Thursday, May 17, 2012

Kena Badi Mayat?

As Salam semua

Hari ni satu badan aku berpeluh sejuk. Semua benda aku buat serba tak kena. Pegang itu salah, pegang ini salah. Semua serba serbi tak betah. Apa sebab pun aku tak pasti. Yang penting, dekat tempat air-cond pun aku  berpeluh-peluh. Jantung berdebar-debar. 

Dalam hati, aku rasa semacam. Ni semua gara-gara tengah malam tadi. Salah sorang kawan BBM aku post status "Bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit. Kaki dan tangan mangsa putus!"  beserta satu gambar kemalangan ngeri yang berlaku kat Jalan Loke Yew yang mana kawan aku ada kat tempat kejadia. Masa tu aku tengah baring-baring dah ready untuk tidur. Tangan aku ni pulak tiba-tiba gatal, pegi zoom gambar tu. Tup-tup tanpa aku sedar rupanya ada lagi gambar mayat seorang perempuan cina yang masih tersepit dekat seat driver. Time tu, aku macam terkejut jugak lah. Terus malamnya, aku tak boleh tidur! 

Bangun pagi, badan rasa lain macam. Peluh sejuk tak berhenti keluar ni... buat apa semua serba tak kena. Rasa stress ada, rasa tak betul sikit pun ada. Aku bagitau kawan aku yang post gambar tu. Dia cakap, entah-entah aku ni jenis lemah semangat. Terkejut tengok gambar malam tadi kot. Orang lemah semangat memang tak boleh tengok mayat, nanti kena badi! Tuddddddddddiaaaaaa! Kecut perut aku dengar. 

Salah sorang kawan aku pulak, nasihatkan aku untuk baca selawat, baca ayat Kursi dan 3 Qul. Alhamdulillah, lepas aku buat ni rasa kurang sikit perasaan tak tentu hala tu. Harapnya berkesanlah dan moga-moga takde benda tak elok jadi pada aku! Aduhai, lepas ni aku kena beringat sendiri lah. Kalau ada benda tak elok, jangan tengok dah! Takut lemah semangat..... 



p/s: tak nak lagi kena bukan-bukan macam aku first year dulu!

10 comments:

  1. jangan risau,kak nanie...insya-Allah,nanti okey la tu....ikut nasihat kawan kak nanie tu..

    ReplyDelete
  2. muja pernah tak makan dengan betul 3 hari leps tngok mayat,,, padahal mayat tu sempurna je,,

    ReplyDelete
  3. hope kamu tak de pape la.. jangan la sampai terbayang2 semua..

    ReplyDelete
  4. kena kuatkan hati ye.. mmg normal menda camtu boleh buatkan kita trauma

    ReplyDelete
  5. gambar ngeri ke??
    kalau akak la,gambar tu ngeri memang terbayang2 jugak..sampai tak boleh tidur

    ReplyDelete
  6. hihihi... lenkali jgn tengok dah taw.. :)

    ReplyDelete
  7. Moga takde apa yang buruk berlaku..kuatkan semangat dan amalkan selawat,bacaan ayat kursi dan 3 Qul tu ye.InsyaAllah akan kembali OK.

    ReplyDelete
  8. insyaALLAH...mudah mudahan adik sorang nih xde pape...akak doakan awk sht...after this,kalo ada excident tak pyh tgk la..memg tkut terkena badi...mcm akak kalo ade excident,suami memg tak bg tgk...die tau akak nih memg jnis lemah smgt...

    ReplyDelete
  9. badi mayat dalam telefon xsekronik mati mayat yang kita tengok depan mata. kalau yang tengok depan mata, siap kena pegi jumpa ustaz suruh buang balik. macam macam kan. :)

    ReplyDelete
  10. Saya memang tak boleh tengok. Kalau boleh, elakkan. Takut tak tido malam.
    Keep baca ayat Qursi. InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork