Thursday, July 5, 2012

Muka Cantik Kau Tu Tak Guna!

As Salam semua

Wohoi. Lama sungguh tak update blog. Ingatkan balik rumah, mood menulis entry mencanak naik, rupa-rupanya. Dum dum dum....jatuh merundum! Idea ada, tapi tahap kemalasan melampau-lampau. Ye lah, tak kan balik rumah asyik nak memerap dalam bilik je kan. Haruslah bermesra-mesra dengan jiran tetangga. Lagi-lagi makcik yang punya anak bujang kacak. Ehem, tumpang lalu mak. Eh, salah. Makcik! Kehkehkeh. Actually, tak lah gitu. Aku busy jugaklah. Sebelum pergi event GetUp Kluang tu, aku ada satu interview kat KL. Jadi uruskan all the materials for interview. Doakan ye interview berjaya! Lepas tu, uruskan urusan family pulak. Turun naik JB. Tu yang memang tak menyempat nak update blog. Ada yang rindu tak? Heheheh. Kalau ada, Alhamdulillah. 

Tadi, aku ke JB. Ke Menara Tabung Haji di Jalan Ayer Molek. Ada urusan keluarga sikit kat sana. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Mula-mula plan nak naik bas je. Malas nak drive sebab nak pergi sorang kan. Cuak gila rasa. Tak pernah pun pergi JB naik bas sorang-sorang. Entah macam mana, malam tadi ada kawan aku tiba-tiba call aku dan baik hati nak hantarkan aku. Alhamdulillah. Syukur ada kawan yang tahu susah senang aku. Thanks awak. 


Sampai kat sana, hujan lebat sangat-sangat. Sementara menunggu giliran tu, aku memang perasan ada seorang pegawai kat situ cantik sangat. Super duper cantik lah. Muka macam arab sikit. Aku tengok sekali, tak cukup. Kena tengok 2 kali. Lawa punya pasal kan. Sambil melayan instagram, aku sabar tunggu giliran. Datanglah seorang pakcik tua dalam lingkungan 65 tahun. Dah uzur dah. Kurus je. Sambil basah sikit-sikit kena hujan. Pakcik tu berurusan dengan akak cantik tadi tu. Lepas brief pakcik tu dalam 2-3 minit, akak tu suruh pakcik tu isi borang semua. Pakcik tu diam je, angguk tidak. Geleng pun tidak. Takde cakap apa pun. Dia terus ke satu sudut sambil belek-belek kertas tadi. Tak lama lepas tu, dia ke kaunter semula. Panggil akak cantik tu dan serahkan borang. 

Tak memasal....

Akak Cantik: Pakcik, pakcik tak reti baca ke? Tak tahu ke macam mana nak isi borang? Semua kosong je! *suara menengking habis sambil mata terjengil keluar. Macam monster! Terkejut aku.
Pakcik Tua: Tak nampak lah nak. Tulisan kecik sangat. 
Akak Cantik: Kalau tak isi betul-betul, macam mana saya nak proses. Pakcik isilah macam mana cara pun. *Sambil hempas kertas tu. Lepas tu dia blah. Orang ramai semua pandang semacam dekat akak tu. 
Pakcik Tua: Ambil balik kertas tadi, tengok kiri kanan. Kesiannya dia!

Eh perempuan ni!!! Ini sudah lebih! Aku geram.Telinga aku berasap je dengar suara tengking nyaring-nyaring ni. Cilakak akak ni! Saje cari pasal. Aku pergi kat pakcik tu. Dalam hati dah merancang-rancang nak sound direct je kat pompuan cantek tapi biadap tu. Kurang adab betul layan customer macam tu. Itu satu hal, pakcik tua pulak tu. Haish, mana budi bahasa kau woi! 

Aku bawak pakcik tu pergi kat meja yang ada. Aku tolong isikan mana yang aku tau. Orang tua kan, memanglah macam tu. Mata tak nampak. Tulisan kat borang kan memang cenonet. Lepas tu, kadang-kadang manalah orang tua tahu sangat nak isi borang. Salah ke kalau kau tunjuk kan pakcik tu. Tak payah nak tengking-tengking. Tak pun, mintak pakcik tu cakap. Kau tulis! Susah sangat ke. Lepas aku dah isi form pakcik tu semua, aku pun bagitau kat kerani depan untuk panggil "Akak Chantek" tu tadi. Dia datang, muka ketat giler. Than aku serahkan borang tu kat dia. 

Aku: Kak, ni borang pakcik tua yang akak tengking-tengking tu tadi. 
Akak Cantek: Awak ni sapa? Anak dia?
Aku: Saya bukan sapa-sapa. Bukan keluarga pakcik tu, bukan pegawai pun dekat sini. Orang biasa, tapi saya tau lah cara macam mana nak cakap elok-elok dengan orang. Lagi-lagi orang tua. 
Akak Cantek: Pandang aku macam nak makan orang! Terima kasihlah. 
Aku: Sama-sama. Kak, lain kali sebelum tengking orang, cuba bayangkan kalau orang tu ahli keluarga akak. Orang buat macam tu. Apa ek akak rasa? Tak elok kak, tengking orang tua. Kalau ye pun PMS, jaga adab. Jaga budi bahasa. Tak guna muka cantik, tapi biadap kak. 
*sambil aku tinggalkan dia dengan beribu soalan. Duduk balik sebelah pakcik tua tu sementara tunggu pegawai yang in-charge aku keluar. 


Hamek kau! Kena berdas-das dengan aku. Aku takde niat pun nak biadap dengan dia. Aku cakap baik-baik je, cuma macam biasalah pedas gila kan. Aku memang tak puas hati betul kalau ada orang yang berurusan dengan hal ehwal pelanggan atau orang ramai ni tapi budi bahasa out. Memang aku rasa nak maki je. Bukan apa, dah tau dah bidang tugas kau melibatkan orang ramai, yang banyak ragam banyak perangai, kau cubalah tonjolkan perilaku yang baik. Memang mood orang ada turun naik, tapi agak-agak lah. Be professional. Awak berkhidmat. Awak dibayar gaji. Salah ke kalau cakap elok-elok. Lagi-lagi dengan orang tua. Kau cuba lah faham sikit keadaan orang-orang tua. Kau tak ada mak ayah ke? Kau tak takut kalau mak ayah kau orang lain layan macam tu? Ingat sikit lah kakak! 



p/s: Kacak luar, kacak dalam juga! 







28 comments:

  1. setress gila jumpa frontliner yg xada adab. Xbelajar budi bahasa. rasa nak maki pun ada. dah dibayar tu buatlah kerja elok2. huhh.

    ReplyDelete
  2. amek kau. kene setepek. tak guna kalau muka cantik tp perangai cam harem huhu

    ReplyDelete
  3. Eee! Geram gila! Kalau laa saya ada kat situ, memang sah2 pergi jumpa tuan besar tempat tu suruh pecat on the spot!

    ReplyDelete
  4. Salam Nanie,

    Syabas..biar kena sekali akak "CANTEK" tue, agaknye sblum nie x de sape berani tegur dia.

    Mila

    ReplyDelete
  5. Hishhhh! Memang patut Nanie bagi ayat pedas kat dia tuh.Eiii takde adat langsung,memang ramai yang jenis cam gini.Fikirkan pasal kerja dia je, tak de nilai yang elok.Wuhuuu~Panas jugak ni kalau jumpa orang camtu..Nanie ada interview apenya? Goodluck dear:) Semoga dipermudahkan segalanya :))

    ReplyDelete
  6. baca entry nie, terus teringat abah kat kampung....x pasal2 air mata meleleh.....

    kurang adab betul minah tue...

    naseb baik innanie tlg pakcik tue then dh bagi tazkirah kat die....

    ReplyDelete
  7. bagus sangat2 balas kat "akak cantik" macam tu. bagi dia sedar sikit. orang macam tu bukan boleh biar. kita kena tegur. kalau tak, naik minyak nanti

    ReplyDelete
  8. huh... menyirap geram bila baca ni! very rude! xde adab! kalau xle berkhidmat dlm bertemu pelanggan, berhenti kerja la. fuhh. salute to u kerana selamatkan air muka maruah pakcik tua itu. :D

    ReplyDelete
  9. tahniah dik!!!
    org2 mcm nih memg patut di ajar..hahaha

    ReplyDelete
  10. tacing la tgk muke pakcik tu.. tetibe teringat kat ayah kat kg.. eh pompuan tu nape xde perasaan kesian kat org tua ek? maybe mak ayah dia dh xde kot tu dia x pk pnjg men tengking je..ish..xleh terima la dia wt cmtu kt pkcik tu.. sebak je rase :-(

    ReplyDelete
  11. Wow! awesomelah. tak sangka pulak ada staff mcm tu. report je kat boss. tak pun buat aduan, inpolite dan x professional. setakat ni sy g tabung haji mana2 semua okey. alhamdulillah. maybe dia terasa dia terlalu cun

    ReplyDelete
  12. penah sekali tu kena tempik dgn nurse. taktahu bertanya tak pasal kena. manusiaa manusia

    ReplyDelete
  13. Akak ni nasib baiklah cantik dan berbudi bahasa! takde adab betul! cocok pusat pakai pensel baru tau!

    ReplyDelete
  14. perrrrggghhh.. terbaik la sound akak tu.. sis rasa itu teguran yg paling berhemah dan utk seorng perempuan cantik yang tidak beradab.

    sis pantang orng2 tak beradab ni!! haishshshs

    ReplyDelete
  15. Nice!
    Suka sangat cara Nani

    Perlu sedarkan dia sket

    Good job!

    ReplyDelete
  16. Tahniah nanie sebab menyedarkan kakak tak cantik adab tu.biar die fikir sikit dgn apa yang nanie ckp tu.siannya pakcik tu..xde perasaan ke kakak tak cantik adab tu..bile tgk orang yang kerja dgn org awam ni jrg menitik beratkan adab sopan..kan

    ReplyDelete
  17. biar cantik luar dan dalam.........=D

    ReplyDelete
  18. sdey pulak rasa bile muja jdi orang yang lambat komen,,, insya ALLAH dia berubah la tu nanti lepas kena sound dengan kak nanie,, hehe

    ReplyDelete
  19. Sedey nye akak bace entry ni bg pihak pakcik tu... Mesti pakcik menangis dlm hati bile kene marah tu...tp x mampu buat ape2...sedeynye...
    N bagusnye ade org macam Nanie.. :)

    ReplyDelete
  20. berdas pompuan tue dpt !! kuang ajau tol .... sblm mrh pcik tue tlg lh ingat ayah dia kat rumah. tah apa2. tahniah buat awk sbb berani ^^

    ReplyDelete
  21. Terbaek la dik... Mmg xsuker tul ngan org2 camnie.. Sebijik cam video viral yg tgh hot kat fb sekarang nie ehehe.. Tahniah buat adik semoga tuhan murahkan rezki adik Amin... :D..

    ReplyDelete
  22. lain kali, tumbok laju-laju terus je.

    ReplyDelete
  23. terbaik.biar die fikir sikit. cantek saja x guna jgk.

    ReplyDelete
  24. Hamek ngko pmpn berdas das dak nanie bg...hahaha

    ReplyDelete
  25. Respek abis ah kat u ni dear.. Tak ramai yang berani tampil bersuara macam u tau.. Syabas! ^_^
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork