Sunday, March 18, 2012

Dia Menang Award Sebab....

As Salam semua

Bila tengok kawan berjaya, sapa tak gembira kan? Termasuk aku. Ini cerita mengenai seorang perempuan yang aku kenal sejak zaman hingusan. Zaman main cop tiang sama-sama. Berbelas tahun dulu. Tapi kiteorang masih maintain muda belia. Nabihah Ab. Rahman. Oh mungkin, not sound familiar. How about KZ Nabihah? Yep, the winner of Best Blogshop 2012.

zaman hingusan. form 2 dah besar gitu kan kita, bihah?
*sorry bihah, terpaksa upload
Well, dalam pemerhatian aku, dia memang sangat membanggakan sekarang ni. Aku buat entry ni bukan nak puji atau mengagung-agungkan dia apatah lagi nak dapat diskaun dari dia *free boleh lah. Jokes!* tapi aku nak semua para beliawan pengusaha blogshop mencontohi sikap dia. Maybe ada yang bertanya, "Macam mana blog dia boleh menang award? Bukan hebat sangat. Ada banyak lagi blog kencang!" Jawapan aku senang je. It's all about rezeki. Rezeki seseorang itu tak ada sesiapa yang boleh menafikannya apatah lagi mempertikaikannya. Aku rasa kalau kau pun kau tak suka kan. 

Aku tengok macam mana Biha berusaha berdiri dalam establised blogshop dia. Macam mana dia kena kutuk sebab dia sendiri jadi model untuk produk KZ Nabihah yang masa tu dia masih tak mampu nak hired any models. Kau taulah kan, typical Malaysian! Bab kutuk nombor satu. Aku tau macam mana dia kena tipu dengan customer  yang tak habis-habis mengakal orang demi kepentingan diri sendiri, barang-barang kena curi dan pelbagai lagi rencam gelagat 1001 manusia yang  wujud. Bihah bersabar. Tetap layan! 

And now, here she is... The Best Blogshop 2012. What a great appreciation kan? Itu semua hasil kesabaran dia dan satu perkara yang aku nak highlight, Bihah rajin bersedekah. *bukan untuk tujuan riak* tapi aku nak  kita sedar tentang sesuatu yang Islam janji dalam memurahkan rezeki seseorang. THE POWER OF SEDEKAH

Sedekah tak semestinya kau kena bagi pada orang miskin atau peminta sedekah sahaja, tapi sedekah boleh diberi pada sesiapa je as long as kau ikhlas. Pengalaman aku sendiri... Bihah selalu sedekah dengan cara dia kurangkan harga produk bila kawan-kawan beli. Ada pulak mulut cakap "Tu pasal kau kawan baik dia!" Eh no-way man. Kalau orang dalam diri dia tak biasa sedekah, dengan kawan pun buat tak endah. Business is business. Itu pegangannya. Jadi, kalau dengan kawan dia dengan berlapang dada bersedekah, apatah lagi loyal customer dia kan? Aku pun bukan selalu sangat beli barang kat dia *sebab duit takde* tapi setiap kali beli, dia mesti kurangkan harga. Dia kata, bila lagi nak tolong kawan-kawan. Ni lah masanya! See. Niat tu penting. *sekali lagi, bukan untuk tujuan riak!*

berebut trofi sebenarnya
Sesungguhnya, sedekah memang pintu rezeki. Sekali kau beri, sepuluh kali kau dapat. Mungkin dalam cara yang berbeza. Sebab setiap kali kau sedekah, orang yang menerima akan mendoakan kau dengan penuh barakah dan kesyukuran. Berilah pada sesiapa sahaja sedekah itu. Sedekah yang ikhlas menjamin kemurahan rezeki sendiri. Insya-Allah. Dan sekali lagi, aku ingatkan entry ni bukan untuk riak. Tapi sekadar satu perkongsian. 


p/s: Bihah, niat kau untuk tolong ibu kau tu buat aku rasa terharu! Tahniah sekali lagi. 

  


13 comments:

  1. serios! sangat terharu tapi aku org biasa je yg berusaha nak menjadi luar biasa..
    tq atin coz sentiasa support aku .. ^_^

    ReplyDelete
  2. aku teruja bila ko pos gambar ritu. wow, member gua tu. haha

    tapi aku juga teruja tgk gambar kau letak ni. aku tetiba teringat suhaila kena kayu hoki masa djaman kanak2 dulu.

    eh, teringat banyak lagi lak memori sekola rendah bila kau tapaw aku dalam pidato. kahkah

    ReplyDelete
  3. betul tuh !rezeki die! anyway! tahniah buat kawan awk tuh yer! hehe~

    ReplyDelete
  4. Terharu jap bace..best friend 4ever..

    ReplyDelete
  5. Bihah sememangnya perlukan kakak angkat seperti saya. Eh.

    Innanie menten muda! Nyampah!

    Tahniah Bihah! Wong jowo memang koyo ngono!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Biha! betul tu, sedekah satu sikap yang mulia dan menambah rezeki kita jua tanpa kita sedar. Yg penting kena ikhlas

    ReplyDelete
  7. kita susah nak expect rezeki dari Allah.

    bila rajin dan senang bersedekah.insyaAllah, Allah akan murahkan lagi rezeki kita.

    tahniah untuk member awak!
    untuk awak pun tahniah!

    ReplyDelete
  8. wah, happynya!!! Hehe thanks kak!!!!! <3

    ReplyDelete
  9. Kak Nida kenal Bihah ni bila masuk kontes dia.. tp akak memang kagum dengan semangat usahawannya.. moga beliau terus sukses..

    Tak sangka Bihah dengan Nanie satu sekolah..hehe.

    ReplyDelete
  10. tahniah KZ Nabihah...kita tgk boutique dia, kita mmg tahu dia boleh menang...keep it up.. :) good job..

    ReplyDelete
  11. tahniah2..terharu baca this entry..
    ehh macam mas lak kak biha nya.hihih

    ReplyDelete
  12. amboi..kalah artis malam tu...hehe

    ReplyDelete
  13. Kami paling suka ayat di bawah:

    "Macam mana blog dia boleh menang award? Bukan hebat sangat. Ada banyak lagi blog kencang!"

    Sebab memang ada lagi blog kencang. Silalah lawat blog kami www.blogkencang.com

    hehehe

    maaf mengganggu. patik hanya melintas

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork