Sunday, April 22, 2012

Kau Yang Tak Reti Layan Customer!

As Salam semua

Dah mula nampak habuk-habuk halus kat blog aku ni. Oh, maaf lah. Mood berblog ni entah mana dia merayap pun aku tak tahu. Yang penting, idea menimbun dalam kepala malangnya jari malas menaip. My bad. Minggu lepas sumpah aku bizi giler. Sibuk sampai tak makan. Eh, tipu lah muka aku tak makan kan. Kau jangan sekali-kali percaya. Bila kau bizi mula lah semua benda nampak serba tak kena di mata kau. Pegang itu salah, pegang ini salah. Semua tak perfect. Hati ni rasa nak marah je. Dan di kala itu janganlah muncul manusia-manusia yang penuh dengan aura negatif. Memang kena lah kau! 

Dan alangkah sedihnya apa bila muncul seorang makcik peniaga makanan di Seksyen 14, PJ yang selayaknya di list kan sebagai  "busuk punya olang". 


Kau tengok tu berapa ramai yang pernah menghadapi masalah dengan peniaga Melayu. Aku tak amik pusinglah peniaga bangsa lain, itu hal mereka. Ini orang Melayu, orang Islam yang sememangnya tahu 9 daripada 10 bahagian rezeki bermula daripada perniagaan tetapi ambil sambil lewa berkaitan layanan kepada pelanggan. Sedangkan pelangan-lah sumber atau penentu turun naiknya bisnes diorang. Hamek kau ayat sastera aku keluar.

Kisahnya begini, BFF aku yang nama Arief tu start sambung study master kat UM. Makanya, minggu lepas aku tolonglah bantu dia uruskan tempat tinggal and so on. Dijadikan cerita satu petang yang baru rintik-rintik hujan tu, aku dengan akak aku and Arief minum petang dekat Seksyen 14, PJ.  Kalau yang tahu kat situ ada sederet kedai makan yang popular dengan roti canai, otak-otak dan nasi lemak. Kira ada banyak gerai lah. Ada banyak meja. Dijadikan cerita, kami pun memilih untuk duduk kat meja di hadapan gerai bernombor 54. Masa masuk kat kawasan tu, ada ramai abang-abang dan mamak-mamak dok tanya kami nak makan apa, minum apa. Kira semua bersungguh nak pikat kami lah untuk makan kat gerai mereka. Lepas dah order semua, baru nak menyuap nasi ke mulut ni tiba-tiba ada suara seorang makcik ni...

Makcik: Dik, lain kali kalau nak duduk sini kena order sini tau. Order sana duduk sana lah.  
Akak aku: Ha? Ye ke? Tak tahu lah makcik. Sorry
Arief: Mintak maaf makcik. Kami tak tahu. 
Makcik: Kalau macam ni susahlah. Kita pun nak berniaga jugak.
Arief: Mintak maaf banyak-banyak ye makcik. Kami memang tak tahu. 

Kalau kau perhatikan, aku memang tak menyampuk. Aku duduk diam je kat situ sambil makan nasi lemak. Bila aku lapar memang segala saraf aku tertumpu pada makanan bukan benda lain. Dah telan sesuap dua, aku pun bersuara. Jarak antara makcik tu dengan meja aku tak jauh mana. Kiranya suara aku ni boleh sayup-sayup di dengar. 

Aku: Potong stim betul makcik ni. Dari tadi kite masuk, duduk sini sampai order makanan ada dia datang tanya kita nak makan apa, minum apa? Tahan dia duduk melangok kat situ dengan dua anak dia sambil mengharapkan rezeki datang pada dia. Inilah orang Melayu. Langsung tak ada effort untuk berusaha. Orang lain once nampak pelanggan datang berumpu-rumpu nak amik order tanya nak apa semua. Dia boleh duduk situ berdiskusi macam menteri besar. Than bila orang lain tak order dekat dia, kata orang lain tutup periuk nasi dia. Lagi satu, dah tau kawasan ni penuh dengan pesaing lain yang lagi hebat, tak payah meniaga kat sini. Pergi meniaga yang kau sorang boleh conquer tempat tu. Jadi takde lah customer orang lain duduk tempat kau. Nak lagi selamat, kau tulis atas meja "MEJA INI UNTUK CUSTOMER KEDAI INI SAJA!" baru senang orang tau. Ini tidak, nak marah customer tak memasal. Kau yang tak reti layan customer

Arief dengan akak aku tengok aku kebil-kebil. Aku memang saje kuatkan suara aku. Bukan nak perli, tapi kalau terasa baguslah! Aku rasa ini adalah salah satu perangai peniaga Melayu yang perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh kalau nak berjaya macam peniaga bangsa lain. Sikap mengharap rezeki bergolek tu dalam zaman serba moden ni dah tak boleh pakai. Usaha tu yang penting. Even dalam Islam sendiri pun kita kena usaha dulu barulah disusuli tawakal. Bila orang lain lebih di kata orang tu pakai bomoh atau mandrem kuat. Mulalah banyak fitnah berlaku. Diri sendiri ada dicermin dulu?

Dalam berniaga ni, pelanggan lah perlu di jaga. Memang betul kadang-kadang ada pelanggan yang super duper annoying diva nak mati. Itu memang patut kau back-hand kan aje, tapi janganlah tak memasal kau jerkah customer macam tu. Kau cakap cara elok salah ke? Ini orang nak makan tau. Menghadap rezeki Allah. Memang sungguh, lepas daripada tu, spoil sangat mood aku. Sebab aku kesian peniaga Melayu yang tak beradab macam tu. Macam mana rezeki nak barokah?

Sebelum nak balik tu, aku saje dengan Arif and akak aku mintak pekerja yang kita order tadi untuk clean up kan meja tu seperti asal. Than, sebelum berlalu pergi aku pergi kat makcik tu beserta anak-anak dia dan...

"Terima Kasih ye makcik bagi kami TUMPANG SEKEJAP kat meja MAKCIK tu!" 

dan pergi. Yang aku perasan makcik tu tak pandang pun muka aku. Meluat agaknya. Padan muka. Sapa suruh cari pasal time orang nak menghadap rezeki! 




p/s:  Usaha itu tangga kejayaan. Bukan senang! 



17 comments:

  1. Pergh.. Pedas, pedas.. Mcm makan cili berapi, wakakaka! Tp kdang2 diorg ni mcm ni cara nk ajar dia. Mcm ni la brtemu buku dgn ruas.. Btul tu. Dh tau kita dh smpai gerai dia, apa salahnya dia dtng, mntak order?

    ReplyDelete
  2. perhh...cayalah akak...well org melayu memeylagutu...tak leh nak cari rezeki sesama...dari segi nie baik kita tgk org cina berniaga...contohnya lau g bdr kluang tu..sederet 3-4 kedai kain je..tokei sume cina..tapi nape dyorg boleh maju then klu org melayu niaga sebelah menyebelah xleh nak maju???why2x...sebab hasad dengki yg membusuk dlm hati 2ler xleh memajukan perniagaan mereka...islamkah itu????wallahuallam..

    ReplyDelete
  3. hye..
    likes ur style..,seriously.. bukan senang nak jumpa gurl yang berani like u zaman sekarang niey..superb..:) go gurl..!! weee~

    ReplyDelete
  4. skrg nih berlambak lambak peniaga mcm nih...mengharap sgt rezeki dtg kat die tnpa usaha.....tuh la peniaga mlyu skrg...

    ReplyDelete
  5. Pergh! Elok sangatla awak sound die cenggitu.. Kalau MM, MM gi jerit jer terus kat telinga dia.. Baru berakai orang perak kate..HEHE..

    ReplyDelete
  6. ni mesty kat mapley nih..
    Hahahahaha! bese lah tu^^

    ReplyDelete
  7. sokong2,,, jadi pengajaran buat muja,, insya ALLAH muja akan berusaha lebey keras utk dapat yang muja nak,, :D

    ReplyDelete
  8. memang sokong n setuju sgt. mmg la Allah dah takdirkan rezeki masing2. n org dulu2 kata, rezeki secupak xkan jadi segantang. tapi kalau xde usaha, bila rezeki nak datang.
    kebykan so called 'org islam' ni suka mengharap rezeki jatuh dari langit..pastu mengamuk bila org lebih dari dia.
    kadang2 malu jumpa org camni. memburukan imej Islam tu sendiri.

    ReplyDelete
  9. dulu tima belajar kat um, ada jugak berapa kali datang situ..memang yang berkerumun tanya nak makana apa, yang bukan peniaga melayu..

    ReplyDelete
  10. persaingan yang tak sihat macam ni mengundang rezeki yang tidak sihat juga.Berusaha cari rezeki bukan menyalahkan orang lain tutup rezeki tu.Allah berhak bagi rezeki kepada sesape yang berusaha.^__^

    ReplyDelete
  11. salam..
    singgah follow sini :)
    jom follow cik iena jugak(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  12. wahh..good job !~.hehe
    biar sedar sket peniaga mcm tu.

    ReplyDelete
  13. kalau peniaga mcm nak taknak layan, tak kose nak beli, hilang mood..

    ReplyDelete
  14. rezeki tak kan bergolek depan mata.. kalau asyik menadah je usaha xde, xkan jatuh rezeki tu. aish manusia sekarang mcm2..

    ReplyDelete
  15. Maybe makcik tu tgh down. dia ada masalah anak dia tak pergi sekolah. abes dgn korg2 kena marah la

    ReplyDelete
  16. wahh! yg nie sokong habes! mmg setengah peniaga mcm tu, berkira nak mampos .. lao tak order ngan die tak boleh dok kat meja/krusi die .. aish! pe salah nye tolong menolong kan . mne tau rezeki die ade dgn mnolong orang .. sangat tabik springss kat peniaga bangsa cina .. sbb masa satu hari tu, ibu sye nak beli phone kat satu kedai, mcm biase lah kan sbelah punye sbelah mesti ade kedai phone jugak kan .. nak dikiutkan cerita, phone yg ibu sye nak tu tade kat lelaki cina A nie, u know what lelaki cina A nie snggup jalan pi kedai sebelah semata2 nak tnye kedai sebelah ade tak phone mcm ibu sye nak .. wow! super great cara dwng berbisnes .. :)

    p/s : maaf terlebih komen smpai ade cerita pulak :P

    ReplyDelete
  17. pernah kena juga..tp di terengganu..time tu mcm,'dah kau kenapa' haish~

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork