Wednesday, June 20, 2012

Peneram

As Salam semua

Petang-petang macam ni, bila ada kat rumah macam-macam pulak yang tekak mintak kan. Mengidam itu ini. Mengada-ngada betul tembolok aku ni. Kalau kat KL tu baik je pulak dia. Tala je biskut Jacobs dengan Twister Apple. Sedap tau. Laju je masuk perut! Balik Kluang, ada je yang terlintas dalam kepala nak makan macam-macam.

Pagi tadi punya breakfast, mak buat roti sardin celup telur ada lagi lebih. Bedal aja lah. Kang nanti kalau dibiar sampai ke malam, jawapannya ke tong sampah. Boleh je lah layan sambil minum kopi dan tengok tv. Belek-belek handphone, tengok-tengok gallery jumpa gambar kuih ni. Aduhai sedapnya kuih ni. Dahlah murah, sedap pulak tu! Kuih Peneram. Kenal tak korang?


Kuih peneram @ kuih deram @ kuih telinga keling ni memang dah lama aku tau. Sebelum ni, kuih peneram ni yang aku jumpa kat Johor, bentuk dia macam nombor lapan. Rasa dia pulak aku tak berapa suka. Macam kuih apam sikit rasanya. Bila aku tak suka, so nampak kat pasar malam Pantai Dalam tu aku buat tak layan je lah kan. 

Rupanya aku silap. Kuih peneram KL lain macam sedap dia. Bentuk dia kecik comel dan rasa dia pulak rangup dan manis sangat. Makan pulak masa dia betul-betul panas lepas angkat dari kuali. Krak-kruk-krak-kruk bunyi dia! Yaya, kawan baik aku tu mula-mula belanja. 10 biji seringgit je. Terus aku jatuh cinta sampai sekarang. Kat Kluang ni, tak perasan pulak ada ke tak kuih peneram comel dan murah macam ni. Sebab aku jarang pergi pasar malam sini. Heheheheh....




18 comments:

  1. MM tak berapa suka kuih manis2.. Tapi kadang2 klu kena time, elok plak mentekadarah tak hengat.. Hehe.. =)

    ReplyDelete
  2. dulu tak suka sangat. tapi, dah lama-lama dah addicted!

    ReplyDelete
  3. suka kueh ni.. sedap ! selalu beli kat pasar malam dekat ngan umah je.. sebijik 10sen kot

    ReplyDelete
  4. lau kat pasar mlm or pasar tani area kg kat kedah tu mmg bercambah org jual..panas2x mkn mmg perhhh terangkat u...mak mentua lalu pun xsodar....haha

    ReplyDelete
  5. lau kat pasar mlm or pasar tani area kg kat kedah tu mmg bercambah org jual..panas2x mkn mmg perhhh terangkat u...mak mentua lalu pun xsodar....haha

    ReplyDelete
  6. @mizmieza: kuih manis sangat pun kita tak suka sgt, sedang2 ok lah!

    ReplyDelete
  7. @syazana: hamboi sampai addicted ni!

    ReplyDelete
  8. @pencinta pink: boleh belanja kita nanti!!

    ReplyDelete
  9. @biskut chipsmore: sedap dan murah kan!

    ReplyDelete
  10. Ohh kuih telinga keling, kuih wajib beli kalau pegi pasar malam :D

    ReplyDelete
  11. kuih ni sedap sangat-sangat. fevret ! hihi

    ReplyDelete
  12. serious tak tahu nama kuih ni.ni nama real kuih ni ye.yang tahu namanya kuih telinga keling..hehehe..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ....mama dtg lawat balik yer n done follow...:)

    ReplyDelete
  14. Salam kenal dik.
    Sedap...sis selalu beli kat pasar malam.

    ReplyDelete
  15. sy suka kuih ni...kat perlis sedap tapi kt jb ni,tak jumpa lagi yang sama sedap ngan kat perlis..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork