As Salam semua
Jika ditanya apa aku dapat dari blogging, salah satu benda yang menjadi jawapan top three aku adalah KAWAN. Jangan sinis lah sahabat. Percayalah, kalau skill public relations kau bagus, celah mana pun kau dicampak sudah pasti kawanlah yang akan kau jumpa. Apatah lagi kalau kau bergelumang dengan dunia blog yang besarnya... entah aku sendiri tak tahu.
Aku bangga dan bersyukur sebab sepanjang hidup sebagai blogger ni *ecewah, macam blogger besar pulak!* aku dikelilingi kawan-kawan blogger yang bukan calang-calang. Masing-masing ada kekuatan sendiri. Masing-masing ada daya pemikat yang luar biasa hebatnya. Dan kesemua mereka memberi sinar kegembiraan dalam hidup aku. Semua. Yes, semua. Belum lagi aku jumpa kawan blogger yang palat. Belum. Mungkin ini karma. Baik pada orang, baik jugaklah yang kita dapat kan. Agree?
Azhafizah. Pemilik blog Sihatimerahjambu. Kau dengar nama dia pun kau dah tau kan dia memang peminat pink tegar. Dan semalam, entry aku ada cakap kan... manusia yang suka pink sifatnya adalah apa? Yes, romantis! And you know what?! Hari ni Fizah buat benda romantis wei pada aku. Sweet sangatlah awak ni Fizah!
Dia buatkan aku banner untuk blog wei. Ya Rabbi. Tak ke bagus sangat budak ni. Sesuai ni buat bini. Bukan tu je, tambah lagi manis. Dia buat saje-saje suka-suka sebab dia boring. Hahahahaha. Fizah Fizah. Awak boring gambar kita awak alter ye! Bertuah!
Dan seperti biasalah, hasil kerja Fizah....ada sapa-sapa nak pertikaikan? Kalau ada meh aku cepuk satu dua das!!!
So, apa macam? Comel tak??? Aku siap demand lagi nak ala-ala vintage bagai lah. Fizah layan je aku. Malam ni request, malam ni jugak dia kasi siap. Efisen gila lah Fizah ni. Bagus! Hasilnya, dua kali aku senyum. Dua kali kepuasan beb! ;)
To my dear Azhafizah, terima kasih daun keladi. Budi baik awak kita kenang dalam hati!
Kalau korang berminat dengan hasil kerja Fizah yang omey ni, jangan malu jangan segan, tanya Fizah terus. Terjah blog dia. Deal baik punya akan diberikan. Sebut nama aku tiga puluh kali depan Fizah, nanti dapatlah diskaun......AGAKNYA! kehkehkeh.
p/s: Macam bau nasi minyak kat blog Fizah lah... ehem....
7 Inspirasi Dari Pembaca
untungla=)
ReplyDeleteadoii tergelak baca part last tu.hehe..ade discount code pulak ye.I'm glad you like it!
ReplyDeletepsstt..jangan tidur sambil tersenyum sambil bukak mata..hehe.
memang cantik gila hasilnya. tak boleh dinafikan. untung untung
ReplyDeleteAmboi kemain lagi, kau bodek ape dapat ni dik ? huhu..akak setuju part berblogging ni dapat ramai kawan. hope akan kekal sampai bila-bila.
ReplyDeletebaru je td akak tgk banner awk kat blog die...eh eh bukan fiza yg kawen kan...
ReplyDeletehikss untung la. :P
ReplyDeletecantik!!! untunglah fizah,, hehe,,, nak gak satu,, :P
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!