Thursday, January 26, 2012

Syoknya Bila Dilamun Cinta Dengan Buku...

As Salam semua

Aku memang syukur sangat-sangat dengan pemberian Baucer Buku 1M ni. Disebabkan BB1M ni, minat membaca aku semakin membuak. Lagi bagus kalau kerajaan buat macam ni tiap-tiap tahun. Bukan bila ada kepentingan undian semata-mata. *eh.salah topik*.

Ok, kalau korang pernah baca dulu, BUKU INI benar-benar aku sayang. Jugak aku sayang dekat pemberi buku ni. Kau tahu tak, buku ni telah membuka satu minat baru dalam jiwa aku. To be honest, aku bukanlah seorang anak Melayu yang berhabuk Bahasa Inggerisnya bila bercakap. Masih lagi gagap-gagap, masih lagi ada grammartical errors bersepah-sepah. Jadi, aku manfaatkan BB1M ni untuk improve skil aku dalam bertutur dan penulisan Bahasa Inggeris. Mesti korang ingat aku terer speaking kan? Sebab yelah budak Law kan English power!!!  Not at all my dear. Aku masih lagi mencuba. Kalau dicompare-kan Bahasa Inggeris aku dengan kawan-kawan fakulti aku, aku mesti nombor corot. Malu! Sebab tu lah BB1M ni aku guna untuk beli beberapa buah buku Bahasa Inggeris yang berbentuk sumber inspirasi dan motivasi. Yang sama waktu dengan Teusday With Morrie. Jadi, inilah hasil rembatan aku...


Price: RM 34.90

Price: RM 35.90

Price: RM 34.90
Ini semua adalah buku-buku Best Seller. Aku rasa korang pun patut dapatkan. Sangat memberi motivasi. Setiap line menyuntik semangat baru dalam diri aku. Penuh pengajaran, self confidence, motivasi dan inspirasi dalam mengharungi hidup. Setiap orang ada dugaan tersendiri! Perasaannya sukar untuk aku gambarkan kat sini. Lebih-lebih lagi sekarang ni ayah aku sakit. Jadi, buku ni sangat ngam dengan keadaan aku sekarang. Aku enjoy sangat baca buku-buku macam ni. Sebelum ni, aku pun macam orang lain memang liat nak membaca buku Bahasa Inggeris. Bila nak baca, sekerat jalan lah, sehelai dua dan terus berhabuk buku tu jadinya. Tak pun segan dengan orang lain, takut dikatanya menunjuk bila baca buku Inggeris! Itulah orang kita...Tapi tidak buat Morrie. 

Seriously, aku sarankan korang cubalah membaca bahan Bahasa Inggeris macam ni. Banyak faedahnya. Kalau korang tak faham maksud sesuatu perkataan tu, apa kata korang jadi kreatif sikit. Aku sendiri gunakan application Meriam-Webster Offline Dictionary yang boleh didapati secara percuma di Market Android. Jadi, mana tak tahu, on the spot aku guna application tu. Mudah dan pantas. Kalau takde, tak pe... kamus kan ada. Lagi lengkap. Lagi bagus.



Dalam menuntut ilmu ni, segalanya bergantung pada usaha. Jangan fikir kau lemah, kau terus lemah. Kalau nak diikutkan profesion aku, Bahasa Inggeris memang keutamaan. Jadi, disebabkan aku sedar kelemahan diri, aku cuba cari solution untuk improvisasi diri aku ni. Kalau kau malu, jawapannya kau tak akan ke mana! Sekali lagi terima kasih aku buat Pn.Fauziah, lecturer English kesayangan aku. Dia membuka jalan untuk aku mencintai buku sebegini dan menginpirasi hidup aku!

p/s:
i. Banyak sangat yang aku nak share dengan korang bila aku baca "Teusday With Morrie".
ii. Adik aku belikan "For One More Day" by Mitch Albom dan "Women, Food & God". Excited!
iii. Now searching for "The Five People You Meet In Heaven" - Mitch Albom *kat Kluang takde jual satu-satu. Kalau korang jumpa dalam masa terdekat, tolong bagitau aku ye lokasinya...

Wanted!!! First from left.


Best Quotes ever: "When you learn how to die, you learn how to live!" - Morrie
*nanti aku cerita ok!





6 comments:

  1. saya pun suka baca buku bahasa inggeris.tapi bahasa inggeris tak mantap langsung T.T

    ReplyDelete
  2. wawawaaaaa...=D
    pelangi time cuti ni duk habiskan masa ngadap novel ada lah...hik3

    ReplyDelete
  3. Ya....memang syok jatuh cinta dengan buku...PU macam IA gak la BI tak berapa terror sgt...Pu pun dok belajar BI nih dengan membaca...tak kira la buku ke, paper ke jnji in english....Sebelum nak smbg degree nak make sure english more better dr sblm nih...

    bagus cara IA nih...keep it up dear!!:)

    ReplyDelete
  4. fiza pun banyak beli buku english ni..cuma kena amek mase nak abeskan membaca.hehe

    ReplyDelete
  5. tira pun suker bace buku bahasa inggeris ni sbb nak improve and perbaiki bila kiter speaking...kdg2 org sekeliling kite ingt kite nak menunjuk yang kiter ni terer sgt lah bahasa inggeris tapi sbnrnye anggapan meka salah...kiter cume nak mantap kan lagi bahasa inggeris kiter =)

    ReplyDelete
  6. eh, wan baru perasan entry ni.
    tadi online sekejap je, pastu off.

    nak cakap english kena banyakkan praktiskan.dan kebanyakan yang dah terbiasa cakap english ni, wan perasan grammar dorang tak okey.

    grammar wan pun tunggang langgan dah sekarang ni sebab dalam aviation, takda istilah grammar, dah lama tak belajar english..

    Thanks sebab kongsi buku tu.
    niat nak beli tu ada.
    tapi kat kelantan ni susah nak cari buku tu.
    sama ada tak ada ataupun cepat habis.

    hmmmmm

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork