Wednesday, January 18, 2012

Apa Korang Fikir Bila Tengok Gambar Ini?

As Salam semua

Orang Timur ni memang kaya kan dengan adab sopannya. Aku sendiri suka dengan orang Timur. Lagi-lagi di Malaysia ni. Tak kira lah Melayu, Cina, India. Semuanya tahu menghormati sentimen adab ketimuran kita. Aku percaya, orang Malaysia akan menang bab sopan santun ni kalau dicompare dengan orang Barat yang lebih kasar, kejam dan kurang sensitif. *yang duduk luar negara boleh share pengalaman korang?*


Dalam fb Durex Malaysia, pihak Durex bertanya pada fan mereka, apakah pandangan mereka mengenai gambar kat bawah. Pada mulanya, jawapan yang aku sangka adalah "There are chinese, so what!!!" tak pun,"I love it!" Tapi bukan itu tau.... 








Walaupun mereka bukan Melayu, tapi disebabkan didikan dan menghormati budaya ketimuran yang menebal telah dididik dalam jiwa mereka, mereka tetap menolak perlakuan begini. Sebab tak sopan! Jadi aku memang berbangga sangat dengan rakyat Malaysia yang memberi komen kat atas tu. Kudos! 

Malangnya, masih wujud lagi segelintir antara kita, orang Melayu sendiri yang tidak tahu menjaga adab sopan. Kononnya berbangga dengan perlakuan sebegini di khalayak ramai sedangkan itulah yang ditegah agama. Pada hemat aku, tak kiralah kita di mana Malaysia mahupun luar negara kita tetap berpegang pada agama yang satu, hormat pada bangsa dan adab Melayu! 


p/s: masih memperbaiki diri sendiri...

14 comments:

  1. aihh..susah nak komen la sekarang ni..budaya kita da semakin out... dorg mmg da susah nak respect each other!!

    **muhasabbah diri sendiri** sedih kan

    ReplyDelete
  2. ramai sangat terlalu open kot dan tak amek kesah terhadap persekitaran..dia fikir itu hal die,so orang lain tak perlu campur..sedangkan perbuatan itu mengganggu mata orang ramai.*sigh

    ReplyDelete
  3. melambak jumpa org cm nie..melayu pon hadooo.. sedih..sadis. betol la..
    (emo semacam)

    ReplyDelete
  4. "jangan jaga tepi kain orang".

    itulah masalahnya sekarang.nak fikir syok sendiri sampai lupa orang sekeliling.

    ReplyDelete
  5. eaaaauwwww apakah ini?? balik rumahlah klu nk camnie pun. Malew le

    ReplyDelete
  6. apa yg aku fikir bila tgok gmbar ni??? mesti diaorg rasa best bila cium tu.. kih kih kih

    ReplyDelete
  7. aduhaii kak..org kite pun berlambak mcm nie..shame..shame..huhu

    ReplyDelete
  8. hmmm..hanya mampu geleng kepala dan berkata "moge aku dijauhkan seperti itu"

    ReplyDelete
  9. bila di tegur ,

    KUBUR MASING-MASING , then ap lagi anys boleh cakap ?? , *pengalaman tegur kawan ,

    ReplyDelete
  10. geeeli kot..bdk melayu skrg ni pun dah semakin menjadi-jadi..nauzu billahi min zalik..

    ReplyDelete
  11. ari tuh keluar nampak 1 couple selamba kiss kat lrt station hang tuah.mak oii orang ramai tuh.mas nampak sampai tertunduk malu terus duk jauh2.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork