Thursday, August 30, 2012

Kamera Mana Yang Super Bagus?

As Salam semua

Boleh tak hold dulu cerita pasal raya? Tau memang tengah mood raya, banyak cerita aku nak story ni but I do really need your opinion. Some suggestion and maybe your experience. Pergh, bunyi macam penting bebenor ni. Eh, memang pentinglah. Kata orang, kalau malu bertanya sesat jalan kan. Jadi, jangan malu-malu. Tanya je. 

Hajat di hati aku ni, konon-kononnya macam nak rembat satu kamera. Before this, aku memang dah ada dua kamera. Satu Sony dan satu lagi Olympus. Both compact digital kamera. Yang Sony tu, memang aku suka. The performances and dia punya lighting memang superb. Tapi malangnya, charger Sony tu dah hilang. Mana entah aku letak. Lupa. Yang Olympus pulak, memang aku bawak ke kampus. Selalu ada dengan aku, tapi yang tak syoknya image quality agak out lah. Kena sentiasa pakai flash. Kalau tak pakai flash, image jadi blur atau gelap. Dan kalau pakai flash, super terang sampai nampak semua takungan minyak. Tu yang malas nak candid pakai camera. Pakai henpon je lah jawapannya kan. Tapi camera henpon kan, mana boleh tandingi camera jugak.

The Pink Sweetheart
Kalau ikut pada nafsu serakah, memang macam nak amek je DSLR. Memandang pulak pada dompet. Oh tidak. Tak sanggup eden. Nantilah kecek-kecek kat skandal. Mana tahu ada yang bermurah hati kan. Kau tengok je lah Nikon N1 tu. Bikin cair hati je aku tengok. Dengan body sexy, colour mengancam, performance mesti the best kan. Alahai....jeling je dulu lah. 

Lepas tu tengok pulak compact digital camera. Oh, ini aku rambang mata. Semua aku suka. Masing-masing meronta-ronta menggoda aku. Tak henti-henti. Kena kuatkan iman sekukuhnya. Sambil-sambil tu, aku usha jugak entry-entry blogger berkenaan kamera yang mereka pakai. Rata-rata memiliki DSLR sendiri. Dalam ramai-ramai blogger, aku memang minat dengan gambar hasil tangan Cik Cicak dan Lelabah. Sangat-sangat awesome semua gambar dia. Ditambah pulak dengan orangnya yang memang ayu. So semua gambar nampak ayu je lah kan. Dalam entry ni, dia ada list out her favourite camera. So, at that point aku pun nak rembat sama macam camera dia jugak. Can you see how blogger influenced others! *haisssh. Geleng-geleng kepala*. Terus laju je, aku bukak Lazada. Sebab nak sneak peak range harga kan. Tapi, takde stock pulak jenis camera yang aku minat tu. Gigit jari lagi jawapannya lah...

Dah alang-alang tengok Lazada, usha terus lah kat situ kan. Hati tiba-tiba berkenan pulak dekat satu kamera from Samsung ni. Tengok rege pun macam mampu milik. Tapi tak pernah lagi guna Samsung brand for camera. The best features yang buat aku tertarik adalah camera ni dilengkapi WiFi. Weeehooo! Sounds sososososooooooooooooooooo awesome. Jarang ada camera yang siap Wifi kan. Senang lah lepas ni nak share gambar terus. Tapi tu lah, performance bagus ke tidak? No idea at all. Kalau boleh, aku nak dapat compact camera yang super bagus. Tak nak menyesal di kemudian hari. 




Jadi, boleh tak korang semua yang handal dalam bab ni bagi sedikit tips, nasihat dan cadangan. Share sikit, kamera apa korang pakai dan apa kelebihannya. Dan mungkin kalau ada yang pernah atau tahu kamera Samsung ni ok ke tak, jemputlah ye bagitau pengalaman korang. Another thing, Lazada punya service apa macam? Macam Zalora jugak ke? Share sekali pengalaman korang! Sangat memerlukan bantuan korang ni! Puhleaseeeeeeeeeeeee. Nanti aku belanja kuih raya sorang sebijik. ;) heheheehe! 



p/s: Bajet duit raya macam berkoyan je! Ceh!!!



22 comments:

  1. aku nak lumix model GF/GX tak ingat dah tp nikon pink tu amat mengancam!

    ReplyDelete
  2. aku nak lumix model GF/GX tak ingat dah tp nikon pink tu amat mengancam!

    ReplyDelete
  3. hukhukhuk..

    bab nie mmg kn tny yg pakar.. :) caiyok..

    ReplyDelete
  4. ambik dslr la,,yang standard version je.hehe cari canon, nikon mahal sikit.hehe

    ReplyDelete
  5. salam dik.ala..tak tau mane yg bagus.sis sblm nie guna lumix.gambar oklaa...mungkin sb sis yg tak pandai guna kot.hihihi~

    ReplyDelete
  6. miss z guna sony..mmgg cun kalau ambil gmbar..
    harga pun bleh than 400..
    kalau camera yg advance tu tak tahu pla huhuhu

    ReplyDelete
  7. huhuhu... sy tak pakar dlm hal kemera ni...

    kalau ada duit memang teringin nak satu kemera digital ni....

    ReplyDelete
  8. cadangan = guna canon digital ixus 8015.

    ciri = mempunyai titik fokus ker muka manusia
    =boleh ditukar function mengikut keadaan. Contohnya, bila menangkap gambar di dalam rumah tukar ke mood indoor. Function mood yg lain ialah kids n pet, sunset, foliage, snow, beach, fireworks (mood nih sangat bagus untuk gambar bunga api yg tgh bergerak uh),aquarium, underwater, night snapshot. Banyak kan?
    = button yg senang difahami.
    = boleh trimming, resize, red eye correction dan my colors (untuk menukar mood gambar selepas ditangkap. sama ada nak hitamkan kulit, cerahkan kulit dan banyak lagi.
    = 8 megapixels.

    keadaan gambar = kalau dengan lighting yang betul dan mood yg betul. kualiti gambar tuh boleh jadi mcm camera nikon.
    = boleh menutupi cela jerawat.(dari jauh paras dada.klu dekat plak nmpk segala benda kat muka uh. hatta peluh pun detail nampaknya)

    kekurangan = lepas tangkap gambar, klu kita zoom pada tahap yg paling maksimum imej akan jadi mcm pecah sikit.(zoom guna lappy)
    = ada lense error. itu klu kita x bukak lense dengan betul. so, masa on tu jari jgn letak kat depan lense.

    conclusion = saya telah mengunakan kamera jenis ini hampir 4 tahun dan amat berpuas hati dengan kualiti gambarnya walaupun tak sehebat nikon dan ada kekurangan.
    = harga masa mula2 beli dulu klu tak silap dekat rm800. tapi berbaloi.
    = kamera nih tahan lasak. pernah terjatuh dari tangan sebanyak 5 kali dan masih elok. cuma calar jer... biasalah bawak masuk hutan camera tuh.


    adakah usul diterima... sori weyh klu terkurang informasi... just bagitahu apa yang telah digodek oleh tuan punyer kamera...

    ReplyDelete
  9. aku bila kamera2 ni, mmg samsung.tu pekena yg warna itam tu macam solid

    ReplyDelete
  10. Nani, awak nak cadangan antara 3 camera ni je eh?
    Dari segi kualiti imej, memang Nikon 1 menang sebab sensor dia paling besar antara 3 camera ni.

    - Pernah dengar pasal Mirrorless Camera tak? Taukan yang DSLR punya quality imej cantik tapi saiz besar, sebab DSLR tu maksudnya dia ada satu mirror box yang besar untuk kita tengok bile nak shooting.

    - Mirrorless camera ni buang mirror box yang besar tu dan digantikan dengan electronic, so saiz dia kecik.

    -Antara mirrorless camera ni contohnya Nikon 1 ni la.

    -Dia panggil Nikon 1 sebab saiz sensor dia 1 inci, agak besarla. Rulenya lagi besar sensor lagi banyak cahaya boleh terkumpul, jadi gambar lagi cantik. Yang tentukan gambar cantik adalah saiz sensor dengan quality lens.

    - Nikon ni boleh tukar-tukar lens, jadi kalau kata minat nak dalami fotografi boleh invest lens yang lagi berkualiti.

    - Last sekali tgokla video ni http://www.youtube.com/watch?v=7CMdoE7BfRE

    ReplyDelete
  11. muja guna olympus yang kalis air,, nama hape ntah, hehe,,

    ReplyDelete
  12. @nani : semalam usha gak Lumix. bagus jugak dia punya features... hmmm boleh masuk dalam list most wanted ni!

    ReplyDelete
  13. @izfanora: hehehe tanya pakar kena charge tak. heheheh ;)

    ReplyDelete
  14. @azriff aziz: bukan tak nak amek dslr tapi size matter. dslr macam tak praktikal utk masuk dalam handbag. so nak amek yang compact tp kualiti bagus!

    ReplyDelete
  15. @kak maera: Lumix bagus ye, tak penah tgk lagi dorang beraksi. btw, tgk gambar akak semua clear and cantik!

    ReplyDelete
  16. @missz: sony memang superb selalu performance nya kan! ;)

    ReplyDelete
  17. @lula an-nada: pehhhh terbaik lah sugestion awak. siap ada kelemahan dan kelebihan. thank you so much for your support and comment. will consider it. nampak menarik jugak camera awak tu. gambar semua cantik!!! perlu difikirkan ni~

    ReplyDelete
  18. @gamepoint: so kau samsung user lah! terbaik lah... sampai aku tengok gambar kau pun night mare. hahaha~

    ReplyDelete
  19. @arham: fulamak, cameraman hebat awak ni. terima kasih tau bagi cadangan dan nasihat. banyak tips berguna tu. gambar awak kat blog semua cantik2 lah! suka tengok. clear je viewnya.... insya-Allah kalau ada rezeki, camera yang dicadangkan menjadi milik saya! doakan ye~

    ReplyDelete
  20. syg! mcm mana? dah jumpa camera yg nak beli? :DD

    ReplyDelete
  21. Nanie kalau pape nak tanya am boleh jawab sebaik mungkin, pasal Sony ke, Panasonic Lumix ke, Olympus ke, Fuji ke. Macam am sendiri pakai Fuji, model Fuji X100.

    ReplyDelete
  22. @sri: Sri masih mencari ni, kamera the best! heheheeh

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork