Thursday, February 16, 2012

Cinta Buku Lagi Pt.2

As Salam semua

Orang lain semua post sekali je pasal Baucer Buku, aku post masuk ni dah 3 kali. Tak pe kan, korang masih sudi baca kan? Well, untuk kesekian kalinya... sebagaimana yang aku pernah bagitau KAT SINI, akhirnya impian aku terlaksana untuk dapatkan koleksi buku tersebut. 


Bukan senang tau nak jumpa buku-buku Fixi ni. Aku pergi MPH Mid Valley habis stok, sama jugak ke Borders dan Kinokuniya. Semua sold out! So, memang sah lah buku-buku ni semua best belaka. Lagi best, tanpa disangka rupanya masa aku tengah survey-survey buku tu, aku dilayan sendiri oleh salah sorang penulis buku hebat ni. Guess who?


Dia adalah penulis buku Sperma Cinta. *kelas tak tajuk buku?* Namanya Saudara LingLung. Aku tak tahu pulak kenapa nama dia gitu. Tengok orangnya kacak jugak. Boleh tahan! Awwww....



Dah nama blogger kan, mana boleh lepaskan peluang kalau tak camwhore. Ye, kat bawah ni ada Saudara LingLung. Kakak yang sebelah aku tu, tak ingat pulak namanya sapa. Tapi cantik sangat dia. Dahlah baik. Layan je kerenah aku yang pot-pet-pot-pet tanya itu ini. 

*gambar gegar. maaf. tangan Dia kaku. 
Sebelum aku terlupa, bagi mereka yang berminat nak beli buku keluaran Fixi  dan Lejen ni, korang boleh dapatkan buku-buku ni di Booth Fixi yang dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Bulan Feb hingga Mac ni. Lokasinya, berhadapan dengan Butik Adidas *bukan Adidas Women* di The Curve. Bukan tu je, dapat potongan RM2 bagi setiap novel yang dibeli. Berbaloi tu! Dan aku gunakan baucer RM100 aku untuk buku-buku ni. 

Bukan tu je, ada orang baik hati nak belanja aku buku. Jadi untuk itu, aku amek lah 3 buah buku ni kat MPH The Curve. Memang best! Lagi-lagi kisah khalifah-khalifah tu.. menyentuh jiwa! 


Jadi, untuk minggu lepas, aku memang shopping buku sakan lah. Puas rasanya. Seriously, I Love Books! Dan ini adalah hasil rembatan minggu lepas. 


Nampak tak 3 barang kat tepi tu, marker colourfull, sketch book n note pad. Marker tu sangat best sebab boleh buat 2 in 1. Ada marker dan ada cop-cop bergambar. Sketch book tu pulak aku suka sebab papernya adalah 100% kertas recycle. Pun orang belanja. Weee ;)

cun tak? 
Makanya sekarang ni, masa terluang akan diisi dengan membaca buku-buku ni semua. Membaca kan jambatan ilmu. Ye tak? 


p/s:  Sapa yang baru tahu mengenai Fixi, tambah info korang kat SINI



6 comments:

  1. wow..byknya buku2..suka saya tgk..bagus2 jadikan membaca sebagai amalan..

    ReplyDelete
  2. wow..byknya buku2..suka saya tgk..bagus2 jadikan membaca sebagai amalan..

    ReplyDelete
  3. wah wah! ada gak selalu usha pasal buku fixi.tp macam xsure nak beli ke tak. eheee~ best ke eh? cuba nanie baca dulu.nanti revieww:)

    ReplyDelete
  4. waoo bnyknye buku2.. best shopping kan

    ReplyDelete
  5. banyaknye buku nanie..boleh buat mini library ni..pen tu nampak attractive lak..nak beli jugak lah ^^

    ReplyDelete
  6. Kak, novel 'NGERI' tu best x? saya ada satu. tp xbaca2 sampai sekarang. hhehe.

    p/s : saya follow blog akak since akak start buat blog lagi. =)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork