Thursday, March 29, 2012

Kimi. Kucing Jantan Paling Seksi.

As Salam semua

Ini kalau aku cerita kat orang ni, mesti orang ketawa. Dengan aku sendiri gelak sorang bila teringat cerita semalam. Al kisahnya, semalam petang aku sorang-sorang drive nak pegi amek adik aku balik praktikal. As usual. Nothing happen. 

Disebabkan rasa sunyi, aku pun bukaklah player kat handphone sambil feeling sorang-sorang. Nyanyi kuat-kuat dalam kereta. *macamlah korang tak biasa kan* Tiba-tiba tengah aku dok syok nyanyi tu, aku dengar satu bunyi...

Meoooooooooooow!

Huh?! Tengah drive ni dalam keadaan hujan lebat tu, cepat-cepat aku toleh seat belakang sekali cari mana datang puncanya bunyi tu. La... time tu aku tengok Kimi, kucing jantan paling sexy kat taman aku ada kat belakang. Entah bila dia naik dalam kereta pun aku tak tahu. Dah berapa lama dia kat situ pun aku tak sedar. Rupa-rupanya, aku baru teringat, paginya aku dengan mak aku beli barang-barang. So, aku percaya masa pintu tengah terbukak (sementara loading barang) tulah masanya dia masuk kereta. Dan aku yang tak sedar ni terus tutup pintu.  Menggelabah jugak aku. Terus aku tala hidung, kot-kot dia ada terkincing atau ter-ek-ek kat dalam kereta. Naya aku kalau jadi gitu. Dahlah baru lepas cuci kereta. Alhamdulillah, kereta aku masih lagi bau Ambi Pur perisa lemon. 

tinggi kan kucing aku? mula meninjau!

Muka terkejut pulak. Mesti dalam hati dia kata "What a wonderful world out there!"
suka gambar ni. buat muka kesian dia tu yang comel... 
Sabar betul aku dengan Kimi ni. Aku panggil dia ke depan. Than dia duduk kat seat sebelah driver. Elok je buat muka kesian. Mesti dia ingat aku nak buang dia kat mana-mana. No-no-no Kimi. Kita sekeluarga sayang awak tau. Awak kan kucing jantan paling seksi dalam taman! Meooow ;)


My cat is an alien. Finally. 


p/s: Aku teringat cerita Mr.Bean, yang dalam kereta dia ada anjing tu. 




Categories , ,

8 doakan aku jadi lawyer:

sid on March 29, 2012 at 2:38 PM said...[Reply to comment]

comelnya KIMI!!! arghhh! comel comel comel kuasa patplohlapan!

Saya Disini on March 29, 2012 at 2:41 PM said...[Reply to comment]

comel3

nur anis on March 29, 2012 at 2:55 PM said...[Reply to comment]

hamboi..nak jejalan rupenya dia ye...

Azhafizah[フィザ] on March 29, 2012 at 5:16 PM said...[Reply to comment]

tang mana seksinya kimi ni ye..tang mata yg macam alien tu ke?hehehe..seronoklah dia jalan jalan naik keta kan..dok seat depan lagi tu..^_^

laskar pelangi on March 29, 2012 at 5:37 PM said...[Reply to comment]

Hihihi. kimi nak meneroka awek awek kat luar sana.tu yang gatal nak naik kereta sekali tuh.. pandai je kimi duk diamdiam. Hihi ;)

Ms Fai on March 29, 2012 at 5:45 PM said...[Reply to comment]

baik pulak si kim tu dlm keta... sgt behave! hihi

Ezy Chiaki on March 29, 2012 at 7:26 PM said...[Reply to comment]

seronok kucing leh naek kete..
bkn semua kucing dpt peluang camni.. haha

gdsbnga on March 30, 2012 at 10:17 AM said...[Reply to comment]

comelll gileee kucing nii . auuuuw ! hehe

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!