Wednesday, December 26, 2012

Hadiah Hebat Blog Coklateyes Dah Tamat! Tapi Ada Kejutan Lain Pulak Menanti!!!

As Salam semua

Cuba tengok tarikh hari ni, 26.12.2012 kan. Maknanya apa? Maknanya Hadiah Domain Percuma dari Blog Coklateyes untuk 1500 orang tu telah tamat. Alhamdulillah :)


Pertama sekali aku nak panjat rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan pada aku melalui Blog Coklateyes (BCE) ni. Syukur Ya Rabb. Melalui BCE ini, banyak benda yang aku share dengan semua follower dan blogger di luar sana. BCE memberikan aku ruang, peluang dan keyakinan yang tinggi dan tiada tolok bandingnya dalam berhadapan dengan manusia-manusia awesome di luar sana yang juga mempunyai satu minat yang sama : Menulis.

Terima kasih jugak yang tak terhingga buat Hazman, wakil MOSTI yang memberi sepenuh kepercayaan pada aku dan BCE untuk menjadi satu-satunya wakil blogger Malaysia dalam projek ni. Masa mula-mula, sumpah aku sendiri tak percaya. Hazman sangat-sangat membantu. Thank you so much, dear. 

Dan ucapan terima kasih paling penting tentulah tak lain tak bukan buat semua follower dan para blogger yang sudi membantu menjayakan Projek 1MyId ni. Terima kasih sangat-sangat. Korang semua memang terbaik dan berfikiran jauh dalam berbloging. Juga buat insan-insan berhati mulia yang sudi membantu sesama kawan lain apabila masalah timbul semasa pertukaran domain. Ada yang tolong jawabkan pertanyaan mereka, ada yang buatkan tutorial, ada yang bagi tips, siap ada yang tolong buatkan pertukaran domain blogger lain juga. Ya Allah!!! Sungguh aku terharu. Aku terharu dengan semangat kekitaan yang tinggi dalam diri para blogger. Korang semua buat aku terharu. 

Korang jugak sangat-sangat memahami. Aku mintak maaf, mintaj ampun dari hujung rambut sampai lah hujung kaki atas segala kelewatan dan kesukaran yang korang semua hadapi. Korang sangat-sangat sabar dalam menunggu segala further action yang kadang-kadang jauh lebih lama daripada apa yang dijanjikan. Aku sendiri, terus terang katakan sampai demam-demam cuba menyelesaikan permasalahan yang korang hadapi. Mungkin ada yang aku terkasar bahasa, terlanjur bicara atau tertinggi nada suara. Aku mohon sangat korang ampunkan aku. Tak de niat langsung nak berkasar cuma maklumlah, bila badan penat, kepala berat, diajukan dengan soalan yang ada dah jawapannya mungkin di saat itu kesabaran mula meruncing. Tapi, jujur aku katakan takde simpan sikit pun dalam hati aku. Aku mintak maaf setulusnya! :)

Last but not least, sekali lagi aku ucapkan buat korang semua yang memberikan kepercayaan sepenuhnya pada aku dan BCE. Sokongan, kepercayaan dan kasih sayang yang korang hamparkan buat aku dan BCE sangat-sangat dirasai. Jangan pernah berhenti menyokong BCE. In Sha Allah, kalau ada rezeki lebih... mungkin BCE akan terus memberikan hadiah-hadiah terbaik buat korang semua supaya kita semua gembira berblogging!!!! 

Sebelum terlupa, buat mereka yang ada menulis entry-entry mengenai HADIAH DOMAIN FREE DARI BCE ini, aku alu-alukan untuk drop link entry korang kat komen sini atau di facebook BCE. Sebab niat di hati, macam nak cari entry terbaik dan berikan hadiah. Yang buat tutorial, tips jugak aku sangat alukan korang berikan link pada aku. Ada hadiah menarik untuk anda juga!!! 


Eh! Eh! WAIT!!!! 




Aku rasa macam nak bagi berita gembira lagi satu lah. 
Apa kata kalau aku lanjutkan PEMBERIAN HADIAH DOMAIN FREE ni lagi TIGA HARI???
Mungkin ada yang tak sempat nak join sepanjang 3 minggu lepas kan. No worries fellas! 
Jadi, ini last offer!!!! 

Aku dengan berbesar hati, menambah lagi 3 HARI projek ni!!!! 
Apa tunggu lagi, cepat-cepat jangan lambat!!! Dapatkan domain free untuk blog kesayangan korang. Jangan lupa sebarkan berita gembira ni pada mana-mana rakan blogger anda. Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>>>>>>>>>KLIK SINI<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




16 comments:

  1. tak buat la pulak aritu..hehe

    nak inform ni..
    -mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
    pemenang akan direview
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    ReplyDelete
  2. Sarah ada buat dua entri pasal pertukaran domain nie.
    Entri promote:
    http://www.sararose.my/2012/12/hangat-domain-dot-my-percuma-setahun.html

    Entri domain bertukar:
    http://www.sararose.my/2012/12/alhamdulillah-domain-blog-sudah-bertukar.html

    ReplyDelete
  3. tahniah dan terima kasih jugak utk awak seba uar2 kan hadiah ni =)

    ReplyDelete
  4. blog kite ade problem la.. google tak jumpa . haritu ok je . camne ye..

