Wednesday, August 1, 2012

Sendiri Mau Ingat Lah Pakcik!

As Salam semua

Aku kalau boleh bulan puasa ni malas nak marah-marah ke apa. Biasalah, puasa bukan sekadar tahan nafsu makan, nafsu marah pun kena tahan jugak. Kalau tak, rugi je pahala puasa kau. Tapi tu lah kan, aku cuba buat baik, orang pulak buat tak baik. Kesian aku...

sumber: Mirul Alpha Photo
Sepanjang 12 hari Ramadhan ni, aku dengan mak aku biasanya beli kuih muih dekat kedai atau makcik yang memang kiteorang tahu masakannya sedap. Belum pernah lagi pergi bazaar Ramadhan. Mak aku tak berapa suka orang ramai-ramai ni. Berhimpit-himpit semua. Lagipun dia sakit kaki. 

Tapi semalam, aku teringin nak makan yong tau foo. Jadi nak tak nak terpaksa pergi bazaar ramadhan kan. Haaa kau, kalau dah pergi bazaar jawapannya bukan setakat tu je lah aku beli. Ayah aku pun kirim jugak. Dia teringin nak makan murtabak. Jadi semalam aku pun belikanlah dua keping murtabak daging.

sumber gambar : chybeelila. Sedapnyaaa murtabak ni

Lepas terawikh semalam, ayah aku nak makan murtabak yang dibelikan. Dah potong dan hidang semua, tinggal nak ngap je.... 


ALAMAAAAAAAKKKKK!!!!! Murtabak tu tak masak lah. Potong stim betul. Murtabak tu tebal dan memang gebu tapi sebelah dalamnya tak masak. Masih tepung mentah. Inti daging dan telur tu pun tak masak. Hanyir!!! Lepas tu, kuah karinya dah basi. Semalam promosi bukan main. Kata murtabak dia paling laku semua lah. Aduhai kenapalah ada peniaga macam ni.

Tak baik tau menipu jualan macam ni. Dahlah barang makanan, bulan puasa pulak tu. Sedih aku kalau peniaga buat perangai macam ni. Geram sungguh bila ditipu. Kalau dah tahu basi, buang je pakcik makanan tu. Membahayakan pembeli tau. Kalau tang masakan pulak, buatlah elok-elok. Jaga kualiti bukan nak kejar kuantiti je! Tengoklah, hari ni kalau aku ada mood mungkin nak pergi komplen dekat dia. Kalau dia tak percaya aku tak boleh nak cakap apa lah, tapi sendiri mahu ingatlah pakcik kalau selalu tipu pelanggan, rezekinya dikira macam mana tu??

Nasib baik yong tau foo ni sedap. Terubat sikit hati aku yang terbakar tu...




p/s: berniaga biarlah jujur....

23 comments:

  1. Apa lagi...
    Saman!
    Heheheh
    Selamat berbuka Nani

    ReplyDelete
  2. biasalah tu kak...tambah ada satu pak cik nie, murtabak dia mmg sedap la...ada jual kat bukit ayam tu...lau ari biasa rm2.50..tp lau bln puasa rm3...sepatutnya bln puasa ler turun harga..nie semua nak pakat-pakat ambik untung..huh sabar jelah...bln puasa je mesti sye boikot dia...masak kat umah je lg bgs..huhuhu

    ReplyDelete
  3. kabanyakkan mmg cm 2..ida beli mee rebus..ingt nak mkn pas tarawikh tup2 basi.rugi jer beli..hmm..yong tau fu sup ke 2??wahhh..sshnyer nak jmpa

    selamat bpuasa :)

    ReplyDelete
  4. tp xleyh nk salahkan peniaga tu jugakkan sebab bulan ramadan nie ramai org berpusu-pusu nk beli juadah berbuka puasa....lagi pown pak cik tu kan? maybe die terlepas pandang ;)
    maklum r org tua....org pown ramai yg nak beli.....

    from :
    http://jaripenatmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ari tu sy kene murtabak ade kulit telur. melampau betul haha

    ReplyDelete
  6. saya terkena karipap inti kentang basi. wekk. sehari perut memulas.

    ReplyDelete
  7. sbb kes2 mcm ni buat org tkt nk beli food kt luar kan. huhu... tp nk msk malas :p

    ReplyDelete
  8. murtabak kat kelate stil rm2,, tu pun dah rasa mahal,, hehe,,

    ReplyDelete
  9. bazaar nie kalau tak der cerita complain tak sah kan. Semua meniaga kejar untung jer.

    ReplyDelete
  10. @rawlins: malas aihhh benda kecik je kan. hahahah

    ReplyDelete
  11. @cik honey: meniaga mmg kena amek untung tapi janganlah sampai menipu orang. tu yang marah tu

    ReplyDelete
  12. @ieda: ha ah tu YTF sup.. kat johor memang style macam tu. sedap sangat. kalau makanan basi tu mmg sakitkan hati. memang geram lah kan!

    ReplyDelete
  13. @fieza aka jejaripenatmenaip. Tak boleh salah apa pulak adik... sebagai peniaga, dia kena ada tanggungjawab utk pastikan bahan makanan yang dijual berkualiti. jangan main taram je jual. orang ramai mana pun, kualiti kena dijaga. ini berkaitan makanan. berkaitan kesihatan dan keselamatan pengguna. barang makan tak boleh ambil enteng pengurusan dan penjagaannya. tapi tak tahulah kalau eija tak kisah kalau eija dah bayar duit semua than dapat makanan basi... kira sedekah je lah ye... untungnyaaa peniaga! ;)

    ReplyDelete
  14. @eka atikah: betul, meniaga jujur... keuntungan berlipat ganda...

    ReplyDelete
  15. @cik najihah: aiyooo tu kes nak cepat lah kan.... hmm sabar je!

    ReplyDelete
  16. @tengkuiji: siannyaaa awak.. tak kan lah orang yang buat kuih tu tak tahu inti dah basi kan.... mesti dia sayang nak buang tu! heeeeish!

    ReplyDelete
  17. @chybee: kalau dah kes macam ni memang kena masak je lah chybee. nak buat cemana kan!

    ReplyDelete
  18. @muja: ye ke.. untung orang kelate... ;) makanan mmg murah kan kat sana!

    ReplyDelete
  19. @lizzie: tp biarlah untung yang halal kan!

    ReplyDelete
  20. sabar ja la....orang nak cepat kaya masa bulan ramadhan...mmg mcm tuu....huhu...

    ReplyDelete
  21. nk komplen gak (motif komplen sini?) pasal harga kuih..susah nak jumpe yg jual 3 = singgit skang (kawan mak still jual 3 singgit, slalu beli kat dia, sedap pulak tu)..ade skali tu saje pegi menyinggah gerai lain..ok, standard sebjik 40sen..tp, bengang nye tu saiz dia..kalau boleh kuih lopes tu dia nk buat saiz 50sen, cuma besar sket dr 50sen..gile kecik..kot ye 40sen pun, buat la saiz standard (brape cm plak kan?)..sedih tol org meniaga skang..pentingkan keuntungan bukan customer satisfaction..tak macam org dulu meniage..

    ReplyDelete
  22. aishh peniaga nie. kalau nk meniaga tu buat laa cara yg btl.. kalau btl kan diberkati makin murah rzkinye.. xpyh nak tipu2..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork