As Salam semua
Tahniah buat Mawi dan Ekin atas kelahiran baby comel. Nama pun sedap. Cahaya Malaika. Bunyi arab dengarnya kan. Sorang lagi artis, Bienda pun selamat dapat baby girl kan. Namanya Lavienda Namieraz. Bunyi apa rasanya? Entah. Aku pun tak tahu. Macam Sepanyol ada. Macam Itali pun ada. Yang penting mak bapak Melayu Islam.
Berkaitan hal nama, aku rasa parents hari ni macam berlawan-lawan pulak nak letak nama baby. Dah jarang kita dengar baby nama Aisyah, Radhiah, Mashitah mahupun Aminah. Semua nak bubuh yang bombastic-the-bomb gitu. Anak AC Mizal nama Damien Reeves, anak Khatijah Tan Pierre Andre, anak Irfan Khairi Cinta Strawberry Abadi, tak lupa ada jugak kaum kerabat aku sendiri letak nama anak dia Adam Eiffel! Bila aku tanya kenapa, sebab budak tu lahir kat Paris nun.
Aku tak tahulah, apa yang parents mereka fikirkan. Mungkin nak mengabadikan nama artis kegemaran, nama tempat yang banyak memori atau benda yang mereka suka. Tapi perluke nama anak jadi taruhan? Kalau orang Barat tu lantak dorang lah. Nak letak nama anak Brooklyn ke, Paris ke apebenda. Tapi ini anak seorang Islam.
Islam menganjurkan ibu dan bapa meletakkan nama anak dengan makna yang baik juga dengan cerminan seorang Islam. Nama tu kan satu doa. Setiap kali ibu dan bapa atau sapa je panggil nama anak tu, dia seolah-olah berdoa akan kesejahteraan anak tu dan mengharapkan anak tu membesar jadi sebagaimana namanya. Betul, nama itu juga ilham yang diberikan Allah. Tapi, ilham juga boleh dipengaruhi dengan faktor sekeliling. Maksud aku, suasana pesat membangun kita hari ni yang persis Barat. Malahan, nama juga membawa kepada rezeki kita. Sampai mati, nama akan kekal pada kita. Ayah aku sendiri pesan pada aku, kalau nak letak nama anak, biar senang Allah sebut nanti di Padang Masyhar. Bukan main taram je. Asal sedap di dengar terus bubuh. Fikirkan maknanya terlebih dahulu.
Sama jugak bila nama kita berunsur Islamik contohnya Muhammad, Aishah, Fatihah dan lain-lain. Kita perlu jaga peribadi dan perlakuan kita supaya selari dengan nama kita. Sebab tu lah orang tua dulu suruh kita Jaga Nama Baik. Sebab nama kita dah elok, baik perlu diletakkan di tempatnya. Jangan nama elok, perangai buruk. Memalukan je! Jadi, nama kita adalah tanggungjawab kita.
Nasihat aku buat semua *sebab Insya-Allah one fine day semua akan merasa ada zuriat kan* pilihlah nama anak yang elok-elok. Yang membawa makna yang baik dan paling penting bercerminan Islam. Supaya anak tu tak lari dari track Islam. Supaya dia ingat asal usulnya. Aku bagi contoh bayangkan nama anak Aaron Isaac, kau rasa kalau dia buat tak senonoh besar nanti ada sapa syak tak yang dia Islam. Dahlah muka ala mat saleh, nama pun mat saleh. Jadi, tak heranlah kalau gaya hidup mat saleh kan? Maknanya, dia boleh hidup dengan cara barat? So think twice and for the future of your beloved son and daughter ;)
p/s: as usual a very nice reminder for my own self too...














21 doakan aku jadi lawyer:
Well said.
betul tu, kat padang masyar nanti, nama nama macam tu akan dipanggil dan memang tak ada ciri ciri islam.
pendek akai la dorang ni.
Cinta Strawberry Abadi... yg ini mmg betul2 pelik punye nama..
bagus entry nih.. kdg2 makbapak letak nama anak ikut sukahati & sesedap rasa dia je.. tpi bila tanye apa maknanya.. x tau ... huhu..
masa pregnant suka mkn rambutan letak nama anak rambutan.
hahaha.. kelakar komen nk letak name anak rambutan..
tp betul gk tu..
skang tgk mmg dh mcm2 name dah dorang bg,
dah xde langsung ciri2 islam tu..
nama nak ada strawberry..siap la kat sekolah nanti kena ejek..
bagi saya, nama saya suka yang simple..senang sebut..senang eja..senang nak isi borang..senang jugak cikgu nak tulis nama budak tu nanti..
Orang yang nama pelik2 tu..ada gak bunyi arab..yg cinta strawberry abadi mlayu abes...
agree sangat!! tapi ada pulakk yang da bagi nama elok,tapi panggilan disingkatkan..jadi makna lain..sbb tu i kalau sebolehnya, biar nama anak,takleh di singkat2 kan.. contohnya, Muhammad Adam Hariz.. hehe..kalau marah kat dia, nama panjang terus kena panggil...
Pilih nama yang se eloknya dengan makna nama yang baik.insyaAllah..nama juga mempengaruhi kehidupan seseorang.kan?
saya gembira sebab parents saya bagi nama saya, AISYAH ;')
huhu nanti mesti bila dh besar budak2 tu malu kena ejek
setuju sangat2..eee suka2 tul entry akak ni..rasa nak cubit2 je pp akak..hihihi
nama pelik2,menyusahkn anak nak isi nama dlm borang..kikiki..wat pe nama sdp tapi xde mkna elok dlm islam?
Adam Irfan Xaharis
nama nak sedap.. maksud xtahu.. aishh
ank kite farish hafiy-- yg alim dan memuliakan
2nd baby fareeq qashfiy-- pemimpin yg khusyuk. :)
alhamdulillah nama anak2 akak simple je x pyh glamour2: MUHAMMAD SHAFIQ & NUR SHAFIQAH :-)
betul lah...sometimes bila terlalu kejarkan nama anak yg glemer, kita makin lupa perkara yg sepatutnye kita dahulukan iaitu nama yg bermaksud baik buat anak..anak saya Muhammad Harith Izzudin... doa saya semoga dia dapat mencerminkan perwatakannya selaras dgn maksud nama dia (yg terpuji, kuat berusaha, kebaikan agama)
sya dok pikir/risau dgn nama sndri HARNANI... yg aku tau dlm Islam Hanani je yg ada... perlu tukar ke?
Aaron kan nabi haron..
Isaac kan nabi ishaq..
Takde salahnya, dah tanya ustaz pun..
Nama anak sy ayeshs dalila..
setuju sangat! kadang2 manusia ni terlalu mengejar2 glamour. letak nama anak bukan bukan. kesian si anak
Biar lah org tu nak letak nama ape ke,ape kebenda ke..yg penting semua nya ada maksud...yg dok jg tp kain org buat,buat dosa lg adalah..:)
Post a Comment