Tuesday, January 17, 2012

"Saya Berpendapatan RM 50k Sebulan!" - Student MLM

As Salam semua

Kau percaya tajuk entry tu tak?


Kalau korang yang kat luar nak tahu, sekarang ni ada satu trend yang menular dalam liputan student IPT. Trend menghasut masuk SKIM CEPAT KAYAP KAYA. Oh, ada sapa-sapa yang tak sound familiar? Great! Semua orang tahu kan. Dan sebagai student yang boleh bercakap secara persuasif, aku sangat-sangat selalu di-approach untuk join pelbagai skim dan venture. 

Personally, aku memang tak percaya! Kau letak lah duit satu guni suruh aku join pun, memang aku tak sanggup. Sebab aku percaya kepada teori kerja-gaji. Bukan labur-dan goyang kaki! Memanglah, ada yang kata tu kira kerja part time.. Sebab kau kena cari segala menatang downline ke hape, tapi cuba kau fikir rasional. Kau student! Celah mana masa kau ada untuk pergi dari satu orang ke satu orang menjaja cerita. Celah mana pulak orang nak percaya "Oh, pendapatan saya 50k sebulan"  sedangkan kau disara JPA atau PTPTN! Tell me. Lagi pulak, sekarang ni kepercayaan masyarakat pada skim MLM ni menjunam sampai tahap negatif. So, secara basicnya skim-menyekim ni memang bukan pilihan aku hari ini, esok mahupun selamanya. Noktah. Tapi, bila orang approach, aku akan reject dengan cara terpaling sopan dalam dunia. Terpaling lembut bahasa aku sebab aku tak nak kawan jadi lawan. Bukan musuh yang aku cari kat IPT ni. 

Tapi, malangnya... reject-kan aku dibalas dengan sadis. 

Tadi, aku nak ke fakulti, atas dasar urusan rasmi,  penghujung semester kan... tengah-tengah panas aku tunggu bas tu, muncullah sebuah kereta tak berapa mewah lah, tapi mewah di kalangan student kot berhenti depan muka aku. Dalam hati, "Alhamdulillah panas-panas ni ada jugak insan berhati mulia!" Slide bertinted hitam diturunkan. Muncul seraut wajah kesayangan hamba berkaca mata hitam. *tak kacak pun* 

"Eh kau nak pegi mana? Fakulti ke?"
Aku angguk kepala sambil senyum. "Kenapa?"
"Haaa, dulu aku suruh kau join skim aku tu, kau tak nak. Kalau kau join confirm sekarang make up kau tak cair panas-panas tunggu bas. Macam aku ni, bawak kereta sendiri!"

Oh-ho! Dahlah panas tengahari, kau bagi aku mengelegak lagi ye. Kau salah der! Aku tengok je muka dia terkebil-kebil. Biadap sungguh ayat kau tu. Kau carutkan aku tengah-tengahari ni? Senyum dan nah kau...

"Ala tak guna kalau kau senang atas kesusahan orang lain. Kau amek duit dorang, lepas tu kau enjoy. Dorang yang bawah kerja macam nak mampus. Kau yang senang. Kau pun kena bahan je wei!  Berapa kaya sangatlah orang yang join MLM ni. Paling-paling pun tahan setahun dua! Kita tengoklah nanti ye." Peluru aku lancarkan. 
"Hahaha, terpulanglah. Kalau kau nak join, aku tetap ada!"
"Eh, takpelah. Memang tak minat pun sebab aku rasa nanti kalau aku jadi lawyer, aku lagi boleh beli kereta lagi hebat dari kau. Baru puas hati. Usaha sendiri! Bukan atas sebab komisen lah hape jadahnya!" 
Kali ni giliran dia pulak kebil-kebil.


Bas pun muncul, aku naik bas sambil tinggalkan dia kat situ. Buat apa layan mulut puaka cam tu. Ingatkan nak bagi tumpang, rupanya nak mem-bahan aku. Memanglah kau kan! Kerek. Takbur sangat. Baru tiga empat bulan join, konon-konon dah boleh pakai kereta. Dah boleh pakai ipad kehulur-kehilir. Eh, tengok jelah berapa lama skim kau tahan. Dah banyak dah yang aku dengar pasal MLM ni. Tapi at the end semua telungkup lah derrrr!!!

Aku memang tak faham macam mana seorang student sanggup menggadaikan duit biasiswa semata-mata nak masuk skim MLM ni. Atas dasar apa yang korang percaya sangat tu pun aku tak pasti. Aku rasa kesian sangat pada mereka yang sanggup ikat perut sebab duit habis dikaut skim MLM. Percaya yang pelaburan sedang bergiat bercambah, padahal... habuk pun takde!  Rugi sangat kalau kau percaya pelaburan yang entah mana hujung pangkalnya. Ingatlah, student ni selalu jadi props je! Sebab kita ni semua 'pure'. Sebab tulah mudah je orang yang takde hati perut nak mempergunakan kau! Watch out ye... 


p/s: Tu kes DATUK Ac Mizal. Apa jadi? Celah mana ntah boleh dapat datuk pun aku tak paham. Apa sumbangan dia haa? Sekadar nyanyi FIooooooona! 



15 comments:

  1. tau takpe . menyeramkan lah bnde2 alah nih . naseb baek parents dh ckp awal2 , takde lah dok terima sume bahan . hadoy ! banyak betul ujian . :(

    ReplyDelete
  2. Gempak punya tajuk.. engat kat betul2..

    ReplyDelete
  3. setuju sgt3! kadang2 tu tak pandaila nak elak. dgr jela ayat gebang diorg citer. pastu wat2 lupe la kalau dia macam nak follow up kite.

    ReplyDelete
  4. erm,xcaya gak bnda ni even xpernh join..rasa tkut lak.

    ReplyDelete
  5. dulu mase study agak ramai lah kengkawan join sampai lupe focus study.focus nak cari duit byk je.nasib lah fiza xterpengaruh dgn benda2 ni..mane mungkin boleh dpt duit cepat kalau usaha ciput..baik berusaha kerja yang boleh nampak dan dapat hasil yang lebih baik.^_^

    ReplyDelete
  6. tak pecaya ngan skim cepat kaya ni.. labur sikit dapat duit banyak.. syok sgt nak kaya sampai lupa study.. last2 duit ke langit, study kelaut.. ohhh tidakkk..!!

    ReplyDelete
  7. Kak Nida memang paling tak suka main bisnes2 ni.. apatah lagi yang jenis untung cepat... ntah ye ntah tidak

    ReplyDelete
  8. MLM bhy ckit,,tp sy xMLM hihihi

    ReplyDelete
  9. jujurnya.. yg jenis labur, cari downline dan kaya mcm ni bukan MLM. tu skim cepat kaya.. MLM sebenar takde konsep join bulan ni bulan depan dapat rm50k.. atau labur duit, goyang kaki dapat income juta juta.. the fact is.. MLM adalah perniagaan. tp kaedahnya berbeza dgn perniagaan conventional. tp kalau ada org yg offer join MLM dgn janji.. tak payah buat apa dpt juta juta sebulan.. sila la rijek dgn jayanya.. itulah scam.. hehe..

    ReplyDelete
  10. untung sebulan dua je. lepas tu lingkup. pernah terjadi dekat sedara saya. ish ish.

    ReplyDelete
  11. Laa inanie ni tak tau ke psl gelaran tu..beli doh.. opsss..haha!

    ReplyDelete
  12. senior muja sendiri pernah tipu muja.. ingatkan nak bawak teman gi mana,, tetiba bawak gi tempat ramai giler orang,, pastu orang gemuk sorang tu dok cerita betapa kayanya dia,,, suruh jual e book dia,, geram betul!!!! nasib baik jugak la iman kuat,, nak terpedaya jugak dah mula2 tu,,

    ReplyDelete
  13. Hei! minta maap ya, sy join MLM jgk!
    Maharaja Lawak Mega. kui3x :P

    ReplyDelete
  14. hehehe..memang ape kes la si AC tu leh dapat datuk..lagi tak bole blah, apekejadah jadi duta pelancongan perak ?? tau la bini dia orang perak, tapi..apakah ??? tak paham aku..

    p/s : agaknya sebab kerana "aku peminat dia"..

    ReplyDelete
  15. bab ni sue ade pengalaman ngan bisnes janji untung ribu riban ni.. jual product eumora, ni semua housemate lah yg hasut, habis satu rumah pergi dgr ceramah, nasib baik iman kuat, lepas balik ceramah malas nak join.. sebab kena labur rm5 ribu, waklu lah nak labur banyak tu, kitarang pon study sponsorship.yg xleyh blah dorang paksa kot suruh labur.adoiii.. start tu benci betoi ngan bisnes mcm tu , walaupun sue study bisnes, lebih baik kita bukak bisnes sendiri kan?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork