Thursday, June 21, 2012

Yang Sini Sayang, Sana Pun Dia Sayang

As Salam semua

Menjadi seorang lelaki, salah satu tanggungjawab yang dipikul tak kiralah hari ni mahupun hari mendatang adalah tanggungjawab dalam membuat keputusan.  Faktanya, setiap keputusan itu punya risiko tersendiri. Ada baik, ada buruk. Itu yang merunsingkan. Ditambah pula jika si lelaki memang lemah skill untuk membuat keputusan. Maklumlah, manusia kan. Aku sendiri kadang-kadang haru biru apabila disuruh buat keputusan. Lebih-lebih lagi kalau keputusan tu melibatkan masa depan. 


Bila salah seorang kawan lelaki aku mintak pendapat aku mengenai reason yang sesuai untuk dia lepaskan salah satu pilihan hati, aku jadi buntu. Perasaan simpati menyelubungi diri aku. Yang kiri dia sayang, yang kanan pun dia sayang. Dua-dua kalau boleh dia mahu jadikan suri dalam hatinya. Keduanya menambat hati, dan keduanya terbukti antara yang terbaik. Namun, mana mungkin dua hati dapat dikasihi seadilnya?

Aku nasihatkan dia untuk mengikut pilihan emak. Memang dah terbuktikan pilihan emak sememangnya pilihan terbaik. Walaupun kita tahu, emak juga manusia. Kadang-kadang melakukan kesilapan. Tapi, emak mana yang tak mahu melihat anaknya bahagia. Tentulah pilihan emak adalah pilihan yang membawa ke syurga. Namun, hati yang ditinggalkan perlu dijaga. 


Aku bagi cadangan pada dia supaya jangan putuskan sillaturahim antara dia dan yang tak terpilih tu. Jadikan hubungan sebagai seorang kawan. Yes, memang aku seratus peratus pasti alasan tu akan meremukkan hati  perempuan tersebut. Tapi percayalah cakap aku. Perempuan akan rasional melalui masa. Hari demi hari, Insya-Allah dia akan sedar bahawa tak semua benda yang diharapkan menjadi kenyataan.

Perempuan memang akan menangis jika orang yang disayang memilih orang lain sebagai pilihan hati tapi perempuan lebih rela menangis mendengar penjelasan daripada menangis sebab cinta yang penuh kepura-puraan. Kiranya, lelaki kena gentleman. Berterus teranglah walaupun pahit. Jangan simpan-simpan. Sini kata sayang, sana pun kata sayang. Kaum perempuan sedar, hidup memang penuh dengan pilihan. Dan mungkin pilihan si lelaki itu adalah yang terbaik buat dirinya. Redha sahaja! 

Last sekali nasihat aku pada kawan lelaki aku tadi, aku nasihatkan dia untuk buat solat istikharah. Walaupun, emak dah buat pilihan, macam aku kata tadi... emak juga manusia. Adakala khilaf dalam membuat penilaian dan pentafsiran. Kawan lelaki aku rasa dia tak layak. Sebab katanya dulu dia jahat. Solat pun lompong sana sini. Tak kan Allah nak bantu dia dalam buat keputusan. Aku ingatkan dia satu perkara. Soal jodoh ni rahsia Allah. Manusia tak dapat meneka. Mungkin Allah beri dia pilihan jodoh sebab Allah nak dia balik pada-Nya. Benda yang baik, mana mungkin Allah susahkan. Pasti Dia bagi jalan. Cuma kita ni lah hamba-Nya... kena beringat. Kena bertawakal! 





p/s: sometimes, the best way to stay close with someone you love is by being JUST A FRIEND.



Categories , , ,

25 doakan aku jadi lawyer:

Syarafi[skyforce331] on June 21, 2012 at 5:58 PM said...[Reply to comment]

woah!!!..kalau kena dekat fi ni memang buntu gila arh :O

cik najihah on June 21, 2012 at 6:17 PM said...[Reply to comment]

kalau sy mesti dilemma..dilemma di lemma..

~~faizatul akma~~ on June 21, 2012 at 6:23 PM said...[Reply to comment]

sedihnye la kalau jd yg kene tinggal tu..mmg redha tp still sedih..huhu~

mira maisara on June 21, 2012 at 6:54 PM said...[Reply to comment]

tu hal yang besar..moga die dpt pilih yg tepat.. mesti tension kan?

nurdani on June 21, 2012 at 8:03 PM said...[Reply to comment]

dilema. dah macam disana menanti disini menunggu pulak.hehe.

semoga dia mendapat petunjuknya

fiQRa on June 21, 2012 at 8:18 PM said...[Reply to comment]

1 jer, setiap keputusan yg sudah kita buat. itu adalah takdir yg Allah catit sejak kita belum lahir lagi. matang lah dalam mencari cinta kerana Allah.

mas setuju sangat dengan entry akak ni. apa pun, back to Allah. and Allah knows, kan kak nani ;)

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:23 PM said...[Reply to comment]

@syarafi: akak yang tak kena pun dah buntu, apatah lagi yang memang kena kan.. kesian sangat!

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:24 PM said...[Reply to comment]

@cik najihah: di persimpangan dilema lah gitu!

Yana Libra on June 21, 2012 at 8:28 PM said...[Reply to comment]

adoi~~~ napela laki tu tamak sangat bercinta ngan 2 pmpn..huhu~

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:43 PM said...[Reply to comment]

@FAIZATUL AKMA: memang sedih kan... harapnya yang ditinggalkan tu kena tabah!

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:44 PM said...[Reply to comment]

@mira maisara: kesian sangat kat dia, sampai demam2 buat pilihan...

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:45 PM said...[Reply to comment]

@nurdani: eh tu tajuk lagu tu... tu lah harapnya Allah tenangkan hati dia dalam buat keputusan. memang bukan senang... soal jodoh kan

Innanie | Ariffin on June 21, 2012 at 8:45 PM said...[Reply to comment]

@fiqra: itulah akak nasihat dia, semuanya insya-Allah Allah bagi jalan. benda baik kan...

Rara Nasiha on June 21, 2012 at 9:52 PM said...[Reply to comment]

ya, kadang-kadang manusia memang tak terlepas dari buat silap. langkah terbaik, mintak pendapat Allah :)

Nurmujahidah Ismail on June 21, 2012 at 10:04 PM said...[Reply to comment]

ada hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi

shera haifa on June 22, 2012 at 12:04 AM said...[Reply to comment]

moga shbat lelaki awk dapat membuat keputusan yang terbaik untuk hidupnye..

Syazwan Che Deraman on June 22, 2012 at 7:53 AM said...[Reply to comment]

susah buat keputusan macam tu.

dah berapa lama hubungan kawan Innanie dengan yang tak terpilih tu?

Lizzie Yasmin on June 22, 2012 at 9:14 AM said...[Reply to comment]

Suka beno aku n3 ko nie. Ada kene batang idung sendiri jugak. TQ.

man on June 22, 2012 at 9:15 AM said...[Reply to comment]

lagi kelu berkata-kata andai perlu buat keputusan segera..

Innanie | Ariffin on June 22, 2012 at 10:58 AM said...[Reply to comment]

@rara Nasiha: insya-Allah pendapat Allah yang terbaik kan?

Innanie | Ariffin on June 22, 2012 at 10:58 AM said...[Reply to comment]

@muja: insya-Allah. kita doakan yang baik-baik untuk mereka. moga kita juga diberi manfaat kan...

Innanie | Ariffin on June 22, 2012 at 11:04 AM said...[Reply to comment]

@Shera haifa: insya-Allah. harapnya macam tu lah kan

are_lin@yu on June 22, 2012 at 11:11 AM said...[Reply to comment]

moga kawan dar mendapat pilihan yang sesuai dan mendapat petunjuk jodohnya ;-)..ayu follow sini ;-)

gamepoint amd on June 22, 2012 at 12:15 PM said...[Reply to comment]

pilih la yg pandai buat teh yg plg sedap.

Athyraa Lee on June 23, 2012 at 2:00 PM said...[Reply to comment]

The best entry ever sister : )

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!