    ReplyDelete
  5. nih link akak....

    http://www.mimiepinkummi.my/2012/12/tawaran-super-hebakkk-semudah-abcsaya.html

    tak harap pun jnji puas ati dpt share bnde nih

    ReplyDelete
  6. Salam, dah cuba..tapi jadi error 12 lah..macam mana ye..saya dah check, dan dah buat step by step tapi keluar error juga..huhu..Minta bantuan. terima kasih sharing domain awesome ni..semoga murah rezeki cik innanie. ^___^

    ReplyDelete
  7. cik Inanie, thx atas hadiah yang ohsem ini.. boleh jenguk entri kat sini :)

    http://www.noreason.my/2012/12/weve-moved-terima-kasih-blog-coklat-eyes.html

    ReplyDelete
  8. Aina buat promosi pulak dkt blog. Hawhaw. Thanks Sis Innanie.

    http://aina-hanani.blogspot.com/2012/12/domain-dot-my-percuma.html

    Ingat Aina tak? Budak yang banyak soalan dekat Wassup tuh. Haha XD

    ReplyDelete
  9. saya punya domain masih DNS pending lagi domain ekspresi.my mohon cik check yer

    ReplyDelete
  10. http://gadissathome.blogspot.com/2012/12/nak-domain-free-meh-terjah.html

    ReplyDelete
  11. terima kasih ye innanie..akak ade buat entri kt blog lps berjaya tukar domain ari tu..ni linknya: http://www.mamakaybee.my/2012/12/sudah-bertukar-ke-mamakaybeemy.html

    ReplyDelete
  12. dya puny domain DNS masih pending lagi..:(
    dya buat masa 17/12

    ReplyDelete
  13. ifwsv [url=http://www.drdrebeatsbuycheap.com]cheap beats by dre[/url] mlrgf http://www.drdrebeatsbuycheap.com vtybg [url=http://www.drdrebeatscheapest.com]beats by dre[/url] jcshm http://www.drdrebeatscheapest.com cdwqp [url=http://www.drdrecheapbeats.com]beats by dre[/url] vhtyz http://www.drdrecheapbeats.com kizez [url=http://www.drdreoutletstores.com]beats outlet[/url] ayqkg http://www.drdreoutletstores.com vuixz [url=http://www.cheapestdrdrbeats.com]beats by dre[/url] hqkvt http://www.cheapestdrdrbeats.com unpxr [url=http://www.cheapbeatsdrdrestores.com]beats by dre cheap[/url] mkxsx http://www.cheapbeatsdrdrestores.com ssxy

    ReplyDelete
  14. xsaln [url=http://www.drdrebeatsbuycheap.com]beats by dre[/url] sjwwr http://www.drdrebeatsbuycheap.com wanbp [url=http://www.drdrebeatscheapest.com]beats by dre cheap[/url] fmyed http://www.drdrebeatscheapest.com jiqyh [url=http://www.drdrecheapbeats.com]cheap beats by dre[/url] hrkzd http://www.drdrecheapbeats.com svevp [url=http://www.drdreoutletstores.com]beats by dre[/url] lgpbd http://www.drdreoutletstores.com eaaih [url=http://www.cheapestdrdrbeats.com]beats by dre sale[/url] ocojf http://www.cheapestdrdrbeats.com glrda [url=http://www.cheapbeatsdrdrestores.com]beats by dre[/url] owuen http://www.cheapbeatsdrdrestores.com dhyi

    ReplyDelete
  15. adoyq [url=http://www.drdrebeatsbuycheap.com]cheap beats by dre[/url] enjnt http://www.drdrebeatsbuycheap.com kioru [url=http://www.drdrebeatscheapest.com]beats by dre[/url] crcwh http://www.drdrebeatscheapest.com tpbze [url=http://www.drdrecheapbeats.com]beats by dre cheap[/url] ugdtq http://www.drdrecheapbeats.com bqawr [url=http://www.drdreoutletstores.com]beats outlet[/url] qiqpr http://www.drdreoutletstores.com ijyyn [url=http://www.cheapestdrdrbeats.com]beats by dre sale[/url] uqmbo http://www.cheapestdrdrbeats.com tdkju [url=http://www.cheapbeatsdrdrestores.com]beats by dre[/url] xmhlt http://www.cheapbeatsdrdrestores.com nqvt

    ReplyDelete
  16. owpkb [url=http://www.drdrebeatsbuycheap.com]cheap beats by dre[/url] prtvf http://www.drdrebeatsbuycheap.com stmiw [url=http://www.drdrebeatscheapest.com]cheap beats by dre[/url] ynmcp http://www.drdrebeatscheapest.com fwbwc [url=http://www.drdrecheapbeats.com]cheap beats by dre[/url] frppk http://www.drdrecheapbeats.com ccfso [url=http://www.drdreoutletstores.com]beats outlet[/url] hoodw http://www.drdreoutletstores.com sdmun [url=http://www.cheapestdrdrbeats.com]beats by dre[/url] nrfcc http://www.cheapestdrdrbeats.com uupfb [url=http://www.cheapbeatsdrdrestores.com]beats by dre cheap[/url] eveum http://www.cheapbeatsdrdrestores.com djmg

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork