Monday, May 7, 2012

Hadiah Birthday Dari Blogger SihatiMerahJambu!

As Salam semua

Rasa nak menangis puas-puas. Speechless sangat. Laptop yang baru hari tu aku format buat hal lagi. Kali ni lagi dasyat. Terus tak boleh on! Ni lah aku malas nak format laptop. Sebab kebanyakan mesti ada kes susulan yang lebih teruk. Haishhh apakan daya....

Lagi menambah kesedihan, semua gambar aku dengan my sayang-sayang masa birthday tempoh hari ada dalam tu. Aduh! Gugur jantung aku. Entah mana ntah silapnya sampai jadi macam tu. Merajuk apa ntah dengan aku pun tak tahu. Tak kan nak mintak baru pulak! Sayang gila kot. Konon-konon update lambat sebab nak fokus nanti masa buat entry special tu. Last-last jadik gini pulak. Alahai.... 

Cerita pasal birthday, ada sorang blogger femes lagi berbakat besar, Azhafizah namanya hadiahkan aku vector. Comel sangat. Aku tengok pun mata tak kelip. Bukan sebab aku cantik sangat, tapi lukisan dia tu memang awesome habis! 90% nampak real. Memang berseni betul tangan dia melakar gambar aku ni. Jeles aku dibuatnya. Ye lah bukan senang kan! 

terubat sedih dapat hadiah cantik ni kan

Fizah ni memang tak asing lagi dalam bab-bab lukis vector, design blog, header dan segala macam kerja seni digital ni. Ramai dah yang dapatkan khidmat seninya untuk blog. Memang puas hati. Aku sendiri untuk watermark gambar aku tempah dengan dia. Memang cantik designnya dan menepati kehendak kita. Kau cakap je nak macam mana. Insya-Allah dipenuhi. Kalau korang masih lagi mencari-cari perkhidmatan menata rias blog, silakan lawat BLOG SIHATI MERAH JAMBU


p/s: Hebat sapa terer format laptop kan. Impress aku! 




9 comments:

  1. azhafizah memang mantop bab lukis ni. memang terkesima tengok lukisan tu. selamat hari jadi innanie!

    ReplyDelete
  2. cantik sangat2.. bertuahnya.. happy birthday ;)

    ReplyDelete
  3. wah, cntk la.. doodle tu sbijik ke sma.. btw, hpy bufday.. ika singgah n follo sni. thx !^^ visit mine http://cartiecacloset.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wahhhh chomeynye akak lawyer ni heheh
    sebiji pulak tu sama dalam pic yang sebenar....ahhh nak minx jugaklah akak blog tu buat untuk kiter =D

    ReplyDelete
  5. Tak mampu nak hadiahkan sebijik lappy untuk nanie..terima kasih sudi terima.Moga dapat terubat rasa sedih nanie tu..Insyaallah,ade rezeki adelah untuk nanie tu akan datang..Put smile on your face ^__^

    Thanks Nanie

    ReplyDelete
  6. untunglah kannn....wahhhh..jelez...

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork