Monday, June 18, 2012

Mood Holiday : ON!

As Salam semua

Tiga bulan yang akan datang memang sangat mengujakan aku. Excited yang tiada tandingan. Cuti semester dah mula lah! Dalam kepala aku ni dah berderet jugak beberapa perancangan diri sendiri untuk mengisi masa lapang. Kalau dibiar kosong, macam rugilah sangat. Baik buat benda yang menarik kan.


1. BELAJAR MENJAHIT


Aku sangat impress dengan wanita yang terer menjahit apatah lagi dapat menyiapkan sepersalinan baju kurung. Bonus kalau pandai jahit sulam ke, tulang belut ke tak pun mata lalat ke, atau apa je lah jenis jahitan. Di mata aku, wanita yang pandai menjahit itu sungguh terserlah sifat keibuannya. Lagi-lagi pulak aku ni antara peminat baju kurung, jadi nanti kalau dah pandai jahit dan boleh jimatkan kos. Beli aja kain ela, terus boleh jahit sendiri. Lagi pulak sekarang ni, kos upah menjahit mak datuk mahalnya. Sepasang baju cecah RM40-RM 50 sepasang kan! Eh, tak lama lagi raya kan...boleh melaram dengan baju kurung hasil tangan sendiri.


2. BELAJAR MEMASAK


Apalah nilai seorang wanita kalau tidak tahu memasak. Aku di kira beruntung sebab mak aku memang handal di dapur. Kau sebut aje nak makan apa, pasti hasilnya mengenyangkan perut dengan sesedap-sedap alam. Jadi tak kan nak biarkan aje masterchef keluarga aku ni. Wajiblah aku menuntut kat dia barang satu dua juadah masakan. Mana tau boleh pikat bakal suami. Tak ke dia bangga dapat bini pandai masak macam aku. Baru boleh demand hantaran tinggi sikit.


3. BELAJAR BUAT KEK@DESSERT


Setiap kali aku tengok Masterchef atau apa jua rancangan masakan, perut aku mesti berkeroncong tatkala mereka menghidangkan juadah berbentuk pemanis mulut. Apatah lagi kalau kek-kek yang maha comel dan cantik belaka tu. Aduhai, jelas terasa di bibir kemanisan juadah sebegini. Tapi yang aku pasti untuk belajar buat kek dan dessert ni memerlukan kesabaran yang bukan main calangnya. You must have the passion. Kalau setakat bakar seketul dua dan hangus terus give up, baik kau lupakan hasrat murni kau tu!


4. MELAWAT SEKOLAH LAMA


Bila kita dah jejak kaki kat universiti, masa yang sangat kita rindui adalah zaman persekolahan kita. Zaman sekolah memang lain macam kan feeling dia. Walaupun kita tahu, bila kita balik kat sekolah lama kita bakal berjumpa dengan cikgu yang pernah rotan kita, baling buku kita kat luar kelas tak pun jumpa dengan cikgu yang pernah kita buat salah diam-diam dulu, tapi the moment when learning is going around is such an awesome feeling. You can't deny it! Bila kau balik jejak kaki ke sekolah lama, kau akan lihat betapa masa berlalu sangat pantas. Kau akan tengok keletah budak-budak kecik yang satu masa dulu kau pun sama macam mereka. Tak heran badan melekit, asalkan dapat pusing satu sekolah. Tak kisahlah kasut hitam legam asalkan dapat main keliling padang dan ketika itu kau juga akan melihat cikgu kau yang sama masih gigih mendidik anak bangsa dan salah seorang darinya adalah diri kau sendiri! Betapa mulia dan setia seorang manusia bergelar guru!


5. JUMPA KAWAN & REUNION




Bila cuti semester macam ni lah baru kau dapat gather dengan kawan-kawan kau. Kalau hari lain tu bukan tak  boleh, tapi banyak cabaran dan halangan. Maklumlah masing-masing dengan urusan tersendiri. Kadang-kadang walaupun kau satu kampus, belum tentu kau dapat bertemu dan berborak panjang. Biasanya ni memang aktiviti favourite aku. Cuti pendek pun, kalau ada kesempatan dan peluang untuk jumpa kawan lama memang akan aku buat. Aku suka sebab dengan cara ni kita tak akan lost contact. Kalau setakat nak keep in touch hanya dalam FB, rasa macam rugi pulak. Kenapa tak kita buat secara live. Baru boleh gelak happening. Baru boleh mengembalikan nostalgia satu masa dulu kan?


Sebenarnya masa cuti ni banyak benda boleh buat. Asalkan kau nak buat atau tak je. Yang paling penting jangan buat benda bukan-bukan sudah. Spend masa dengan family masa cuti ni pun seronok. Macam aku, of course lah aku tak akan pergi travel ke apa, sebab masa ni lah nak jaga mak dengan ayah aku. Selalu asyik duduk jauh je kan. Ni lah masa nak manja-manja! Happy holiday semua....




11 comments:

  1. belajar memasak..yey same lah kite hihi
    dah tiba masanya

    ReplyDelete
  2. wahh aktiviti yg sangat comel.. like like like ;)

    ReplyDelete
  3. belajar memasak. itu paling utama.. skrg nie pun memang giler2 nk belajr.. balik rumah je mst nak buat sesuatu..

    ReplyDelete
  4. fi pun fi rasa cuti nnti kena belajar memasaklaaa..sebab nanti kena duk umah sewa..adoii..reunion ngan kawan pun bes gak..rindu kawan2 lama kan :3

    ReplyDelete
  5. nnti boleh tempat baju kat sini. cewah. saya suka memasak!! hehe :D

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan. Jom jd jiran dalam dunia blogger. Harap awk sudi jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


    http://apelak.blogspot.com/2012/06/misi-blogwalking-nak-dapat-ramai-jiran.html

    ReplyDelete
  7. Oh nak cuti sem dah ye..mesti penuh jadual nanie ni..banyak aktiviti ni..harap harap dapat buat semuanya..chaiyuk2

    ReplyDelete
  8. kalau memasak i ok sikit dr menjahit..langsung x reti.

    ReplyDelete
  9. belajar buat kek tu sgt ohsem! suke buat kek :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork