasa blog macam ni hebat sebab dia ada aura dan x-factor sendiri. Bukan senang tau nak ada blog yang aura kuat gile babas. Dan macam yang pernah aku bagitau kat Liyana Lunia, once aku masuk je blog-blog yang ada X-Factor ni, memang aku akan non-stop tekan older post! Damn lah, korang ni pakai ilmu pengasih ke ilmu penunduk? 

1. Blog Cik Puan Bunga


Seriously, memang ni blog pebret aku. Aku tak tau lah kenapa. Aku suka tengok muka tuan blog ni. Sebab muka dia  nakal semacam padahal dah jadik bini orang tu serta cikgu kepada berpuluh student. Daripada muka dia je, aku dah boleh agak dia ni mulut pot-pet-pot-pet doplohpatjam! Mesti peramah kan.Memang pun, selalu je aku dengan CPB ni meroyan kat chatbox.  Lagi satu, aku suka blog dia ni sebab simple dan terasalah kejujurannya. Aku memang cepat rasa beb, kalau orang tu tipu ke jujur. Dahlah blognya simple memang betul-betul catch my eyes lah. Aku sampai penah tulis kat chatbox dia "Awak ni pakai ubat guna-guna ke hape?" sebab aku macam non-stop click older post. Ada sumpahan ke hape blog dia? Tak caya, cuba korang terjah dan alami sendiri di http://puterihati.blogspot.com/


2. Blog Serius


Aku rasa ni memang dah tak payah lah aku nak kenalkan lagi. Mustahil korang tak kenal. Blogger TOP 6 WWWOW AWARDS DIGI. Blog dia ni, aku suka sebab banyak info menarik. Ditambah dengan unlimited comments. Korang boleh luahkan apa je yang korang nak kat blog dia. Memang serius blog OBE ni. Blog ni memang dah lama aku follow. Aku suka cara OBE ni highligtkan benda-benda yang menarik dalam kehidupan. Blog ni lebih kurang macam blog Telordibasuh jugak. Blog yang outspoken dan berani. Aku memang cepat terangsang dengan blog yang jujur dan ikhlas macam ni tau. Lagi yang buat aku tak boleh blah dengan blog ni part profile si OBE ni. Tak caya pegi lah usha sendirik. BTW, Tahniah lah OBE atas pencalonan di WWWOW AWARD tempoh hari. Aku memang suka blog kau! *serius ni wei...korang pegi try sendiri http://blogserius.blogspot.com/


Sebenarnya, berblog ni memerlukan kejujuran. Bukan tulis entry membabi buta. Kena guna akal dan kurangkan emosi. Barulah menjadi. Sebab aku pernah dengar, ada kes yang mana blogger saja reka-reka cerita untuk tarik readers masuk blog dia. Pandangan peribadi aku, jujurlah dalam berblog. Bila jujur, barulah followers dan readers terasa! Baru ada feel..... 


p/s: tajuk sekadar gurauan. mereka blogger beretika dan tak guna benda kotor untuk tarik readers! 

Wednesday, July 27, 2011

Tiba-Tiba Blog Aku Kena Serang Dengan Ramai Bloggers. Apa Kes?

Salam semua

Dua tiga hari ni, aku asyik terkujat sampai hampir tercirit rasanya tiap kali masuk blog sendiri. Bukan disebabkan serangan virus mahupun hacker *harap-harap dijauhkan* tapi melihat kepada kejutan-kejutan yang mula muncul pada blog aku sejak kebelakangan ni. What a lovely moment to remember kan...

Sesi perang aku dan Liyana Lunia dan adiknya memang bikin panas kat blog aku ni. Ditambah pulak dengan kemunculan taukeh ayam yang femes kat blog Coklateyes cukup membanggakan aku. Boleh dikatakan pencapaian terbaik lah walaupun berisiko tinggi namanya tu. Mana taknya, aku sengaja pergi serang Liyana Lunia. Apa ingat lepas serang boleh duduk rileks ke? Huiissh tak iye-iye boleh kena band blog aku ni. 

Dan terkini baru tadi beberapa jam yang lepas, satu lagi kejutan muncul. Macam biasalah lepas aku balik daripada therapy ayah aku, aku akan amalkan blogwalk yang memang dijamin baik untuk kesihatan blog kan.  Syok punya syok singgah blog orang lain, aku pun refresh lah page sendiri. Perggggggggh! tercekik aku  bila tengok blog sendiri masa tu. Sampai refresh banyak kali....mana tau, widget tu tingtong.



Oh! Seriously doploh semilan orang satu masa masuk blog aku. Macam tak percaya kot. Unbelivable. Aku pun tak tau kenapa boleh tiba-tiba trafik mencanak naik sekejap je. Padahal aku blogwalk cuma dalam 5-6 blog jer. Aku pun takutlah, kot-kot nanti orang kata aku pakai iframe kan. Oh, tidak. Aku bukan blogger murahan sebegitu yer. Usaha sendiri lah untuk tarik readers kan. Dan akhirnya, baru aku tau macam mana boleh dapat catat rekod 29 orang dalam satu masa tu.... *scroll downlah yang... 





















ITU SEMUA REZEKI LAH BEB! Alhamdulillah. Aku sangat happy dengan kehadiran semua yang sudi jenguk dan singgah blog aku. Thank you so much lah! Memang aku sayang korang lah 159 juta kali! 



p/s: tak menyombong pun dengan rekod ni sebab blog orang lain sampai beratus orang readers satu masa. 



Wordless Wednesday : Mereka Syurga Kita!

Salam semua


Tuesday, July 26, 2011

Hari Tu Liyana Lunia, Sekarang Ayeem Ayam Pulak 'Serang' Aku! Hadooooi...!

Salam semua



Hari ni, terkujat lagi. Mana taknya, kali ni kena serang dengan blogger femes Ayeem Ayam pulak.  Walaupun sekadar sekor ayam je yang menjenguk blog aku, tapi bangga macam retis yang datang tau tak. Ok,  ni mesti pasal kes aku 'serang' Liyana Lunia,  sampai sorang lagi blogger femes ames Ayeem Ayam datang singgah. Mesti nak tau cerita sebenar perang dunia semalam kan! Rileks, rileks. Takde pertumpahan darah yang berlaku. Sekadar gurauan manja je! hekhekhek


Oh, pengsan sekejap tatkala bukak chatbox dan keluar nama Ayeem Ayam. Walaupun hanya dua perkataan "singgah sat" yang ditulis dah cukup buat aku kembang sedangkan sudah cukup kembang. Sudi jugak dia singgah blog aku yang suam-suam ayam ni. Tu pun lagi satu blogger yang memang aku suka cara dia 'menganjing' benda-benda kat Malaysia ni *walaupun dia ayam*. Kalau tak caya pegi lah blog Pak Rodi dia. Memang bikin panas. Tapi aku suka! Terima kasih lah ye ayeem. Nanti kita belanja ayam seketul. Heheheh....

P/s: jangan lupa tau join 1st contest aku. Tinggal 18 hari lagi. 

Harap Kereta Je Mahal, Tapi Drive Macam Haram Jay!

Salam semua

Tadi mood aku kembang bak kembang semangkuk kan tatkala aku serang secara kasar dengan tuan blog Liyana Lunia tapi my mood change extremely bila aku nak tulis entry kali ni. Aku rasa ramai je yang berdepan dengan situasi yang aku alami ni. Lagi-lagi kalau kat KL tu. Melambak!




Aku tak tau lah, memang ego ataupun trend. Tapi apa yang aku perasan. Bila seseorang drive kereta besar-besar likes BMW, Mercedes, Audi etc. dia rasa macam jalan tu jalan bapak dia! Haa kan dah keluar ayat power aku. Geram nieh!!! Sungguh. Aku memang tak boleh blah dengan mana-mana orang yang gebang. Jalan tengah-tengah bila drive kereta mahal sikit. Wei, kereta gua pun mahal apa beb. Gua pun bayar road tax tau. Mentang-mentang road tax kau besar, kau conquer jalan tu. Mana kau belajar. Kau amek lesen terbang ek dulu? 

Ni semua gara-gara tadi ada 4-5 bijik kereta *bajet mahal sepanjang aku drive Kluang-Batu Pahat yang bawak tak de hala tuju. Sekejap kiri, sekejap kanan. Dah lah merbahayakan orang lain, pastu buat muka tak tau je. Sedangkan kereta kat belakang dah berderet nak laju. Ceh! Memang muka tembok lah! Aku rasa nak lempang je sekor-sekor. Takde langsung sikap tolak ansur. Kita kena consider lah sikit. Kalau nak bawak slow, duduk lane kiri. Jangan bantai dok lane kanan je. Orang lain nak cepat kot. Ada urusan. 

Pada aku, tak kira lah korang bawak kereta apa sekalipun kereta api, korang keraplah perhati cermin pandang belakang dan cermin sisi tu. Jangan dok syok sendiri drive bajet laju padahal duduk lane untuk potong. Tanamkan sifat tolak ansur dan prihatin pada orang lain jugak. Mentang-mentang kita rasa kita 'besar'  kita bajet hebat. Tak bagus tu. Mana tau, orang lain tu ada hal yang penting untuk diuruskan. Kan teraniya orang tu. Kesian dia. Moga kita semua jadi pemandu yang berhemah di jalan raya tanpa ada sebarang diskriminasi terhadap jenis kereta! Drive carefully. 



p/S:  aku bawak AUDI Q7, aku tak gebang weh! Believe me....& tak semua pemandu kereta mewah macam tu ye contohnya aku lah kan.. hahaahah *doakan aku! 

Monday, July 25, 2011

Mampus Aku! Padah Sengaja Cari Pasal Dengan Blogger Hebat Liyana Lunia.

Salam semua

Okeh, semalam dah tercetus dah perang dunia ke lapan puloh pat antara aku dengan blogger femes lagi kebabom, fans nombor satu Shaheziey Sam kat Malaysia ni. Sapa lagi kalau bukan, CIK LIYANA LUNIA. Kalau korang tak kenal siapa Liyana Lunia, dia ibarat King dalam cerita KL Gangster. Kawasan besar dan luas telah dia jajahi.

Aku tau, bila aku start je perang ni dengan Cik Liyana, tak iye-iye aku memang boleh ma*pus kena kerat lapan belas dengan peminat dia yang beribu-riban tu. Tapi aku kena jujur. Kejujuran itu penting dalam hidup. Sebab Cik Liyana memang meragut hati dan perasaan aku. Dan dengan beraninya aku lancarkan peluru berpandu pada Liyana Lunia.Com! Hamek kau....



Kalau tak clear, aku zoom in lah. Bagi senang korang baca.

Salam Cik Liyana,
Sorilah, saya tak pandai nak bersopan sangat kalau dengan orang cam Cik Liyana ni. Jadi, bleh tak guna aku-kau je. Senang kan.

Aku tak tau sebenarnya, apsal dengan kau. Selalu sangat ganggu hidup aku. Kau dengan blog kau tak habis-habis sakitkan hati aku. Ada je cerita yang kau buat untuk bikin aku panas. Setiap kata-kata kau tu, menusuk kat kalbu dan laju je bermain di lidah aku. Setiap benda yang kau letak kat blog kau ni, aku rasa nak beli sama. Nak jadi macam kau. APSAL BLOG KAU BEST?

Sebenarnya, kau pakai ubat guna-guna apa? Aku tertarik giler dengan blog kau! Kau hebat lah Cik Liyana Lunia. Sumpah. Blog kau sangat jujur. Aku dah lama jadi silent reader kau, tp baru hari ni aku berani nak luahkan isi hati aku ni sebab aku rasa, blog kau memerangkap hati dan sanubari aku. Sampai kadang-kadang, aku try to avoid daripada bukak blog kau. Sebab aku tau, bila aku bukak je, aku tak kan putus klik OLDER POST! Hai lah Cik Liyana…. Aku tabik spring kat kau lah!

p.s: maaf kan aku, kalau kau rasa aku tak sopan, tapi aku memang peminat LIYANA LUNIA.COM! BLOG YANG JUJUR WALAUPUN GONJENG ADAKALANYA.
salam sayang dari peminat kau, bukan peminat shaheziey sam

Innanie Arifffin


Ha... mau tak terkujat Cik Liyana Lunia kita tu baca. Dan nah, serangan aku telah dibalas kaw-kaw daripada Cik Liyana. *kelihatan Cik Liyana sedih.


Dan selepas tu, adiknya pulak lancarkan serangan. Tanda tak puas hati! 


Aku pun bukak lah blog Cik Liyana dan wah.. lagi besar serangan yang diberikan sampai lebam bijik mata ni ha. Korang bacalah apa yang Cik Liyana balas. Adesss...


Tapi tidak, itu hanya imaginasi aku. Cik Liyana Lunia lebih mulia hatinya daripada sangkaan aku. Korang tengok apa dia balas....


Oh, maaflah Cik Liyana sebab buat awak tahan kentut dan gelak. Aku tak tau sebenarnya nak ekpresikan emosi aku macam mana bila aku bukak blog kau yang hebat tu. Pada aku, blog kau memang sangat jujur. Tak penah aku jumpa blog sejujur kau. Kau menulis guna hati dan akal. Bukan ikut emosi. Kalau kau suka, kau kata suka. Kalau kau kata benci, kau cakap dengan sejujurnya. Dahlah blog kau tu comel. Kau pulak tambah comel. Memang aku geram. Aku ingat, satu hari nanti aku nak dating dengan kau lah Cik Liyana. Sebab UKM dan UM tak jauh mana pun. Tahniah ye! Tapi itupun kalau kau sudi jumpa dengan aku ni ha, peminat kau bukan peminat Shaheziey Sam! *heheheh

Sekali lagi, maafkan aku Cik Liyana Lunia dan adiknya Cik Syafa Lunia. Aku tak berniat nak berkasar. Apatah lagi nak buat ta*k dengan blogger hebat macam kau. Memang aku surrender awal-awal. Terima kasih Cik Liyana sebab sudi berkunjung ke blog aku yang baru bertatih ni. Aku hargai sangat-sangat and this is the best moment for me. 










Setelah Hampir 3 Tahun, Dorang Kata Aku Tak Sesuai Jadi Lawyer, Better Jadi Penyanyi?

Salam semua

Tadi, aku blogwalk sambil promote my 1st contest tu kan. Korang dialu-alukan sangat untuk join. Eh, bukan tu yang aku nak cakap. Sebenarnya, tadi aku baru dapat tau bahawa aku sebenarnya TAK SESUAI jadi lawyer sebagaimana yang aku impikan sejak form 4 lagi. Wat??? Aku sendiri terkejut giler kot. Aku dah diterima jadi student law kat UM, tiba-tiba hari ni aku dapat tau aku tak sesuai jadi lawyer. Rasa nak menangis je ni ha. Lepas tu, aku terfikirlah, kalau aku tak sesuai jadi lawyer, habis apa yang sesuai aku kena jadi? Ni lagi lah WATDEFAK kan... jadi PENYAYI katanya yang paling sesuai dengan aku! OMAIGOD! Boleh pengsan bapak aku kalau tahu ni. 

Aduhai luluh hati. Hancur punah harapan aku dan mak bapak aku. Cemana aku nak bagitau dorang ni. Ohmai....  Tapi luckily lah, aku tak perlu percaya dengan omong-omong kosong tu sebab itu semua hanya prediction berdasarkan zodiak aku iaitu Taurus! ehehe... jangan tertipulah ye korang. Ni aku bagi prediction yang diberikan daripada application kat internet. 

Taurus: Taureans adalah peribadi yang sangat sabar dan setia juga merupakan anggota yang baik. Berikan mereka deadline, kepercayaan dan sumber daya, maka dia akan menyelesaikan tugasan itu dengan baik. 

Beberapa pekerjaan yang sesuai untuk Taurus :
- Advertising director
- Antique dealer
- Business person
- Cashier
- Designer
- Financial advisor
- Florist
- Perfumer
- Agen Real estate
- Penyanyi
- Woodworker



Aku tak percaya langsung dengan prediction macam ni. Pada aku, rezeki kita semua telah ditetapkan. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha dan bertawakal sebagaimana firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 8:

Maksudnya  : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisi-Nya dengan kadar yang tertentu

So, sorry to say and please janganlah sesekali kita meletakkan kepercayaan pada andaian sebegini. Anggaplah bahawa perkara macam ni merupakan satu cabaran dan buktikan bahawa prediction sebegini adalah salah. Kita semua wajib percaya pada takdir dan rezeki Allah. Walaupun memang benar, course yang aku study sekarang bukan kepalang payahnya tapi, keupayaan dan kelebihan manusia itu berbeza-beza. Setiap ketetepan yang Allah berikan pasti ada hikamhnya. He Perfectly Knows Well! No argument.  Doakan aku berjaya jadi seorang lawyer dan aku jugak doakan korang semua sukses dalam bidang tersendiri! Amin. 

I will survive *self-motivation*

p/s: Mood nak dengar lagu Gemuruh by Faizal Tahir. 



Sunday, July 24, 2011

Pukul 9 Malam Ni Serbu Blog Aku Ramai-Ramai!!! Tungguuuuuu.....

Salam semua

Tak mau cakap banyak-banyak, malam ni korang tunggu & serbu ramai-ramai okeh! Tengah tunggu masa je ni nak launching! Harap mendapat sambutan. This is a part of my appreciation to all of you...




Hadiah yang bakal korang menangi :





Korang nak join tak? Pakat ramai-ramai tunggu malam ni ye.... wish me luck for my 1st contest! Jadi, kalau nak tau cemana contest nya, tunggu malam ni pukul 9.

Saturday, July 23, 2011

Bersedekah Dalam Berniaga. Tak Kan Buat Korang Rugi!!!

Salam semua



Bulan Ramadhan hampir tiba nampaknya. Insya-Allah kita akan berjumpa dengan bulann yang penuh barakah ni lagi seminggu. Bila kita sebutnya pasal bulan Ramadhan dah tentulah dalam kepala kita akan teringat keseronokan membeli makanan di bazar Ramadhan. Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan rezeki bagi mereka yang bijak mencari peluang. Gunakanlah peluang sebulan ini dengan penuh syukur. Tapi bukan pasal makanan yang aku nak kongsikan pada entry ni, tapi tentang amalam "Bersedekah dalam Berniaga". Amalan yang sangat-sangat sinonim dengan bulan Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berniaga. Peluang untuk bersedekah itu sangat besar dan mudah. 

"Orang berniaga, mana boleh nak bersedekah. Kalau nak kena beli lah, kalau sedekah mana untung!"

Hish, apa cakap macam tu. Tak elok. Percayalah pada rezeki Allah. Semakin banyak kita bersedekah, insya-Allah semakin banyak rezeki kita. Ali b. Abu Talib pernah berkata:

"Pancinglah rezeki melalui sedekah." 

Bersedekah di sini bukan hanya dalam bentuk kewangan malahan kita juga digalakkan bersedekah mengikut kemampuan kita. Aku bagi contoh sikitlah ye, bila aku pergi ke Batu Pahat untuk terapi ayah, aku selalu singgah di sebuah kedai menjual kuih-muih. Setiap kali aku beli kuih kat situ, mesti makcik tu lebihkan sekeping dua. Walaupun nilainya hanyalah 60sen, tapi aku sangat bersyukur dan rasa gembira. Dan setiap kali tu, makcik tu akan cakap "Sedekah ni perkara yang mulia, makcik bagi awak sekeping kuih, balasannya lebih lagi yang makcik dapat. Moga ayah awak cepat sembuh!" Tenang sangat hati aku bila jumpa orang macam ni.  Moga Allah memberi dia kebaikan dan murahkan rezeki makcik ni. 

Malahan, hari tu aku ada beli barang dengan kawan aku yang juga merupakan tuan punya blogshop terkenal iaitu KZ Nabihah. Walaupun Cik Bihah hanya mengurangkan RM 1 untuk barang aku tu, tapi aku sangat bersyukur dan aku percaya itu merupakan sebahagian daripada sedekah dia. Alhamdulillah, aku tengok semakin hari semakin maju bisnes dia. 

Antara kebaikan sedekah ialah : 
  • Menolak bala atau bencana
  • Menyembunyikan penyakit
  • Memanjangkan umur
  • Memperluas atau menambah rezeki
Begitulah yang diharapkan. Sedekah itu mudah dan banyak manfaatnya apatah lagi jika diamalkan di bulan puasa ni. Malahan Allah berfirman sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah, ayat 271 :

"Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, ia adalah perkara yang baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orangfakir dan kamu menyembunyikannya, ia lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Semoga kita mendapat hidayah daripada-Nya untuk bermurah hati di Bulan Barakah ini. Perbanyakkan amalan di mulia ini. Dan untuk lebihkan ilmu mengenai sedekah, usha lah buku ni ok. Aku tengah baca lah ni. Sharing is caring kan...




Real Macam Dalam Kelab Malam Burlesque!

Salam semua

Lama kan aku tak update blog. Haaaaaalaaaaa baru 2 hari kot. Is anybody missing me? Takde kan. hehehe.. Korang nak tau apa aku buat dalam tempoh rehat aku sepanjang dua hari tu? Sebenarnya aku tengah dok gila melayan satu movie paling best kot. Movie ni keluar end of 2010. Yes, aku agak lambat. Tapi aku tak kira, nak jugak share dengan korang. 




Korang pernah tak tengok Burlesque? Lakonan mantap Cher dengan Christina Aguilera. Menceritakan kisah Alli (Christina Aguilera) daripada seorang gadis kampung kepada seorang penyanyi kelab malam Burlesque kepunyaan Tess(Cher). Yang bestnya, lagu dalam movie ni memang mempamerkan kekuatan vokal Christina dan Cher. Sangat hot dan mantap! Mood memang rasa macam betul-betul dalam sebuah kelab malam yang diva! I really like. Plus, ada jantan cute lagi hot! ooooiiiiiiiiii

   


And guess what, sekarang aku memang tak habis-habis play lagu-lagu dalam movie ni sebab sangat catchy dan buat aku nak menari. Hot kot! Sapa belum pegi tengok, cepat beli DVD nya. Dan meh aku bagi satu lagu yang memang aku tengah dok menghapal ni. Osem!




Osem kan? Lagu best kan? Panaaaaaaaaaas! Ada banyak lagi lagu best tau. 
 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork