Tuesday, April 17, 2012

Dalam FB Lain, Kat Luar Lain...

As Salam semua

Ini kalau aku cerita ni, mesti ramai yang setuju ni. Sure. Ramai yang terkena sebenarnya. Pasal facebook. Aku memang tak nafikan kebaikan facebook. Mana taknya, kawan - kawan kau yang masa hingus meleleh entah mana hilang pun kau boleh jumpa balik. Mamat kelas sebelah yang kau admire gila sampai gaduh dengan kawan korang tu pun kau boleh keep in touch balik. Semua gara-gara FB kan.


Tapi, ada satu perangai umat manusia dalam FB ni yang aku tak berkenan. Naik meluat pun ada. Tak tahu apa pasal. Perangainya ialah bila dalam FB, bukan main dia dalam Friend List kau. Komen dan Like status mahupun gambar kau. Tapi bila jumpa atau terserempak di realiti, amboiiiiiii muka kau pun dia tak pandang. Apatah lagi nak melemparkan senyuman seikhlas bunga kembang mekar. Memang jauh panggang dari api.

Dah kenapa kau ni? Apa jauh beza sangat ke gambar profile di FB dan di realiti. Tak edit pun. Biasa je. Sama je aku tengok. Muka talam ni jugak yang kat FB tu. Takde pulak aku pakai gambar Diana Danielle. Apatah lagi guna gambar Angelina Jolie sebagai DP FB aku kan. Tak langsung kenal aku. Padahal nampak ni. Lagi dasyat, kawan sama-sama sekolah dulu pulak tu. Aku je yang senyum sorang-sorang pada dia. Kawan katanya kan...Kalau alasannya ialah segan, aku tak dapat nak tolong apa lah sebab dekat FB bukan main mengomen, me-like bagai. Apa salahnya kalau tegur secara depan-depan. Kan bagus. Lagi seronok. 

Gitulah perangai manusia. Rencam kan. Kalau korang jumpa kawan-kawan, toksah lah nak sombong sangat. Senyum pun dah ok. Bukan apa, kata nak mengeratkan ukhuwah. Jadi, salam dan bertanya khabar itu kan elok. Tak perlulah hanya di FB sahaja. Jadikan persahabatan itu lebih seronok dan lebih bermanfaat. 



p/s: Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam...




18 comments:

  1. Jejem pun ade kawan macam ni. Macam hape je. Dulu bestfriend forever la katenye. Jumpa wat tak kenal. Nak tendang pun ade rasa, Mana tah janji-II manis semua tu., Puiii. Teremosi plak. Hewhew

    ReplyDelete
  2. Hmm.. Btul tu jugak bab ni. Sbnrnya lgi elok kita senyum depan2, ckp depan2 drpada dunia maya ni. Atau sbnrnya FB ni dunia plastik? Dunia maya yg jual plastik utk kita pkai?

    Haha! Klu mcm tu rosak la jwbnya.. Apapun, hrap2 mna yg trmkn cili ni pndai2 la ambik air.. Mudah2han sy pun takde la mcm ni.. Prnh trkena jgk dgn mmber..

    ReplyDelete
  3. Prnh trkena jgk dgn mmber sis. Terasa sgt, rsa mcm nk baling je FB tu, haha! Yela, bg sy dunia realiti ni lg elok drpada FB. Mngkin klu kita takde FB bru nk tgur kot?

    ReplyDelete
  4. Bila cakap depan, gerun kotttt...
    *Agaknya*

    BTW, jemput dtg blog tgok design jaket varsiti UM^^

    ReplyDelete
  5. Segan mungkin.atau mungkin dia malas nak tegur..semuanya mungkin..tapi kalau nanie ternampak fiza..jerit je nama fiza..takpun miscall tau..kdg2 fiza ni mengelamun sambil berjalan..hikhik..tak sabar betul nak jumpa..harap ada jodoh lah kan.^__^

    ReplyDelete
  6. agree dengan ur post today.. memang susahkan nak jangka habit manusia nie~~

    * kadang2 i rase nak pakai mask hellokitty time go outside,so biar orang memang xkenal, and bila xditegur xdela i mau kecik hati..weee~

    ReplyDelete
  7. hahaha lumrah fb . hehe !

    btw salam kenal :)

    dtg tumpang letak iklan kat atas tuh .

    dah folow awk :)

    ReplyDelete
  8. @OH JEJEM: memang tak patut tu... mungkin agak janggal tapi apa lah salah kalau senyum @ say hi kan?

    ReplyDelete
  9. @Sis AI: tak salah guna medium FB untuk keep in touch, but when it becomes real, please be real, do not stay in virtual nimore!

    ReplyDelete
  10. @ary_lee: holoh nak gerun apenya. bukan leh terkam makan dia pun kan??? just smile pun susah ke

    ReplyDelete
  11. @aina ariana: kita tak mengharap pun teguran yang peramah melampau, cukup sekadar senyuman dan hi. just to acknowledge that u are one of my friend. isnt it?

    ReplyDelete
  12. @-SUPERGIRL-: salam kenal jugak. letak lah kan tu free... hahaha fb oh fb!

    ReplyDelete
  13. Tia memang senyum dengan orang yang Tia kenal . nak2 yang pangkat kawan kan . tapi kalau tak berbalas , memang kejang jugaklah muka ni menahan malu . ahak!

    ReplyDelete
  14. ada nama saya kat situ - dengan jelas hehe

    ReplyDelete
  15. kekadang kwn2 skol dulu la yg byk jadi duri dlm daging. dlm fb, blog nmpk baik konon2 support kita ape sume. belakang kite, msyaAllah..tuhan saje yang tahu. huhuhuhu~ i've experienced that. T__T take care dik.

    ReplyDelete
  16. perangai beza atr fb n dunia? sbb dlm fb x nmpk reaksi muka. just main tulis2 je. kalau berdepan ni segan sikit.. ;p

    oh..nak gitau siap2. kalau jumpa kat luar aku buat2 x kenal ke ape ke.. bukan bermaksud aku sombong, just x suka senyum je.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork