Sunday, June 17, 2012

Give & Take Dalam Persahabatan

As Salam semua

Kalau di tanya kepada mana sahaja umat manusia, tentunya mereka inginkan yang terbaik dalam hidup. Tak kisahlah dari apa segi sekalipun. Baik perhubungan, persahabatan dan segalanya. Dalam hidup aku, aku sentiasa ingatkan diri aku untuk cuba memberi yang terbaik kepada insan-insan disekeliling aku. Aku sentiasa meletakkan mereka di tangga teratas dalam hidup sebab aku yakin mereka adalah insan yang boleh aku bergantung harap, boleh aku sandarkan bahu ketika menangis. Yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar luahan hati satu hari kelak. 

Walaupun aku sentiasa cuba memberi mereka yang terbaik, tapi kadang-kadang balasan yang diterima tak setimpal dan tak seperti apa yang aku jangkakan. Iyer, aku ikhlas dalam berkawan. Bukan mengharap balasan wang ringgit apatah lagi intan permata. Aku cuma mengharapkan balasan yang sama seperti apa yang pernah aku beri pada kau dulu.

Sebagai kawan, kau juga perlu ada sifat give and take. Memberi dan menerima. Jika semasa kau menangis, aku lah insan yang mengelap air mata kau, salahkah sekiranya jika sekarang ni aku yang menangis kau buat seperti itu juga? Kenapa perlu wujud sifat selfish dalam diri?  Bila aku bercerita, kenapa kau sibuk melayan insan lain? Bermain telefon bimbit dan bermesra dengan insan yang melarikan diri bila air mata kau gugur satu ketika dulu. Di saat kau tak tentu hala, mana insan-insan itu? Semuanya lari. Yang tinggal adalah aku. Setia disisi. 



Sungguh, aku sangat berkecil hati bila mana moment kesedihan aku yang patut didengar dan diberi perhatian oleh kau, tapi kau langsung tak ambil endah. Kau dengar macam nak tak nak. Sekejap-sekejap kau balas BBM, sekejap-sekejap ada orang call dan pelbagai lagi alasan dan gangguan. Stress betul aku dibuatnya.  Sudahlah perasaan ketika itu berkecamuk, kau makin lagi menambah bukan mengurangkan. Masa kau menangis dulu, tahu pulak kau mintak aku beri perhatian pada kau, kenapa sekarang kau tak buat benda yang sama pada aku? Kau tak rasa ke diri kau sangat-sangat pentingkan diri?

Alahai kawan....

Banyak ragamnya. Aku cuma berharap kau sedarlah bahawa setiap manusia perlukan perhatian. Aku pilih kau untuk meluah rasa sebab aku fikir kau lah insan terbaik yang boleh aku kongsikan isi hati, malangnya... kau tak punya waktu lagi untuk aku. Sabarlah duhai hati...kini terbukti, aku hanyalah kawan pada kau di saat kesedihan sahaja. Bak kata orang, habis madu sepah di buang. 

Walau macam mana pun, aku rasa kau tak payah bimbang. Sebab aku tetap ikhlas menerima kau seadanya. Biarlah diri aku sebagai batu hamparan buat kau melempias perasaan. Batu yang kaku dan tak punya perasaan, asalkan kau bahagia itu sudah cukup. Aku? Takpe, nangis sorang-sorang aje lah! 



p/s: buat-buat happy je sekarang ni...





5 comments:

  1. kawan ketika gembira ramai, tapi ketika berduka berapa kerat je. Kalau ada kawan ketika berduka nasib kalau xde tu memang kesian laa.. so kita nilai2 laa kawan2 kita..
    :)

    ReplyDelete
  2. betul tuuu...manusia macam2 ragam...rambut sama hitam hati lain-lain...fi pernah sekali sampai belajar menurun akibat kawan :(

    ReplyDelete
  3. takpe , teruskan buat baek , kerana balasan yang sebenarnyehanya dari tuhan :) chill sis :D

    ReplyDelete
  4. kawan time senang bersepah je../nk ade bile time susah tu boleh kire..

    ReplyDelete
  5. nak dapat sahabat susah senang sama sama, 1 saje dalam seribu tu.. nak jumpa yang memainkan peranan give and take tu pun, susahnya nak jumpa. apa pun, jangan lari dari keihlasan. biar orang buat kita, jangan kita buat orang , kan kak ;)

    Smileeeeee ^_^

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork