Monday, August 13, 2012

Cinta Internet

As Salam semua

Eh, subuh-subuh ni mata mana boleh lelap. Tup tup datang idea. Jari pulak macam rajin je nak menaip. Apa salahnya kalau diteruskan.

Selama aku jadi emcee orang kahwin ni, aku suka tanya kat pengantin tu macam mana dorang kenal. Eleh-eleh sweetnya moment kenal dorang. Aku tanya bukan nak busy body ke apa, tapi ye lah dari situ mana tau boleh dapat idea nak mengusik dorang masa dorang bersanding nanti kan. Well, kebanyakan pengantin sekarang ni, semuanya berkenalan melalui internet. Kiranya, dari zaman MiRC hingga Myspace lagi dah buktikan yang internet memang medium penghubung terbaik kan sampai jodoh pun boleh jumpa dalam situ. 



Bercakap pasal cinta internet ni, sejauh mana korang percaya cinta jenis macam ni? Kalau nak kata tak percaya, dah terbukti depan mata ada yang jadi. Kalau nak percaya seratus peratus, ada jugak kes kena tipu. Jadi macam mana? Maklumlah, semua benda ada baik buruknya kan. 

Untuk aku,  cinta internet macam gambling lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sepatah kata kawan aku, jodoh tu ada di mana-mana. Tak kiralah bila waktunya, yang penting kita kena bersedia. Sama jugak macam internet. Mungkin tanpa kau sedari, orang yang admire kat kau secara senyap-senyap jadi stalker facebook kau setiap hari. Tak pun, kau dengan dia chatting setiap hari... tukar-tukar pendapat tanpa disangka rupanya wujud perasaan cinta. 

Tapi, berapa jauh kebolehtahanan dan kebolehpercayaan cinta internet ni? Betul ke semua benda yang dia cakap kat internet tu benar belaka? Ye lah, kita tak nampak facial expression dia, intonasi suara dia, body language dia, eye contact dia. Mana tahu kalau dia tipu kita? Entah-entah dia perogol bersiri. Tak pun, suami orang yang dah ada anak bini. 

Walau apa pun cara cinta kita, kalau dah jodoh tu tak kemana. Amalkan lah sikap hati-hati. Sebab tak semua orang punya hati budi ikhlas dan jujur. Sedangkan rambut tak sama warna, inikan pula hati manusia. Lagi-lagi kalau melibatkan kewangan, maruah, keselamatan dan keluarga. Jangan mudah percaya. 

Cinta bukanlah tiket untuk kita bagi semuanya. Kalau dah bertahun-tahun menyulam cinta internet, apa kata jumpa empat mata. Baru tahu dia macam mana, jujurnya dia pada kita. Tapi kalau setiap kali ajak jumpa banyak je alasan.... hati-hatilah ye. Nampak macam ada benda yang tak kena. Sebelum terkena, baik jaga-jaga! 


p/s: oh oh cinta... tak ku mengerti...



12 comments:

  1. internet dah jadi medium untuk mencari cinta.

    kebanyakanya, selepas mereka bertemu di internet, mereka akan ajak keluar sambil ditemani.

    banyak wan dengar cerita, msa first ajak keluar tu, ada yang kena menyamar, kot kot la tetibaa hti tak brkenan.

    ReplyDelete
  2. ada jugak cinta internet akhirnya ke jinjang pelamin..:)

    ReplyDelete
  3. Cinta Internet .... herm... sama je klu guna medium lain.klu jodoh tak kemana.. klu kena tipu pun... depan mata pun kena... tapi cinta internet ni best ... liku2 dia banyak sket... ruang utk tifu2 tu banyak...

    ReplyDelete
  4. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Kalau pertemuan ditakdirkan dari internet turun ke hati, terima jela seadanya.. Tapi selidiklah dulu itam putih orang tu sebelum amik keputusan untuk melangkah ke alam yang lebih serius.. =)

    ReplyDelete
  5. dah lama dah cinta internet..dari zaman MiRC lagi..time tu la cinta internet hangat :)

    ReplyDelete
  6. muja pernah jumpa orang yang kenal kat internet,, memang tak berknan langsung,, huh,, so,, putus,, hehe

    ReplyDelete
  7. kenalan dari intenet ni kekadang utk suka2 ja. dia sekadar mengisi kekosongan. . Tapi kita mesti tertunggu2 dia online. dia balas komen, dia tegur:P

    kalau laman sosial tu xda xdalah dia tu

    ReplyDelete
  8. Heee, betol jugak laa. Lau ade jodoh tak ke mane kn. Btw , my boyfiee skunk kenal pon dr FB . Dah 2 taon. Heppy smpai skunk. Hope smpai jinjang pelamin. Amin :)

    ReplyDelete
  9. jodoh pertemuan di tangan Tuhan...tak kisah macam mana dorg knl pun..apa yg pntg, ble kenal thru internet nih kne ati2 la...

    ReplyDelete
  10. x salah tapi kene sentiasa berhati2. sangat2 kene berjaga2 sebab kite x tau mcm mane orgnye

    ReplyDelete
  11. saya doakan awak jadi lawyer. doakan saya jugak erkk huhuhu. saya pun ada jugak pengalaman cinta internet ney dengan ex tunang

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork