Tuesday, August 7, 2012

Kan Dah Kena Maki!

As Salam semua

Beberapa minggu lepas, kecoh dunia siber dengan budak perempuan duck face yang macam mintak penampar tu. At last bukan sekadar penampar yang dia dapat, dapat sekali makian dan cacian yang mak ai berbakul-bakul. Femes kau budak! 


Entah apa motif kau buat video bodoh macam tu pun aku tak tahu. Mungkin kau dapat kebahagiaan agaknya bila buat macam tu, padahal di mata orang lain nampak kau sangat-sangat vangang! Sian ko dik! Lain kali fikirlah banyak kali sebelum buat sesuatu. Jangan ikut suka hati je. 

Itu satu kes. Kes nombor dua pulak, tu haa group kat facebook yang kumpulkan gambar-gambar perempuan. Tak kiralah, yang bertudung ada, yang tak bertudung apatah lagi kan. Aku tengok satu-satu. Ada jugak yang aku kenal. Setiap komen aku baca. Uhhhhh.... macam-macam. Siap berfantasi bagai woi jantan-jantan keparat kat luar tu. Langsung tak malu!!! Cakap dia stim lah, nak onani lah, lemas lah, nak makan buah lah. Aduhai! Geli aku baca. Yang kesian tu lah, gambar perempuan tu... dapat dosa kering je. Nak salah dorang seratus peratus pun tak boleh jugak. Sapa suruh korang upload gambar dengan pose manja jelir lidah, lentok sana-sini, tayang bonjol itu, lurah ini, memang kena bahan lah wei!

Kan masing-masing semua dah marah-marah. Sengaja jolok sarang tebuan kan? 

Ni kes hari ni, pasal ada sorang budak kutuk negeri Sabah! Alamak, dik. Kalau bukan  Sabah pun, kau janganlah nak kutuk tempat orang dik. Tempat jatuh lagi dikenang, ini lagi tempat kelahiran, tempat membesar. Semua orang sayang hometown diorang walaupun dimata orang lain hometown diorang tu macam tempat jin bertendang ke apa. Sebab kat situ ada nilai sentimental dik. Cuba kalau tempat kau orang kutuk. Orang cakap tempat kau tu, tempat orang pengotor. Tak ke seolah-olah itu maksudnya orang tu kata kau pengotor! Kau cakap tak guna otaklah dik. Guna sedap mulut je. Sebab tu badan binasa. 

Tu lah, banyak kali dah aku pesan kat budak-budak la ni, termasuklah aku sendiri. Jangan upload yang tidak-tidak. Jangan tulis yang bukan-bukan. Sekarang ni kalau orang lain nak mendajalkita sekejap je. Tak sampai berapa saat, dah boleh jadi trending kat twitter dan facebook. Di print-screenya post atau gambar kita tu, berduyun orang share dan like!

Kau jangan lupa, kat luar sana tu banyak mata yang memandang. Banyak jari yang menekan keyboard. Silap gaya, silap tulis, silap baca, silap interpretasi boleh huru hara hidup korang dibuatnya. Lagi-lagi kalau perlakuan atau status kau tu memang dah terang-terangan menunjukkan kebodohan korang. Bukan sekadar publisiti murahan je kau dapat, caci maki pun kau dapat sama. Kadang tu siap dengan mak ayah kau terbabit sama. Yelah, orang dah marah kan. Mana ingat rasional lagi. Peduli apa dorang. Main cakap lepas je lah. Dah kau pun buat main lepas je tak fikir empat puluh empat kali. 

Kesudahannya, yang susah sapa? Kau jugak. Silap hari bulan, macam-macam isu boleh keluar. Dari kenegerian, bias, mahupun perkauman. Tak memasal nyawa kau pun boleh diancam. Haish, nauzubillah. Lepas ni, beringat lah. Dunia siber ni luas. Kita tak kenal sapa di sebalik skrin laptop kita tu! Ingat ye!!! 



p/s: terlajak perahu boleh undur, terlajak kata..kena maki jadinya. 



10 comments:

  1. huhu..btol dear..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnye..


    Jom join contest review sempena ramadhan..Duet rye and voucher free menanti anda.. :)

    ReplyDelete
  2. pdn muka dia..nk sgt publisiti...hah..kan dah dpt...

    ReplyDelete
  3. Marah betoi cik kak ni..tp psl bdk sabah tu kn I rse tu fake profile sbb kalo tgk dia bru join fb 18 hours ago..saje nk propa la kot org yg create acc tu..

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat..... ape da.. mulut longkang tul... hantar pulau duk sorg2.. baru tau

    ReplyDelete
  5. rasa macam tak lojik kalau nak buat begitu and guna muka sendiri,, fake profile kot,,

    ReplyDelete
  6. dorg pendek akal tue.. sesat sekejap.. hihi..

    sian org camtu. cari publisiti murahan.. LOL..

    ReplyDelete
  7. nak buat pape tu pikirla dulu kan ?
    kerana mulut badan binasa.

    ReplyDelete
  8. senang je nak cari publisiti murahan..
    buat isu bodoh macam tu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork