Wednesday, February 22, 2012

Janji Ye Jangan Bagitau Orang Lain!

As Salam semua

Ini kisah ragam manusia. Manusia kan macam udang. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Aku pasti, korang mesti tau ragam ni...



Beberapa jam kemudian....



See. Kau nampak tak macam mana mudahnya orang boleh bukak rahsia orang lain. Berjanji bagai katanya, tapi janji taik kucing. Kes macam ni lah yang boleh menyebabkan maruah orang tergadai, hubungan orang berantakan, gossip boleh tersebar dan khabar angin bertebaran. Tak elok bawak mulut ni. Dari sorang kepada sorang, dari sorang kepada sorang yang lain.

Semuanya bermula dengan "Kau janji ye, jangan bagitau orang lain. Aku bagitau kau sorang je ni!". Tapi last-last... berapa ramai yang tahu cerita tu? Seseorang bagitau kita sesuatu perkara atas sebab kepercayaan yang tinggi  jadi janganlah kita hampakan dan khianati kepercayaan orang tu. Lagi pulak, bawak mulut ni sangat-sangat tak elok. Boleh punah dan hancur masyarakat kalau ada orang macam ni. Jadi, sama-sama muhasabah diri kita semua ye. Sebagai renungan, ni ada sepotong hadis...


“Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)






p/s: Ingatan buat aku jugak...



7 comments:

  1. kalau orang dah bg amanah..kene bersikap jujur..kalau rasa perkara itu perlu diberitahu,teruskan.kalau tidak,simpan sorang sorang je sudah ^^

    ReplyDelete
  2. kadang2 tak semua benda kita leh cerita pada orang lain..sebab hati manusia ni tak sama kita xtahu samaada kawan kita tu leh dipercayai atau tak..

    ReplyDelete
  3. betul tu innanie. semoga kita semua dijauhkan daripd sifat mcm ni.... ;)

    ReplyDelete
  4. hhahahaha... dulu masa blajar forensic accounting my lecturer ade crita situasi ni.. 'Ópen Secret'= semua blakon macam tak tahu padahal tahu

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakar2..memang ramai tak sedar wat macam tuh..hihihi..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork