Tuesday, March 6, 2012

Cakap-Cakap Manis BFF @ SweetChat Cafe

As Salam semua

Hari minggu yang lepas aku ada triple date. Orang lain double date, aku triple terus. Senang. Bukan apa, kumpulkan sekali duduk lepak sama-sama jadi banyaklah ceritanya kan. Baru seronok. Asalnya aku memang tak nak keluar, just nak habiskan saki baki tugasan. Tapi pancingan kawan aku yang sorang ni, Piqa memang tak dapat nak ditolak. Dulu kiteorang satu bilik, tapi start this year dia dah duduk kolej lain. Tu yang rindu melambung tinggi tu. 

wajah kesayangan hamba *ewah
Kiteorang lepak kat Sweetchat Cafe, Mid Valley. Tempat dia memang best. Kira memang sesuai dengan nama lah. Ada cushion site yang memang super empuk aku tengok kerusinya, meja untuk family pun ada dan macam aku serta geng aku ni, kiteorang amik yang side corner. Ala-ala meja dekat bar gitu! Dari segi makanan pulak, aku bagi rate 3 bintang dari 5. So-so je, tak lah delicious hingga menjilat jari. Tapi masih boleh diterima tekak. 

Piqa's meal. Dia kata macam kuah rendang+kuah kacang rasanya
ini aku punya. Air tu lupa nak zoom. sedap wo!
 namanya Strawberrylicious.Dia bagi strawberry slicesbanyak sangat! 
ni makanan atas tu. sesuai for veggie lover.
aku taklah sangat suka. terpaksa T_T
Kirin's meal. Sedap gak. Rasa macam pizza & chipster
Kirin menyesal pilih ni. Dia teringin nak durian tu.
Tapi tak kaw sangat rasa dia.

Seriously, memang have fun sangat keluar dengan budak 3 orang tu. Gelak-gelak-gelak. Macam-macam yang diborakkan. Sampaikan tujuan asal ke Mid Valley pun lupa. Kehkehkeh. Oh, kalau korang tengok gambar atas sekali tu kan, yang quotes-quotes bagai tu, itu adalah projek baru aku. Kira hobi baru lah. Bukan amik kat Flickr ok.


P/s: BFF is someone who love you in many ways...


3 comments:

  1. best dapat dating ngan kengkawan.makanan pun sedap ^__^

    ReplyDelete
  2. bestnya..
    pon dh lama xkluar ngan kawan2 gak :(

    ReplyDelete
  3. untung la ade kawan rapat.. T__T
    kita xde pun..

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes [Beauty | Food | Lifestyle] Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork