Friday, December 28, 2012

Ella & Azhar : Dari Benci Jadi Suka

As Salam semua

Seantero Malaya tahu yang Ella, ratu rock Malaysia dah pun menjadi seorang isteri kepada Kapten Azhar, seorang pilot Firefly kalau tak salah aku. Wang hantaran RM 50, 300. Wow!!! Memang kelas. Tapi bukan soal itu yang aku nak cerita. 

Entah bila dan kenapa, suddenly aku suka gila dekat Ella. Before this, ada lah rasa macam annoying sikit dengan perangai manja dia. Tapi lepas kahwin aku rasa Ella memang macam tu. Manja and adorable. Very romantic dengan husband dia. Sweet sangat dua-dua ni. Dalam instagram, they looked so-so-so romantic. Aura pengantin baru agaknya kan. 


Hari tu, ada tertengok satu program kat Astro pasal perkahwinan mereka berdua. Alahai comelnya Ella dan Azhar. Masing-masing memang profesional dalam bidang tersendiri. Secara jujur, aku memang tabik spring kat Ella sebab dia pandai jaga ke-eksklusifan dirinya sebagai artis. Takde sapa tahu tentang percintaan mereka yang telah terjalin lebih 9 tahun. Hebat tak hebat lah kan. Dan selama itu, mereka berdating semua macam pasangan lain tanpa dihidu oleh wartawan. Itu yang bagus tu. Ini sesetengah artis, sekejap dengan ini kecoh satu Malaya. Kejap dengan itu pulak pun kecoh satu Malaya. Lama-lama orang malas nak ambil peduli hal kau!

Kat instagram pun sama. Mereka sangat humble. Tak silap aku, ada satu gambar Ella ni kat kebun suami dia kat Muar. Sempoi je Ella dok panjat pokok petik buah. Suami dia pun sama. Comel gilos lah dorang ni. Aku pun tabik jugak kat Kapt. Azhar sebab 9 tahun tunggu Ella dan tak pernah memilih walaupun Ellah jauh lebih berusia. Jodoh kan. Tak siapa tahu. 

Dan menambah lagi ke-adore-an aku pada Ella, kebelakangan ni aku asyik playlist semua lagu Ella masa aku study. So, kiranya mood aku sekarang memang tengah mood rock gitu. Sumpah aku jatuh cinta dengan semua lagu dia. Lagu Kesal, Layar Impian, Sembilu, Simbiosis dan paling membakar semangat apa lagi kalau bukan Standing In The Eyes of The World. See. Manusia memang berubah kan dari semasa ke semasa. Dari benci jadi suka. :) 




P/s: Sayu jugak bila tengok Jojie menangis masa Ella kahwin. Sebab dia felt Lost :(




6 comments:

  1. Hahaha... Nice... Mungkin sebab Ella layan orang sama rata... Gedik semula jadi... So dengan semua orang dia menggedik... Sebab tu la wartawan susah nak syak apa2 kot... Hehehe... Tapi suka gaya dia, bukan buat-buat.. Dia sangat paradoks sebab dapat title ratu rock tapi manja terlebih... Semoga Ella bahagia bersama suami... Amin... Biarlah perkahwinan yang lambat ini berkekalan sampai ke bila-bila... Dan Semoga kita semua boleh berubah ke jalan yang sebenarnya!!!!

    ReplyDelete
  2. betul..sifat semula jadinya mmg mcm tu..org pon xleh nak marah dya..asalkan dya tahu batasan cukuplah..=)

    ReplyDelete
  3. samala..dulu mmg agak x berapa suka ella ni. tapi lepas kawin suka. dia cantik sangat

    ReplyDelete
  4. mmg tak suka jugak dengan kegedikan terlampau ella..heee..so far dia artis yg humble actually..tak kenal maka tak tahu..hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork