As Salam semua
Sebak. Kalau aku nak mula cerita balik pengalaman dua tahun lepas, memang tak sanggup rasanya. Mulalah kelopak mata rasa panas je, hidung dah mula dah sok-sek-sok-sek. Dada ni rasa macam nak pecah tahan sebak. Yes, dua tahun lepas kalau korang masih ingat... di malam Maal Hijrah ni lah ayah aku kena strok di masjid usai dia melakukan doa awal dan akhir tahun. Allahuakbar. Tak sanggup lah nak rewind balik setiap moment tu. Menyentap dan menghiris hati kalbu aku sebagai anak.
![]() |
tangan tua yang mengaminkan doa ayah |
Dari saat itu, bukan senang aku nak mengatur langkah semula. Menyusun hidup yang telah awalnya dirancang bahagia. Sungguh benarlah bahawa kuasa manusia hanya sekadar merancang dan Allah jua yang maha menentukan. Setiap penentuan yang Dia berikan pasti ada hikmah tersembunyi yang hanya menjadi rahsia-Nya. Bukan mudah. Sungguh. Bukan mudah.
Takpelah, semua tu sudah lama berlalu walaupun rasanya bagai semalam terjadi. Aku syukur dengan setiap apa yang dicaturkan. Apa yang dirancang Allah itulah yang terbaik buat aku dan keluarga. Kesabaran kami diuji. Amalan kami dihitung dan ketika itu Allah menghulur bantuan yang tak terkata banyaknya. Dan setiap bantuan dan belas ikhsan Allah tak terucap rasa nikmatnya.
Buat ayah, teruslah berjuang untuk melawan penyakit. Allah menguji kita semua kerana kita selayaknya mendapat ujian tersebut. Dia maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Ayah tetap dan selamanya menjadi hero kami sekeluarga. Moga Maal Hijrah 1434 ini membawa sinar harapan dan kekuatan buat kita semua ye Ayah!
p/s: Kekuatan ayah buat aku mengerti bahawa ujian itu manis sebenarnya!
12 Inspirasi Dari Pembaca
http://peaceder.blogspot.com/2012/11/peaceder-kebaikan-dan-kelebihan-awal.html... nice ur blog.. jom jengah cnie lak n follow me back
ReplyDeleteAyah tak jenis taksuka tunjuk susah pada anak anak mereka.
ReplyDeleteAyah nanie bertambah baik kan?
byk kan bersabar ye..salam maal hijrah dari hanna untuk akak :)
ReplyDeleteujian hidup tu kadang kala memberikan kekuatan untuk kita terus hidup dik...
ReplyDeleteEh adik ku sory tersalah komen pulak t jgn kau approved lak komen akak yang salah tadi tu.
ReplyDelete:) semoga buku amalan kita untuk tahun ni lebih baik daripada tahun lepas,, amin,,
ReplyDeletejangan pernah berhenti berdoa. Allah sentiasa mendengar, insyaAllah :)
ReplyDeleteAyah adalah kekuatan keluarga! ayah tak kan tunjuk dia lemah. Semoga ayah nanie bertambah sehat hendaknya..aminn..
ReplyDeletesemoga thn baru ni bawa sinar baru kpd kite :)
ReplyDeleteKuatkan hati awak, sentiasa tabah. Berdoalah kerana doa anak yang soleh sentiasa diberkati Allah swt. InsyaAllah, fie faham apa awak rasa, fie dah disitu dulu.
ReplyDeleteslmt thun bru awk...
ReplyDeleteinsyaallh ayah kuat
salam maal hijrah...~!
ReplyDeleteinsyaALLAH ayh awk kuat.. tabahkan hati.
byk kan berdoa. insyaALLAH di berkati. amin. =)
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!