Wednesday, October 17, 2012

Insan-Insan Penguji

As Salam semua

Hari tu ada orang tanya kat aku, apa inspirasi aku tulis blog. Tanpa segan silu, aku jawab "My life". Than that person asked me again, "Tapi blog Kak Fateen bukannya tulis pasal luahan perasaan atau personal diari?" Hmmmm.... senyum. 

Aku tulis out of the box. Indirectly aku sebenarnya cerita apa yang aku rasa, aku alami dalam hidup aku sendiri. Tak pinjam hidup orang lain. Gaya penulisan aku tu yang the other way round. Aku adalah orang yang belajar daripada kehidupan. Ada yang kata, "Alaaa umur setahun jagung... berhingus lagi, apa sangatlah pengalaman dalam hidup kau tu!" Itulah rahsia terbesar aku. Itulah kelebihannya. Dalam umur yang masih berhingus ni lah aku sebenarnya berjumpa dengan manusia yang pelbagai. Rencam sifatnya, rencam kehendak dan kemahuannya. Hingga kadang-kadang kau tak percaya, itu adalah sifat manusia. 

Kalau lah dalam hidup ni, kau dipertemukan dengan manusia yang sopan dan baik belaka sifatnya, kau tak tahu sejauh mana kesabaran kau. Silap silap kau tak pernah kenal pun apa ertinya menahan sabar. Kau jugak secara harafiahnya menjadi lemah. Tak betah diuji. 

Konflik hidup manusia yang aku hadapi ni tak tergambar dek kata-kata. Sebab tu aku kongsikan kat blog. Aku tak nak pengajaran yang aku dapat tu, aku pendam sorang diri. Sama-samalah kita share. Jadikan panduan dan pedoman. Moga-moga kita bersedia dan punya idea jika ditakdirkan berhadapan sendiri situasi sebegitu. 

Mula-mula aku sendiri stress. Aku menangis, aku murung, aku rasa tak tentu hala. Sampai kadang-kadang aku fikir, kenapalah aku je yang jumpa orang-orang yang jenis perangai macam haram ni.  Adakah ini untuk sucikan dosa-dosa lampau aku? Mungkin. Sapa tahu?! But think the other side, kau akan dapat jawapan yang kau sendiri tak sangka. 

Aku dipertemukan dengan insan macam tu supaya aku belajar. Belajar bahawa kehidupan itu banyak cabangnya. Aku dijumpakan dengan manusia sebegitu sebab aku kuat. Dia tahu, aku boleh hadapi rencamnya perangai manusia ni. Dan Dia jugak sebenarnya sedang menjadikan kita semua untuk berfikir. 



Dan ketika itulah...




Aku bersyukur kerana insan-insan penguji ini hadir dalam hidup aku!


5 comments:

  1. Sebenarnya kalau biarkan cakap2 org tu masuk dlm telinga kita, sgt tak bgus utk diri sendiri. Lg2 yg nak merendah2 kan kita. Biarkan je. Sabar ye faten... Jnji faten buat apa yg faten suke dgn niat bukan nak megeji. Sama2 sebar positive thinking dan pengajaran :)

    ReplyDelete
  2. Yang baik kita ambil, yang tak elok..bai-bai jew dik..

    ReplyDelete
  3. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  4. sedangkan dalam masjid pun ada orang jahat.apa lagi kat luar ni..kan??
    paling penting cara kita menghadapi orang2 macam ni..

    ReplyDelete
  5. ceritaaa tentang perjalanan hidup.. out of sudden :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork