As Salam semua
Dah ramai dah blogger kat luar sana cerita pasal tips menjadi seorang blogger hebat. Uiish bukan satu dua blog, banyak juga. Tapi nasib-nasiblah. Ada yang jadi, ada yang tidak. Tapi tips yang bakal aku bagi ni, kalau kau amalkan for sure menjadi. Believe me.
Satu. Kau kena cantik
Kalau kau tak cantik, jangan haraplah kau nak jadi blogger hebat, apatah lagi blogger retis yang bakal dijemput ke semua event, majlis-majlis rasmi dan tak rasmi, juga gathering. Sebab bila kau cantik, kau akan menaikkan lagi mutu gambar-gambar event tu. Kalau ada rezeki korang, terus korang dapat jadi spoke-person mahupun model untuk produk-produk terkenal dan terkemuka yang memang mengeksploitasi wanita secara diam-diam.
Dua. Kawan dengan blogger-blogger yang cantik jugak
Ye, ini kira inisiatif untuk yang tak berapa cantik lah. Kau kawan dengan blogger-blogger yang cantik, mesti tempias tu dapat punya. Kira korang boleh mencapub sama-samalah. Kalau yang tak cantik ni apa je ada? Nak bawak majlis pun malu. Lagi yang gemuk kan? Haish, babailah!
Tiga. Kau kena sombong
Kau jangan layan blogger-blogger bawahan, newbies, mahupun blogger picisan. Apa kelas dorang tu. Boleh bawak manfaat apa je dekat blog korang kan. Buat penat jari je melayan mereka. Baik kau layan dengan membalas komen rakan blogger yang hebat-hebat je. Dorang boleh sumbang fame,traffic, comment dan segala macam kepentingan dalam blogging. Yang ikan-ikan bilis ni, kau bohlayan je. Buat tak nampak.
Empat. Boyfriend Kacak
Ye, satu lagi daya penarik utama. Kau boleh gunakan boyfriend korang tu. Orang memang suka baca kisah-kisah suap-suap makanan antara kau dengan dia. Dalam sehari tu, kau cuba update blog kau dengan 6 entry aktiviti bersama boyfriend kau. Gerenti, naik rating blog kau.
Lima. Gambar Banyak-banyak
Ini juga memang superb-idea. Aku sarankan, korang yang bercita-cita nak jadi blogger femes amous ni, tepek gambar korang sampai 20 keping dalam satu entry dengan posing berbeza. Tajuk entry hanyalah "Makan." dengan caption tak sampai sepuluh patah perkataan. Aku boleh jamin, memang korang pemes lepas tu. Sebab otak readers dah terlekat muka kau sorang! So mana-mana pergi, memang muka kau je dorang ingat disamping posing yang pelbagai.
Jadi, apa kata korang? Cubalah. Sebab keberhasilannya sangat dijamin. Aku? Takpelah, sebab syarat pertama lagi dah fail.
p/s: Think it another way round, and you will get what i mean! tq














36 doakan aku jadi lawyer:
Hahahaha!
ni bengang ngan sape cik nanie oiii^^
Ni mudah sangat..hahaha..tapi kalau orang cantik buat ape pun femes kan..takpelah.jadi biasa biasa pun xpe ^_^
wahh..haha..betul la apa awk ckp.
walaupun kritikan nie pedas, tp mmg itulah hakikat yg berlaku dunia blogger terutama blogger malaysia.
patut la sye heran apsal blog sye xde org pun sudi nk tgok, folo. apsal org yg entry nya ntah hape2 tp ramai viewer. Pelik sgt2.
GANAS LAA ;D
saye xcntek.. boipren plak xensem.. ptot la org xpndg blog saye.. haha
perghhh...
tak tahan btol baca entry nani nihh
tapi mmg ada betol cakap kau nani...
mostly yg pemes ames smua mcm tuhh..
jarangler diorang nak follow kite dl.
sapeler kite yg ciput2 nih..hihihi
nak tekan button LIKE laa
@ary_lee: tak bengang dgn sapa pun, kehkehkeh tapi sapa makan cili dia rasa pedas... yang penting, ary lee best!
@Azhafizah[フィザ]: betul tu fizah, jadi biasa pun dah ok, cuma tu lah perangai manusia. sebelum dan selepas berbza!!!
@FatinKpopLover: hahah biarkan lah mereka dgn perangai gtu, yg penting kita stay humble!
@lyana kamal:ganas baru gempak!
@Ezy Chiaki: sabar je. eh, sapa kata tak pandang, ni saya tgh tinjau2 blog dia ni!
@Pink Lavender: kan awak kan? bukan sekadar follow, pandang atau jumpa depan mata pun buat tak layan. muka cantik pun jadi buruk sbb perangai gtu!
haha, saya nak pergi beli barbi jap :P
ni entry perli namenye hihi..kalau ade semua kat atas ni tapi cilok idea org x gune jugak..
jom kita jadi blogger kurang cantik rupa, tapi femes...hahahah
Ini blog sebab nak dapat famous ke ape? kalau nak, boleh la try tips2 ni kan. saya pun dah fail awal2 dah. hihi
ceh..patot la x femes langsung! hahahahhahhhah
Hahaha! Setuju dan suka sangat dengan entri nie! Terbaikkk! Inilah realiti sebenar dunia blogging. Biarlah tak hebat mane pun, janji hati kita puas bila blogging. :D
Blogging bukan nak femes kan? Blogging is for fun.. Haha, terbaik lah tips dia tapi confirm solehah tak dapat buat sebab semua fail-.-'
hahahahaa alahaiiii tipsnyaaa . susah betui nk ikuttt hahaha . tips yg lbh bersesuai tkde ke ? hihi
hahha..funney..but some what true =]
hahahaa..nice tajuk entry..tp saya org biasa je..biar la jd org biasa..dan blog also biasa2 je.. tp klu femes..bonus tu.. :)
Selamat berkenalan
ishhh tak baik bersikap sombong nie...
takpela jadi blogger suam kuku pun. hehe. asal banyak kawan !!! weee
haha..ini mcm nk perli seseorang aje ni..
hihi beselah tu certain blogger tu bila da pemes amos, lagaknya dah mcm artis..btw, biar famous bukan sahaja sebab muka, tapi juga cara penulisan dlm blog kita..kan?
peaceeee
makanya kte jd la blogger suam suam kuku kambing...
kehkeh....tp bykyg betul jugak...saya suka skodeng blog nie..walaupun jarang komen..
Nasib baik i sombong! Sebab tu i femes!
hihihi..
tapi wat masa ni semua blogger terkenal smua ok2 kan.
hahahaa.. memang tak menjadi blogger femes la mcm tu nampak gayanya! hahaha
dari awal entry
sampai akhir entry
aku tergelak golek2
sampai x nak bangun dah...
serius memang kelakar yang amat...
@FatinKpopLover:
saya tak bape setuju. maybe ada la some bloggers famous sebab cantik. tapi, bagi saya apayg leh buat seseorg blogger tu femes ialah cara dia menulis entry. kalau cantik entry tak best pun haprak. takde org nak layan.hehe
haha1 superb entri nie!
entry terbaik :D
Saya sgt2 setuju dgn entri ni. Sbb inilah realiti terkini... Cuma saya je yg tak paham2 lagi... hehe... Lagi2 kalo entri bab2 agama. Hmmmm... wassalam... takpelah... Niat tu penting walau tak femes. Kan3...
OOoo...bru thu sbbnya..huhu..nk wt mcm mna kn >_<
Post a Comment