As Salam semua
Pukul 2.30 pagi tadi, BB aku berbunyi. Baru nak terlelap. Dan-dan pulak ada email masuk. Dalam hati ingat nak bukak esok je lah. Tak tahu kenapa, hati aku suruh bukak sekarang jugak. Dengan mata kelat-kelat. Capai cermin mata yang aku letak tepi bantal. Pelan-pelan aku raba BB aku. Tengok email subject "BLOG KAU" eh.... sapa pulak ni bagi email malam-malam buta macam ni. Kenapa pulak dengan blog aku? Tengok nama, nama seorang lelaki. Sapa mamat ni? Tak kan zaman sekarang, nak ngorat kena hantar email. Eh mana tau kan... hahahaha *mata aku dah terang benerang. Aku gigihkan baca setiap baris email tu. Dupdapdupdap....takut jugak aku.
| Klik gambar untuk baca |
ALLAHUAKBAR!!!
Menitis air mata aku baca email dia. Tak puas dekat BB, cepat-cepat aku on laptop. Print screen ni semua. Aku yang speechless. Aku tak sangka, macam ni penerimaan orang yang baca blog aku lebih-lebih lagi entry aku pasal gay ni. Aku bersyukur sangat-sangat pada Allah. Moga Allah memudahkan penghijrahan lelaki ni. Malam Jumaat macam ni, kau hadiahkan aku satu kenikmatan yang tak terhingga. Niat aku masa tulis entry tu memang betul-betul ikhlas nak tolong 'orang macam tu'. Bukan untuk berlagak baik. Syukur sangat. Entry tu memberi kesan positif. Dengan entry tu, hati kau dah terbukak untuk bertaubat.
Pada awak, yang mungkin baca entry saya sekarang ni.
Saya bersyukur sebab dengan entry saya tu awak terbukak hati nak tinggalkan hidup sebagai gay. Semoga iman awak diperkuatkan Allah, penghijrahan awak dipermudahkan dan tekad awak dibulatkan. Insya-Allah saya sudi bantu mana yang perlu. Kita boleh berhubung melalui FB. Terima kasih sebab sudi anggap saya kawan awak, bukan musuh awak. Moga Allah merahmati awak.
p/s: Amin Ya Rabb













19 doakan aku jadi lawyer:
awak!kalaus y jd awak pon mmg saya akn terharu giler kot!alhamdulillah,die ade rase untuk nak berubah..thanks to awak!btw,dah follow.salam kenalan dari sue
smge akk ley bawak org tu kejalan yg benar,,
btw semalam tgk majalah remaja ade blog sis kan,tahniah ea!
tersentuh hati bce entry nih
waaaa....bagusnya......nice entry smpai boleh buat org laen berubah...
smpi sy pon sebak bace entry ni... alhamdulillah...
alhamdulillah fateen. =') aku pun menangis baca entry ni. =')
alhamdullilah akak...semoga dia diberi hidayah yg lebih untuk berubah...amin..
alhamdulillah. terharu baca entry ni. serious tak tipu.
Alhamdulillah kak..semoga org tu akan sentiasa diredhai oleh Allah swt...begitu juga dgn akak..luv u kak..
tersentuh baca..semoga Allah memudahkan penghijrahan die..
good job akak. semoga Allah merahmati usaha akak.
alhamdulillah...bsyukur dia nk brubah...sebak bc entri ni...
alhamdulillah nanie..dia nak berubah..tak semua orang diberi hidayah sepertinya dalam masa yang singkat..alhamdulillah nanie telah bantu dia berubah:)
Semoga dia sentiasa dalam rahmatNYA :)
terharunya..dan good job akak..bagus..
good job akak////////
speechless. >.<
criusly...so nice blog..may god bless u
Sedih baca entri ni. Memang sgt2 terharu andai ada insan yg berubah dari penulisan kita. Tahniah Innanie. Teruskan kebaikan yang membawa ketenangan
:) speechless.. Apa yg boleh ckp is Alhamdulillah.. Terbuka hatinya nk berubah. Moga rmai lgi yg akn berubah
Post a Comment