Sunday, March 25, 2012

Bff vs BF. Mana Pilihan Anda?

As Salam semua

Bagi kehidupan seorang perempuan, kehidupan akan lengkap bila wujud dua jenis manusia yang bernama boyfriend yang Insya-Allah bakal menjadi suaminya kelak dan satu jenis lagi ialah BFF atau senang cerita kawan baik. Kedua-dua jenis manusia ni sangat membawa pengaruh besar dalam diri seorang wanita. Malahan, pincang salah satu boleh membawa petaka dan mungkin kemurungan yang tidak terbatas dalam diri wanita itu. 



Namun, kadang-kadang wujud situasi yang memeningkan kepala. Pabila diminta pilih antara BF dan BFF. Disebabkan fungsinya yang lebih kurang sama, ramai di antara wanita tersalah pilih. Kajian yang aku baca pagi tadi menyatakan wanita lebih memilih BF daripada BFF apabila berada dalam keadaan serba salah. Ini kerana, mereka menganggap BF mampu memberikan memori yang jauh lebih indah dalam hidup mereka berbanding BFF. 

Entah. Aku tak tahu. Lain orang lain perangai kan. To be honest, bagi aku sendiri, aku lebih memilih dan melebihkan BFF. Iyer, tahu peri pentingnya BF tapi dari segi pengorbanan dan kesudian menerima diri kita seadanya adalah BFF bukan BF! Dalam hidup aku, aku kurang gemar lah kalau bila kau hang out dengan BFF korang tapi korang sibuk sms atau call memanjang BF kau tu. Even masa kau nak berbual dan berseronok pun kau masih layan BF kau. Silap gaya, it looks like kau sorang je yang mengepoh, yang sorang lagi stick kat handphone je.  Salah ke kalau kau spent masa kau betul-betul dengan BFF? Than, the rest of your time bagilah pada BF kau. Aku tak kisah. 

Masing-masing ada pendapat sendiri. Cumanya, macam aku kata tadi lah kan, BFF adalah orang yang menerima kau seadanya. Yang sanggup meneman kau di kala susah dan senang. Dikala kau bodoh dan kau pandai. Yang sudi menjadi bahu dan menadah telinga bila BF kau buat perangai. Malangnya, BFF hanya sekadar mengisi kekosongan! Tak baik tau macam tu.... BFF tak harap pun kau timbunkan emas permata, cukuplah sekadar kau bagi ruang dan sedikit masa untuk sama-sama menangis dan ketawa! Apa pilihan korang pula? 



p/s: The one who pick you up when you fall is your friends... after he/she finish laughing!

10 comments:

  1. Manage masa dengan BF and BFF secara balance dan tidak akan menyinggung mana mana pihak..saling memerlukan.BF ada peranannya dan BFF ada peranannya juga.Kalau pandai bahagi masa dengan mereka,tiada masalah kot.btw,ade kawan macam tu..bile ade BF terus lupa BFF.Tapi bile BF xde,cari BFF pulak..mudah tinggalkan BFF demi BF..janganlah macam tu pulak kan.kita ni memerlukan dan setiap orang ada peranannya.setiap orang adalah penting ^__^

    ReplyDelete
  2. BFF lebih memahami berbanding BF
    #fakta

    ReplyDelete
  3. betul cakap azhafiza...tapi kan kak fatin, susah lah nak jumpa bff yang betul2 care n sekepala dgn kita nie,sye penah jumpa pun time sek rendah dulu, itupun dah berpisah sbb sye berpindah tp still contact each other la. sekarang nak jumpa bff mcm sye jumpa time sek rendah 2 memang susah la. takut terkena kawan mkn kawan.

    ReplyDelete
  4. haha kawan baik memang kat atas beb. sebelum ada keberanian bawak awek jumpa family pun, kena kenalkan kat member baik dulu suh diorang nilai.

    ReplyDelete
  5. hehe.. nice blog..

    do follow my blOg ya.. :)

    http://sheilanasir.blogspot.com/
    http://bludaisygallery.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. sy mmg pilih bff lg. Sy kenal dgn bff lg lama dari bf. Bukan bermakna x pentingkan bf, tp ikut time la jugak. Klu kita dah janji dulu ngan bff kita nak kuar, kenala tepati janji even masa tu bf ajak kuar nak belanja ke pe kan.

    ReplyDelete
  7. Bff dan Bf sy adalah org yg same..tak yah pilih hehehe

    ReplyDelete
  8. lisa pilih BFF.. susah nak dapat BF yg betul2 memahami and till now I havent found one. Tapi apepun, BFF memang lebih faham sebab kita dah kawan dgn dia lama,dia dah kenal kita ..:)

    ReplyDelete
  9. sure bff ..sntiasa susah sng.bf lum tntu kekal lagi.hihihi

    ReplyDelete
  10. sebnarnya ka aku prefer BFF. boleh tak jgn nk sgt2 utamakan org yg belum jd milik kta.

    For me, klu si dia ckp suka/syg/or lebih kpd kita ni hak milik dia you still didn't own me bcoz you not my husband.

    Klu dh jd oficially laki aku, Maaf la kawan ranking kau turun satu anak tangga.

    salam ziarah. http://tukangcorett.blogspot.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork