Monday, September 3, 2012

Sepuluh Tolak Satu Bukan Sembilan, Tapi Sembilan Belas!

As Salam semua

Bulan baik hari baik ni, aku kalau bolehnya malahan dah pun seboleh-bolehnya untuk elak daripada menulis entry berbaur negatif. Yelah, kalau dah semua elok tak kan lah kita nak complain kan. Tapi, itulah bila tak ditegur, tak sedar yang diri buat kesalahan. Untuk entry ni, seluruh keluarga aku yang suruh aku publish. Kira dapat sokongan penuh untuk aku ketengahkan isu ni. 

Kau nampak kan title entry aku. Yes itu formula baru. Formula tu bukan aku yang cipta tapi Allah yang cipta. Allah dah janji dalam urusan bersedekah, harta kekayaan kita tidak akan berkurang tapi semakin bertambah. Kerana sedekah itu membiakkan harta, menyucikan jiwa dan memberi manfaat dan pahala yang berlipat ganda. 

Bulan Ramadhan dan Syawal ni paling sinonim dengan amalan bersedekah. Pahala dan fadhilat sedekah dalam kedua-dua bulan ini memang dilipat gandakan oleh Allah SWT kerana insan-insan yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan merupakan satu perbuatan mulia dan sangat disukai Allah. 

Namun, benarlah  firman Allah 

"Dan sesungguhnya dia(manusia) sangat berlebihan dalam kecintaannya terhadap harta." (Surah Al-'Adiyat ayat 8)


Disebabkan kecintaan yang melampau menyebabkan lahirnya sifat bakhil dan kedekut dalam hati seorang muslim sedangkan Allah telah meletakkan salah satu sifat seorang muslim bertaqwa adalah mereka yang bersedekah dan menginfaqkan rezeki di jalan Allah. 
“(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menginfaqkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al Baqarah: 3)

Iyer, wujud dikalangan kita insan yang tidak sedikit pun terbuka pintu hatinya untuk mengejar fadhilat bersedekah di bulan mulia ni. Mereka lebih mementingkan diri sendiri. Bukannya tidak mampu, malahan rezeki Allah kepadanya melebihi dan melimpah ruah. Bukan sekadar cukup untuk anak beranak makan, malahan tujuh keturunan pun belum tentu habis makan. Malangnya, ujian kekayaan telah membutakan hati mereka. Tidak terusik langsung sanubari mereka untuk menghulurkan rezeki dan menggembirakan hati insan lain. Sungguh sedih aku melihat perangai sebegini. Bukannya budak kecil yang masih boleh dilentur. Dah tua dah, berpendidikan tinggi, berjawatan besar, berkedudukan, tapi langsung tak reti menghulur. Mungkin dalam pandangan dia, kalau dia bersedekah maka luak dan sedikitlah kekayaan yang dia ada. Masya-Allah. Meh baca ni, ini Rasul yang kata


"Sedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, nescaya Allah menyayangi kalian." (Sabda Rasulullah) 

Aku tak tahu lah korang tahu atau tak, penah jugak aku dengar pepatah orang Melayu "Semakin kaya, semakin kedekut" Wal Nauzubillah. Aku mintak sangat supaya dijauhkan sejauh-jauhnya sifat macam ni. Sapa yang tak nak kaya kan, aku sendiri pun kalau nak cari laki cari yang kaya. Kaya memang boleh menyenangkan hidup, tapi sepatah kata bapak aku, "tak guna kau kaya tapi kau tak reti bersedekah! Harta kekayaan bukan dibawak mati." Tu lah pesan bapak aku kat aku dengan adik beradik aku. Sumpah, sampai mati pun aku akan ingat. 

Masa aku sekolah agama dulu, ustazah selalu pesan kat kiteorang. 

"Kalau kita dapat rezeki dari Allah, sebahagian daripada rezeki kita tu bukan kita punya. Tapi orang lain punya!"

Mula-mula aku macam blur jugak lah. Apa maksud ustazah aku ni. Kalau dah Allah bagi rezeki kat aku, tak kan aku nak bagi kat orang. Orang lain, carilah sendiri. Usaha sendiri. Senang-senang je nak mintak kat orang. Tapi, time by time... aku realize yang disitulah letaknya amal bernama sedekah! Amalan memberi kepada seseorang dan menggembirakan hatinya. Timbal balasnya, hanya Allah Maha Mengetahui. Kau bagi satu, sepuluh kau dapat balik. Sapa lagi untung, kaaaaau jugak!

Macam nak hadiahkan je sorang satu kat 'mereka' supaya terbukak hati
Takpelah, sama-samalah kita doakan insan-insan ini supaya mendapat hidayah Allah dan sedar fadhilat sedekah itu. Aku yang muda ni berpesan sebab aku sayang.Takpelah, rezeki itu datangnya dari cara berbeza! Tak dari mereka, mungkin dari orang lain. Tapi Insya-Allah ada dan masih ramai insan pemurah di dunia ini.




p/s: Cakap banyak pun tak guna, takpe Allah itu adil. Ini Entry dulu.

9 comments:

  1. nak ada hati yang suka memberi,,, insya ALLAH,,, kak fatin tujukan kat sape-sape or general je ni,, hehe

    ReplyDelete
  2. 10-1=19 ??

    jawapan sebenar 9..10 datang dari mana?
    perkiraan bangsa sankrit, 10 minus straget, xtra wiget. no no.. jadi 19..huhu hehehe

    ReplyDelete
  3. mengharapkan agar sy dihindari dr sifat bakhil...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/wedding-cik-siti-nh-cik-oden.html

    ReplyDelete
  4. @Nurmujahidah Ismail:akak tak tuju sapa2. buat kita semua moga ada kebaikan sebab saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  5. @Azriff Aziz: inilah formula dalam sedekah. Allah janji sapa yang sedekah, (tolak 1) tak kan jadi kurang (9) tapi jadi banyak (19)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork