Friday, November 23, 2012

Anda Blogger? Anda Mahu Fun? Join Ini!

STICKY POST TILL 23 NOVEMBER 2012. SCROLL DOWN PLEASE ;)


As Salam semua

Macam mana Sunday Lazy Day anda? Bahagia? Happy? Untuk aku seharusnya lah aku suka sebab Sunday Lazy Day aku hari ni di rumah. Bila kat rumah mestilah mode princess automatik on kan. Haish untung betul jadi anak ni kan. Mak ayah sayang takde belah bagi. Syukur Ya Rabb.

Ok. Tu bebel awal-awal biasalah kan. Idea belum datang lagi. Sekarang dah ada. Heheheh. 

Next two week korang busy tak? Alaaaa janganlah busy. Save the date for me boleh? Ecewaah! Bukan apa, on 24 November 2012 blogger comey-lote Kak Nadia Farahida ada deal dengan sorang photographer hebat untuk buat blogger photo shoot. Bukan tu je wei, complete dengan make up artist semua dia bagi. Harganya??? No worries darling, RM 50 saja. Tak ke berbaloi tu? 

Fuh fuh fuh! Aku yang dengar ni pun macam terkebil-kebil sat. Ye lah, kalau nak tunggu orang offer amek photo shoot aku, macam mustahil je kan. Hahaha. Tak layak dek non oi aku nak jadi model bagai. Kalau nak mekap-mekap pulak, nak mengharap tangan sendiri ni...alahai tak berapa lembut lah nak pegang brush! So, why not kan. Aku join untuk have fun dan boleh lah kenal-kenal dengan sesama blogger yang ada! 

Dok membebel je dari tadi kan, meh sini baca details event dulu. 

Event: Photoshoot geng-geng blogger.

Tarikh: 24 November 2012, Sabtu
Masa: 12 tengahhari sehingga 5 petang. 
Tempat: Dak Teropong Studio, Shah Alam. 
Pakaian: sendirian berhad punya bajuuu. ;))
Makeup: Sponser by very young and talented MUA, Lili. 
Bayaran: RM50 per head. 



Masih tak sure lagi nak join ke tak? Meh sini, tengok dulu hasil tembakan Dak Teropong. Dia ni memang dikenali ramai jugak dalam bidang photoshoot. Kawan aku Cik Bihah from KZ Nabihah pun gunakan khidmat Dak Teropong ni untuk produk advertisement dia. Memang awesome! Nampak comel je semua gambar yang dia shoot, menawan qalbu gitu!





Korang risau sebab tak pandai nak pose? Habis kau ingat aku pandai? Takpelah. Kita-kita aje! hehehehe. Janji. Janji. Aku simpan rahsia! Kehkehkeh. Lantak lah nak tangan kaku macam kayu ke, muka ketat macam kena baling batu ke, lantak pi lah. Yang penting kita ENJOOOOOOOOYYYY! 

Tak pasti lagi nak join ke tak? Takut nak mekap-mekap? Malu? Segan? It is your time to shine darling! 
MUA yang baik hati ni, (sebab dia nak sponsor tau! clap-clap-clap) merupakan kakak MUA yang banyak pengalaman. Jangan bimbang, natural beauty korang tetap diserlahkan. Bukan dia cover tebal-tebal macam pakai tepung gomak. Malahan dia akan serlahkan lagi keayuan korang! Tudia promote baikkkkk punyaaaa! ;) 




Tak pasti lagi??? Meh sini lah aku simplify ye. Kawan-kawan, dengan RM 50 itu, anda akan menerima: 
  • photoshoot (potrait/group) selama 5 jam ++  *boleh kebas pipi senyum lama-lama ni*
  • makeup cantik-cantik dari MUA hebat (FOC ye) 
  • semua gambar korang akan dapat soft copy 
  • link akan dipromote di blog sesama peserta (for sure-lah darling!) 
dan paling dasyat tawaran ni ialah....



  • KORANG BOLEH JUMPA AKU! (hahahaha. puuiii bajet aku femes kah?!) at least kita boleh kenal sama-sama. Tak lah sekadar di pinggiran laptop saja kan? Ecewah! 
See. See. Banyak kan benefit yang korang dapat. Networking tu paling penting actually. Ni kalau korang tak nak join tak tahu lah aku nak pujuk macam mana lagi. Kering idea dah. Korang join and enjoy yourself lah. Baru tahu dan rasa nikmat blogging tu. Selagi tak join cemana nak tahu kan? 

Dan seandainya......

korang rasa berpeluh, tangan mula laju scroll down, bibir mula tersenyum-senyum... 

TAHNIAH!!! Itu tandanya hati anda dah cair dan tertawan dengan tawaran ini. Apa tunggu lagi! Cepatlah korang emailkan details korang pada Manager kita, Kak Nadia di  : 

 nadiafarahida@gmail.com


Jangan risau, persoalan/confirmation malahan segala kemusykilan akan dijawab segera oleh Kak Nadia.  Baik je kakak ni. Tak garang. Tak makan orang pun. Aku yang baru kenal dia pun dah nampak dah ciri-ciri kepala ting-tong sama macam aku! Kehkehkeh. *sorry kakak!*

So.........kita jumpa kat sana ye sayang-sayang semua! Tak sabarnya!!!! 



p/s: cantik atau tidak bukan pada mata kita. peribadi cantik, molek lah tu! 





28 comments:

  1. alahai nak join tp sue baru je balik kedah ni haa untuk cuti sem.. :(

    ReplyDelete
  2. Nak sangat sangat join tapi fie tinggal dekat kelantan. Alahhhh terlepas. Never had a meeting with the bloggers

    ReplyDelete
  3. Blogger 14tahun boleh join? haha :)

    ReplyDelete
  4. kan best kalau dpt join..dpt jumpe blogger2 femes :) jauh dari swak nak terbang g sane semata2 nak photoshoot haha.. have a nice day sis :)

    ReplyDelete
  5. sangat seronok. hehe.insyaAllah nanie comel.kalau namee free namee join ok ! :)

    ReplyDelete
  6. alah jauh sgt..xdapatlah sukakartun nak join..hmmm

    ReplyDelete
  7. owner dak teropong tu kita kenal.ekeke

    ReplyDelete
  8. saya nak joinnnnnnnnnn! ;p kehkehkeh.
    xsabarnyaaaaa nak jumpa! :))

    ReplyDelete
  9. Harap kita dapat berjumpa jugak InsyaAllah takde aral berjumpalah kita heee...

    ReplyDelete
  10. best nyer, macam nak join jer.. boleh tak ??? =)

    ReplyDelete
  11. Untunglah
    Untuk gegirl je ke?


    Tetiba rasa nak pose2

    ReplyDelete
  12. akak mcm nak join tp akak tak tau sgt area shah alam....akak ikut IA leh??hehehe

    ReplyDelete
  13. Yang dah kahwin boleh joint ke dik oi?

    ReplyDelete
  14. wah menarik. nak join jugak~! tp syg.... masa tu ada field trip under course. erm.. =( kpd yg join, have fun ye. =)

    ReplyDelete
  15. Bestnyeeeee... Awak nk jumpe kite x?? Hehe..er tp klo blogger x femes mcm kite boleh ke? Ngeee

    ReplyDelete
  16. Huwaaa..nak sangat join! tapi apakan daya..sobss sobss

    ReplyDelete
  17. bestnya....ada sesapa nak tolong sponsor tuk blogger sabahan?hehehe :P

    ReplyDelete
  18. Nani..... ida datang terjahhhhh.. yeahhhhh! =)

    ReplyDelete
  19. gmbar dak topong tembak mmg cantik..support dak topong..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork