Saturday, February 4, 2012

Kekasih Allah Yang Satu

As Salam semua



"Maka celakalah orang yang tidak berselawat ke atas ku apabila disebutkan namaku dihadapannya."  -Hadis Rasulullah SAW

Salam kasih dan rindu buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, nikmat buat sekalian alam. Kalau korang bukak TV Al-Hijrah (114), korang akan bertambah kasih dan sayang pada Rasulullah SAW. Cerita-cerita peribadi dan akhlak Rasul sangat-sangat best. Boleh menitis air mata ni kalau dihayati. Macam mana nak mengasihani Rasulullah? Salah satu cara paling mudah adalah dengan berselawat. Dan disini, aku kongsikan kelebihan berselawat pada Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik : 

  1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.
  2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.
  3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
  4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.
  7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
  9. Dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.
  10. Dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
  11. Akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.
  12. Akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.
  13. Akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.
  14. Akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.
  15. Akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.
  16. Akan disayangi oleh orang-orang mukmin.
  17. Akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.
Mari ramai-ramai berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

1 comment:

  1. mari lah sama2 kita selawat.

    http://nothingzorro.blogspot.com/2012/02/salam-maulidul-rasul.html

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork