Tuesday, March 20, 2012

Mini Gathering Family Bakti Siswa (BAKSIS) 2011

As Salam semua

Minggu lepas dah berpesta, minggu ni ada lagi. Memang seronok kan kalau ukhuwah yang terjalin menerusi projek di kolej membuatkan kita rasa betul-betul satu family. Hilang semua stress. Sebab punya kawan yang boleh buat gelak kuat-kuat. Malam tadi, aku attend satu mini gathering untuk program Baksis yang dah lebih setahun berlalu. Walaupun dah setahun, tapi ikatan tu masih kuat. Alhamdulillah.


Memang banyak ceritanya. Kalau diikutkan memang tak habis satu malam. Gurau sana, kacau sini. Gelak itu, gelak ini. Tak habis-habis. Kalau hari biasa, memang boleh jumpa tapi biasalah masing-masing sibuk dan ramai yang dah final year kan.

Lokasi pilihan untuk melantak adalah Rasta, TTDI. My review for that place, ok. So-so. Boleh tahanlah sebab suasana yang berangin, tak sesak sangat dan sesuai untuk kecoh-kecoh. Tapi, yang tak bestnya makanan yang diorder lambat sangat sampai. Sampai kena buat confirmation 2-3 kali. Nasib baik semalam mood aku baik, kalau tak maybe dah terbalik meja dah. Dan nasib baik jugak semalam ada abang-abang busking yang sudi menghiburkan kiteorang. Jadi asap terbakar hati tak nampak sangat. Kehkehkeh.


Abang-abang busking ni memang best performance dorang. Chill and sempoi. Kiteorang request lagu pun dorang layan. Malam tu untuk kiteorang dinyanyikan lagu Move Like Jagger, Kopi Dangdut, Rolling In The Deep, Pantun Budi, Kau Ilhamku dan lagu Rossa, Atas Nama Cinta. Kalau tak silap lah.. Tapi memang best. Feeling sangat. Very the romantic gitu! Mulanya, kiteorang request lagu Gemuruh sebab tu lagu tema kiteorang, tapi abang-abang tu tak prepare for that song. It's ok bang! 

Untuk semua family Baksis, moga ikatan kita ni kekal selamanya. Sampai bila-bila. Tak kira lah sampai kahwin ke, dah tua ke, dah ada cucu ke. Mana-mana yang kahwin awal tu, jangan lupa jemput budak Baksis. Boleh kita rewang sama-sama. Yang penting, kita GEMPAK!



p/s: ni sebahagian je sebenarnya dari ahli Baksis. 


4 comments:

  1. memang best kalau dapat lepaking together gether bersama kawan kawan.sembang sampai lupa masa..hehe

    ReplyDelete
  2. bestkan bila dapat jumpa geng ramai-ramai camni..akak tak merasa camni

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork