Sunday, January 8, 2012

First Time Ke UPM. Cantiknya...

As Salam semua

Entah macam mana, lepas exam Jumaat lepas cakap dengan dia yang aku tak pernah pun masuk UPM, UKM dan UITM Shah Alam. *yes aku budak kampung*. Teringin sangat sebenarnya. Terus je dia meluncur laju tekan pedal minyak kereta. "Jom kita round-round UPM dengan UKM". Wah, gembira aku. Ye lah, tak penah jenguk kot. Dengar nama je. Paling-paling pun, lalu depan gate je. Firstly aku memang nak puji UPM memang cantik! Aku terpesona sekejap. Sebab aku pegi waktu petang, jadi rasa heningnya. Pokok-pokok kat situ, waduh meruntun jiwa sangat. Melambai-lambai. Terbuai sekejap. Ligat mata aku pandang kiri dan kanan. Tinjau sana sini. Bukan cari mamat hensem, tapi cari pokok Tahajjud Cinta. Haa, sapa tau? Alaa pokok yang femes tu. Dalam cover CD Siti Nurhaliza ada, dalam Lagenda Budak Setan pun ada. Ingatkan kalau jumpa, nak lepak bawah tu. Baru rasa romantik kejap. Syahdu.


Dalam hati sempat cakap "Apasal lah UM tu ciput je. Satu round dah habis UM. Tak lawa!  Boleh tak nak mintak tukar U?" Kehkehkeh. Punyalah syok, hari dah malam jadi niat ke UKM dan Uitm Shah Alam dibatalkan. Lain kali kot! 

Udang melingkar! 

Lepas maghrib, rasa macam tak complete pulak kalau tak makan-makan kan. Dia memang dah lama ajak makan steamboat ni. Tapi tak berkesempatan. Last-last RED WOK pilihan kiteorang. Memang best. Puas kau makan. Satu kepala, RM 33. Pilihan memang tip top dan fresh. Kau pilih je, nak seafood ada, nak ala yong tau foo ada, semua ada lah. Pilihan sangat banyak. Bukan tu je, ais krim  pun turut disediakan. Pilih je tekak kau mengidam nak mana. Mesti ada. Kalau korang nak try, baca info dan maklumat DISINI.

Ni pulak map nak ke Red Wok Restaurant.



p/s: Tak sempat amik gambar banyak sebab syok makan. 




13 comments:

  1. syok ke byk pokok? sy budak upm. hehe *bangga* ooo siti pun shoot kat pokok tu ek? dah smpai situ, tp blm pnah snap pic sbb time tu org ramai snap pic. tp xda la cantik mcm kita tgk kat LBS. tepi-tepi tu byk je pokok lain. cuma orang snap bg npk sebatang. tu yg cntik tu...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    wahh terharunya awak puji tpt study akk dulu..pokok tahjud cinta tu nun atas bukit dekat kandang kuda..kalau laluan keluar dari upm menuju ke bangi memang nampak pokok tu..nampak nan sebatang jer..owh rindunya nk g sana..dh 5 thn tk g sana

    ReplyDelete
  3. pokok pun ada yg femes kan...hihihi btw, baju dato ct lam ni cantik la...

    ReplyDelete
  4. Sedapppnyaaa makannnn! HEHEH Ah2 Dekat magica pung ada kan pokok tu. Tak pernah lagi pergi situuu HEHHEEh

    ReplyDelete
  5. erk! ekceli bukan ladang kuda, Tihara... pokok tu padang ragut lembu.. makanya petang2 mmg penuh dgn lembu kat bawah pokok tu.. seryes mcm New Zealand..

    lain kali nk pusing2 UPM bgtau iyou.. iyou leh bawak g suma ladang sbb ladang kat sana semua dlm tgn iyou ^^

    ReplyDelete
  6. eh x singgah kolej sy pun hihi,,
    hijau je kan hikhik

    ReplyDelete
  7. hehe....nana pun xpenah lepas lg ke sana,arap je duk upm:)

    cm best je red wok tu,ada msa t leh ajak si dia try:)

    ReplyDelete
  8. upm memang besar dan cantik! eh nk dtg uitm shah alam ye..silekan..pemandangan indah lagi lagi kat tower berkembar tu..ex-fakulti fiza..hehe..kawasan agak crowded sebab banyak dah membangun..anda akan lihat banyak warna purple..uitm tetap dihatiku ^__^

    ReplyDelete
  9. HAHA. kl kmu dh rs UM yg bsr 2 kecik, apa lg kl kmu dtg ke ump gambang. cnfm rs xbernafas. dlm 1 hari je dh boleh round UM, rs kl ump setakat 1 jam pun dh boleh habis. HAHA. tp bestlah U kecik2 ni. gi clas jln kaki je, xyh tgg bas/kenderaan g clas. jd xd alasan r kl lmbt dtg melainkan tertidur! :P

    USM dh gi? kt sn pun seyes cntik! hostel mcm apartment. ps2 seyes unik apartment mreka. atas bukit lak 2. aishhh! best3! ;)

    ReplyDelete
  10. baru ku tahu pokok tu ada kat situ... hehehe

    ReplyDelete
  11. baru ku tahu pokok tu ada kat situ... hehehe

    ReplyDelete
  12. oh..sama la dgn mejah baru tau pokok tu ada kt situ. hehehe..

    anywy mcm mahal je tmpat mkn tu. berbaloi tak?

    NEW-->Girly? I Have No Problem Being That. =D

    ReplyDelete
  13. paling merana bila g ukm..adoii besar nya..menapok mas jalan kaki..last2 xlalu,naik teksi dalam ukm tuh

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork