Friday, August 31, 2012

Baby Biadap

As Salam semua

Semua orang suka pada budak-budak. Budak-budak kan comel, manja, keletahnya selalu mencuit hati, bijak dan segala macam benda baik ada pada budak-budak. Yelah, budak belum ada dosa. Mereka suci. Hati mereka ikhlas. Tak macam kita ni, orang dewasa. Sebab tu budak-budak ada tarikan mereka sendiri.


Tapi kena diingat, peranan mak ayah dalam mendidik anak-anak kecil sangat penting. Budak-budak ni masih belum punya akal. Yang dia tahu, imitate from others. Apa yang orang lain buat, dia pun akan buat. Apa yang orang lain cakap, dia dengar and then dia pun akan cakap exactly the same. That's why as a parents, we must show a positive behaviour in front of them. Especially in talks! 

Aku came up dengan entry sebegini sebab aku sedih dengan anak jiran belakang rumah aku. Usia budak kecik tu baru 2 tahun setengah tapi ayat yang keluar dari mulut dia. Masya-Allah!!! Dasyat! Gaduh dengan kakak dia keluar perkataan babi, sial, bu*oh semua. Yang lagi aku terkejut, budak tu berani keluar ayat macam tu depan mak dia. Depan orang lain pun dia sebut laju je maki orang. And you know what, his mother doing NOTHING!!! Takde pun nak marah ke, cubit ke,  apatah lagi nak cili bagai. Pelik aku dengan sikap mak dia yang membiarkan anak bertutur perkataan kasar dan biadap macam tu. 

Masa aku kecik dulu, bukan kata nak sebut babi ke sial, nak sebut bodoh pun dah kena kejar dengan mak siap bawak cili api kat tangan. Kena genyeh sedas dua kat bibir. Pedas woh. Bengkak bibir tiga hari tiga malam kalau kena tu. Memang tak berani. 

Maybe budak kecik tu tak tahu pun maksud perkataan tu. Tapi as a parents, you must take an action. Orang lain yang mendengar, melihat akan rasa yang anak kecil tu biadap dan jelaslah yang anda sebagai mak dan ayah gagal mendidik anak. Cuba jauhkan anak-anak tu daripada kawan-kawan yang bersikap kasar percakapannya. Setiap kali anda dengar mereka sebut perkataan tu, marah dengan serta merta supaya dia beringat dan tahu yang perkataan tu salah dan tak boleh diucapkan. Anda juga kena jaga percakapan anda di hadapan anak-anak. Jangan main sedap laju je sebut perkataan bukan-bukan. Sah-sahlah budak tu akan sebut balik perkataan anda tadi tu! 

Ingat ye, anak-anak adalah cerminan ibu bapa juga! 




p/s: geram dengan baby yang merangkak sambil pakai pampers, omey!! 










18 comments:

  1. Aduhh, sekarang budak kecik pun dah sebut benda tu.

    ReplyDelete
  2. kalau aku ada anak nanti aku tak kasi dia baca blog aku

    ReplyDelete
  3. macam mana la bila budak tu dah besar nanti.

    parents dia tak ambik kisah pun.
    aiyyooo.

    betul tu nanie, anak anak ni adalah cermian kepada ibu bapa.mesti orang tanya " anak sape la ni?"

    ReplyDelete
  4. @Syazwan Che Deraman:sebab tu as a parents, kena didik anak elok2 kan!

    ReplyDelete
  5. Nasib baik anak saya baik budi macam emaknya. Kehkeh!

    ReplyDelete
  6. saya pun geram betul dengan budak2 macam tu. anak jiran saya pun ada perangai macam tu. mak ayah tak buat apa-apa. sangat tension

    ReplyDelete
  7. tak nak anak muja jdi macam tu,, mintak simpang,, amiin

    ReplyDelete
  8. bahasa jiwa bangsa... ana pun selalu main lepas je cakap.. sib baik xde bini anak lagik.. time to change my language... lalallala

    ReplyDelete
  9. haaaa, kalau ade mcm tu kat anak2 kita nnt, cili2 mulut dia letak belacan siket. ha, baru dia rasa. hehe. btw, encik adam budi pekerti elok. hehe. :)

    ReplyDelete
  10. @bariah:Tulah bariah, budak-budak mana tahu maksudnya tapi orang tua lah kena main peranan. guide that kids kan!

    ReplyDelete
  11. @nurdani:memang kan dani, kita yang jadi tensen stress gila. mak ayah dia rileksss je! hish

    ReplyDelete
  12. @Nurmujahidah Ismail: jangan muja. budak2 ni kena dididik dan diasuh dengan betul!

    ReplyDelete
  13. @che'pi: kena hati-hati depan anak-anak. budak sekarang cepat tangkap!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork