As Salam semua
Nak share sesuatu yang sangat menarik pasal kucing. Nampak gaya macam aku busy sikit kan, so aku copy paste je lah. Tapi, serius...faktanya memang best!
Nabi
menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah
diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa
Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada
manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai
najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk
melawan sel bakteria.
Otot kucing
juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah
kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini
berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat
berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika
kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih,
permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan
bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang
Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan
usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di
samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil
juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya.
Hasil yang
didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil
yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang
kali.
2. Tempat
yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20%
mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat
melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan
yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya
sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam
kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam
tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan
staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu
pertumbuhan.
5. Kajian
tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang
dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak
mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan
seluruh badannya.
Ulasan para
doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium
di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah
kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang
sakit.
Selain itu,
Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari
anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik
haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti
pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak
menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan
bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika
diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor
yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Disebabkan itu, ada sesetengah pengamal perubatan menggunakan kucing untuk menjilat bahagian-bahagian luka pada tubuh manusia kerana kuman dapat dikurangkan dan cepat menyembuhkan luka tersebut.
p/s 1: Subhanallah. Sebab tu kucing kesayangan Rasulullah. Aku rindu Glory TT_____TT
p/s 2: Tapi najis kucing ada kuman ye...jangan diambil mudah pulak!
p/s 2: Tapi najis kucing ada kuman ye...jangan diambil mudah pulak!
8 Inspirasi Dari Pembaca
i love cat!!! very da much keh2
ReplyDeleteSaya suka kucing... tapi kucing tak suka saya... :(
ReplyDeletesebab tu sy suke kuceng!!! ^^
ReplyDeletewah..nak bela kucing jugak lah...hehehehe
ReplyDeletesuke kucing! tp xpndai nk bela kucing!
ReplyDeletehaha
comel nyer..
ReplyDeleteHaiwan yang dikatakan paling bersih kan.. tula kejadian Allah.. nice info dear.
ReplyDeletetak baca fakta nie pun,, ain ttp anggap kucing comeyy...walaupun yg tepi jalan je..sebab musabab..sebab beliau comel la..hahaha
ReplyDeleteJom join segment ain:
Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!