Saturday, February 11, 2012

Maksiat Yang Dihalalkan. [WAJIB BACA]

As Salam semua

Tadi FB aku up status macam ni. Ini adalah personal opinion aku.


dan sedang aku merayau tak tentu hala, aku jumpa entry ni. Secara seriusnya, aku setuju 200 peratus. Aku memang suka all the point yang dilontarkan secara berhemah dan menegur dengan jelas. Untuk perkongsian, aku share-kan disini. Jika korang suka, korang pergi ke blog dia.


Maksiat yang di "halal" kan?!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tanpa kita sedar atau tidak sedar, sebenarnya perkara ni berlaku. Dah lama sejak dulu, mungkin ada yang menegah tapi tidak diendah..sedar tak, ada maksiat yang seolah-olah halal?!

Eh, jangan nak merepek la Atika oi. Mane ade, maksiat halal? Tak mungkin la. Kan ada badan-badan agama, sentiasa mencegah perkara ni dan tak ada istilah maksiat halal pun. Nonsense. (monolog dalaman kononnye..hehe) Ada la, sape kata tak ada. Dalam filem tu =.=

Dalam filem Melayu tu bukan maksiat ke? Kadang-kadang tengok seolah-olah macam di " halal " kan je. Bukan apa, kadang-kadang kita sebagai penonton ni syok sangat tengok pelakon tu pandai berlakon sampai minat dekat pelakon dan cerita tu. Sedih la, seronok la, romantik la, apa-apa jela. Tapi kan itu hanya berlakon, berpeluk-peluk, pegang tangan, kiss-kiss ke. Mereka tetap bukan suami isteri..tu la hakikatnya.

Berpelukan

Pegang tangan

Pakai tudung "sementara"

Baju tak cukup kain #__#

Kepada peminat tegar filem Melayu, mesti tau gambar daripada cerita apa kan kat atas tu. Sebagai contoh je, kalau nak ikutkan terlalu banyak. Ada yang sanggup "menjual diri" je kadang-kadang diorang ni. Berkemban la, apa la. Tak ada pengecualian dalam Islam boleh buat semua benda ni semata-mata untuk berlakon..tak ada. Setiap perkara yang kita lakukan akan di hisab, tiada pengecualian walaupunberlakon. 

Kadang-kadang macam nak mempermainkan agama pun ada, kejap pakai tudung..kejap bukak. Kejap tutup aurat, kejap bukak aurat. Bila di tanya, katanya " Dah pengarah minta macam tu! " Habis tu, arahan Tuhan tak pula di endahkan..?? Kononnya nak cuba semua watak, jadi ustazah boleh..jadi perempuan jalanan boleh..hidup ni kalau terlalu mengejar dunia, apa pun tak dapat. Mungkin jadi macam ni disebabkanmereka tak tau hukum. 

Doakan semoga mereka mendapat petunjuk daripadaNya


P/s : Kalau tanya saya. saya tak minat tengok movie..kalau tengok pun, tak fanatik. Mereka semua manusia biasa, lagipun banyak maksiat dalam filem tu..seolah-olah macam "menyokong" pula. Lebih baik saya tengok cd sejarah imam Buhari, cd Ahmad Deedat. (Bukan nak berlagak konon baik). Ntah la ye, korang fikir la sendiri ~

 والسلام



Berkualiti kan? Aku pun dah mula jatuh cinta dengan blog ni. Do come and follow her blog. KLIK SINI  Semoga nasihat berguna ni akan dijadikan pedoman dan amalan. Haaa ingat, aku pun tak perfect tapi apa salahnya kalau kita mencuba kan?


p/s: Jangan lupa tinggalkan pendapat di entry ini dan ENTRY INI




13 comments:

  1. betul tu..artis mmg camtu..nk dpt duit and nk cepat popular drg x kesah sgt psl hukum hakam nie....main lentung je

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kan, saya mmg sllau gak tgk2 cter melayu nie. Bila part2 macam suamai isteri, sy slalu gak terfikir, dorang ni just berlakon je, habis tu tak kan smpai nak berpeluk bagai. Huhu ~ Bg sy, lakonan, just lakonan. Bukannya sampai boleh menghalalkan semuanya. Betul lah ada orng ckp ; yang halal di haramkan, yang haram dihalalkan :)

    ReplyDelete
  3. yeap fa selalu pk pasal benda neh.
    sebab tuh tak tengok cite melayu. -_-
    cite omputih dah tentu2 diorang bukan Islam. heh

    ReplyDelete
  4. mybe dia org belum dapat hidayah lagi... sbb tu lah sekadar berlakon semata - mata

    ReplyDelete
  5. Kadang2 naik meluat tengok cerita sendiri.. lebih Barat dari cerita Barat... hurmmmmm

    ReplyDelete
  6. betul tu dear. sekarang menjadi2 plak jenis filem negara kita.dah lebih2 ^^

    ReplyDelete
  7. hemm tuh lah dunia hiburan kita.tidur sekatil,peluk2,cium pp..dh mcm kebiasaan drama2/filem2 kita..hemm

    ReplyDelete
  8. bila tengok kadang2 sendiri yang rasa malu.. terfikir jugak dorang berlakon sebenarnya tak mendalami jalan cerita langsung.. kalau betul menghayati mesti dah lama terasa. sekadar hafal skrip n lakonan semata.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork