Saturday, December 22, 2012

Green Conference With Young Leader, YEE 2012

As Salam semua

Sehari lepas Photoshoot Blogger hari tu, aku ada satu event di UPM, Serdang. Event tersebut adalah berkaitan alam sekita, Youth Environment Expo 2012 (YEE) yang dianjurkan oleh UPM dan kerjasama Malaysia Nature Society (MNS).  Kalau korang nak tahu aku memang dari dulu lagi mengagumi kecantikan dan keindahan pemandangan UPM. Pada aku, student UPM sangat beruntung sebab punya kawasan rekreasi dan tempat hilangkan stress paling best iaitu alam sekitar. Sejuk je mata memandang. Compare to UM, bukan tak ada tapi ye lah universiti tengah bandar kan. Jadi agak terhad kawasannya. But, I do really proud of UM. Lagi-lagi tang Rimba Ilmu. It just like a hidden treasure tau! 

Oh, back to our story. Kenapa aku kata YEE tu awesome? You guess what??? Aku jumpa duta MNS dekat situ. Haaa haaa korang mesti tak tahu kan sapa duta MNS? Seorang yang cantik, seorang yang humble dan seorang yang awesome semangat cintakan alam sekitar! Memang bangga sangat dapat jumpa dengan dia. Introducing!!!!! MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAYAAAA KARIN!!!!!


Wait!!! Bukan sekadar jumpa tau, aku diberi peluang mewakili UM Cares dan Universiti Malaya sendiri untuk mengetengahkan isu dan projek terkini berkaitan alam sekitar di kampus kami. Aku dan semua wakil-wakil universiti lain dibawa ke sebuah bilik khas dan bermesyuarat *ecewah* dengan beliau sendiri. 



To be honest, Maya Karin sangat cantik, sangat humble dan sangat awesome. Beliau dah terlibat dengan MNS sejak 6 tahun yang dulu and then dia berkongsi pengalamannya sendiri yang mana dia sangat-sangat sedih dengan keadaan alam sekitar Malaysia. Rakyat Malaysia masih belum punya kesedaran sivik untuk mentaliti sayang dan jaga alam sekitar. Haisssh. T___T

And then In Sha Allah, kalau dia ada kelapangan dia akan datang ke mana-mana kampus dan buat lawatan tapak projek yang sedang dijalankan. Macam UM, ada beberapa projek yang aku rasa sangat awesome dan bermanfaat. Satu. Projek LCCF (Low Carbon City Framework) yang mana berfungsi untuk menghitung karbon dioksida yang diserap dan oksigen yang dibebaskan oleh sebatang pokok. Aku sendiri terlibat dalam bengkel pengiraan tersebut yang mana kolej aku, merupakan kolej sulung yang menjadi model projek itu. Dua, Zero Waste. Yang mana zero waste berperanan menukarkan sisa makanan setiap kolej kepada baja compose dan ini dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Dan ada beberapa lagi projek hebat UM Cares. :)

So, as conclusion aku sangat sayang alam sekitar. Sapa lagi nak jaga alam sekitar kalau bukan kita semua kan? Fikir ye... 



7 comments:

  1. wah! bestnya nanie join event ni:)
    wani pun suka pada alam sekitar..hijau mendamaikan..

    ReplyDelete
  2. ala...nape x gtau..kalau x boleh jumpa sy kat sana..

    ReplyDelete
  3. flora fauna kat mesia nih dah mkin tade..T__T sedih...

    ReplyDelete
  4. Wahhhhhh best nyer jumpe maya karin isk isk isk xpenah jumpe dia yg cun melecun nie.. :D..

    ReplyDelete
  5. Sayang alam sekitar jugak.paling benci kalau orang musnahkan alam sekitar.udara pun tercemar kan.btw,fiza suka gak dengan environment UPM.alangkah seronok kalau dapat jadik student UPM kan.hari hari sihat..heee

    ReplyDelete
  6. maya karin memg cntikkan?akak dh jumpe ngan die mse meng contest innershine

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork