Sunday, December 9, 2012

Kenapa Saya Tak Tutup Aurat?

As Salam semua



Kisah kali ni sangat menarik. Terharu dan tersentuh. Itulah kuasa Allah. Takde sapa dapat menyangkal lagi. Kalau Dia berkehendak, sekarang jugak akan jadi. Kun Faya Kun! Ada seorang student dari IPT terkenal kat KL ni email aku malam tadi. Dia suruh aku publish email dia di blog aku. Mula-mula aku ingat email pasal apa lah kan, sekali bila aku baca... hmmmm memang PERLU & PATUT aku publish. 




Untuk memudahkan korang baca, aku copy paste ye. 

Assalamualaikum Innanie. 

Saya merupakan peminat blog Innanie. Blog Innanie ada tarikan tersendiri. Tak ada di blog orang lain. Innanie pandai menarik pembaca. Setiap entri yang Innanie berikan pada pembaca betul-betul memberi kesan dan penggunaan setiap perkataan yang dikeluarkan menunjukkan kematangan Innanie. Saya suka cara Innanie mendidik pembaca blog innanie. Sangat berkesan. Innanie melalui pengalaman yang banyak dan itulah rencam dunia manusia. Dugaan silih berganti. Tapi Innani tetap kuat. 

Disebabkan keberkesanannya tulah, saya terfikir nak bagitahu Innanie satu cerita yang saya rasa Innanie boleh keluarkan di blog. Bukan untuk tunjuk alim, tapi benda bagus perlu kita kongsi sama-sama. Supaya kita semua dapat kehidupan yang baik dan dirahmati Allah hendaknya. Ini kisah saya. Kisah seorang wanita Islam yang dahulunya jahil. Dahulunya saya pembuat maksiat yang tak henti. Tapi pembuat maksiat di sini bukan bererti saya melacurkan diri atau berzina. Nauzubillah. Apa yang saya maksudkan ialah, dahulunya saya tak menutup aurat. Maklumlah budak KL. Mananya nak tutup aurat kalau tak betul-betul kan. Rasa macam budak kampung je bila tutup-tutup aurat ni. 
Sebelum tu, saya kenalkan diri dahulu. Nama saya XXXX.  Saya berasal dari KL. Memang anak jati KL. Saya lulusan ijazah luar negaran dan  sekarang ni saya sambung belajar Master di XXXX. Dan jgk, saya sudah menutup aurat sepenuhnya. Alhamdulillah. Mesti Innanie fikir, macam mana saya boleh tutup aurat dengan elok sekarang? Ini ceritanya. 
Setelah tamat sekolah, saya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mak ayah kaya. Saya pilih je nak belajar kat mana, mereka mesti mampu. Saya mintak je duit, berapa saje cakp mesti mereka akan bagi. Saya keluar balik lewat pagi pun mereka tak halang. saya have fun dengan lelaki pun mereka takde masalah. Kata orang tu, hidup saya sebagai remaja memang didambakan oleh remaja-remaja kat luar sana. Semua ada! 
Bila saya di luar negara, hidup saya semakin bebas. Peluk mat salleh, cium mat salleh semua saya dah buat dan dah biasa cuma satu je yang saya tak buat tidur dengan mat salleh. Kalau bab aurat ni, takde tutup pun. Semua yang ada kat saya, semua orang tengok. Sebab saya tahu yang saya cantik dan saya memang boleh memikat orang lain dengan badan saya. 
Tahun ketiga saya di sana, ada seorang budak junior duduk serumah dengan saya.Lebih tepat sebilik. Nama dia Adillah. Dia pakai tudung, dia menutup aurat dengan sempurna. Saya macam biasa dengan dia. Muka

 dia manis. Body 

pulak kalau nak diikutkan, saya rasa saya lagi hot. Sebabnya, dia asyik pakai jubah, tak pun pakai baju kurung. Takde shape kata orang tu... mana mat salleh nak kan... 
Tapi entah macam mana satu hari tu, saya tengah lepak kat katil sambil dengar lagu, Adillah balik. Dia nak bersolat Asar waktu tu. Dan ketika tu, dia bukak tudung dia, dia singsing lengan untuk mengambil wudhuk. Entah kenapa waktu tu, hati saya melihat dia TERLALU CANTIK!!! (bukan saya lesbian ye)  tapi dia cantik yang tiada tandingan pada saya. Kulitnya mulus, putih gebu, rambutnya panjang mengurai ikal mayang, malahan baru saya sedar yang dia memiliki tubuh badan yang bershape sangat cantik!!! Hati saya termenung seketika. Saya diam dan perhati setiap langkah dia. Saya terpegun. Sebab saya tak menyangka dan tak perasan selama ni dia cantik sebegitu. 
Tiba-tiba hati saya berdetik "Dia lebih cantik daripada aku, dia ni kalau lelaki tengok mesti lelaki tak pandang aku, tapi dia simpan kecantikan dia tu. Simpan untuk yang berhak. Tak tunjuk pun pada orang lain. Sedangkan aku? Tak seberapa, tapi dah tunjuk pada semua orang! Semua orang dah pegang." 
Hati saya sayu, sebak dan sedih datang tiba-tiba. Sampaikan saya tak sedar yang air mata saya mengalir rupanya, dan tanpa saya sedar, Adillah dari tadi memandang saya. Dia datang dekat sy dan tanya kenapa. Saya malu nak bagitau dengan dia, tapi sesuatu yang saya ucapkan. " Aurat Dillah. Aurat." Dia tak faham apa yang saya cakap. Saya bagitau dia "Akak tak tutup aurat. Akak malu. Dillah yang cantik ni pun, tutup aurat. Tak tunjuk orang lain. Akak yang tak seberapa, tapi bukan main menayang pada orang lain aurat akak. Kalau akak kahwin, dah takde yang istimewa dah untuk akak tunjuk pada suami sebab semua orang dah tengok aurat akak!" Terus saya peluk Adillah dan menangis. 
Sungguh Innanie, besar betul hidayah dan hikmah Allah bagi pada saat tu. Itu titik tolak saya berubah sehingga hari ni. Saya tak tahu, kenapa dan bagaimana tapi Adillah adalah jalan Allah berikan pada saya untuk berubah. Menjadi muslimah yang sejati walaupun di rantau orang. Sejak hari tu, Adillah banyak mengajar saya dan membantu.
Syukur pada Allah kerana membuka pintu hati saya. Saya bertaubat dan saya menyesali apa yang saya lakukan. Sekarang ni saya sedar, menutup aurat itu lebih jauh manisnya dan cantiknya bukan sekadar di pandangan manusia tapi di pandangan Allah jua. 
Semoga cerita saya ini menginspirasi perempuan-perempuan di luar sana untuk menutup aurat dan melakukan hijrah yang sebenarnya. Amin
Assalamualaikum dan terima kasih Innanie. :)


Korang dah baca kan? Apa pandangan korang? Aku hanya mampu ucap syukur dan Subhanallah. Dia telah bukakan hati akak ni untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan moga kita semua mendapat inspirasi daripada luahan hati dan perkongsiannya. In sha Allah. 


Terima kasih kak. Saya juga tersentuh. 




29 comments:

  1. saya sangat tersentuh dengan kisah ni. alhamdulillah dia sekarang dah jadi lebih baik. dia sempat jadi lebih baik dan semoga kita juga sempat jadi lebih baik daripada sekarang.

    ReplyDelete
  2. as salam

    perkongsian yang bermakna dari dia..moga hidupnya lebih diberkati..in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. bagus real story ni nanie.
    salah satu cara nak encourage orang tutup aurat!!

    ReplyDelete
  4. dik akak jugak tersentuh dengan email yang diberikan. Semoga kita juga semua diberikan hidayah.

    Akak pun suka baca blog ko sebab mudah dipahami dan tak berbelit-belit dan akak rasa ni jugak antara faktor ko amik bidang lawyer ni dik oiii...

    ReplyDelete
  5. aku sbg lelaki pon boleh terkesan baca cerita ni...

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah ;) Alhamdullilah dia beruntung sebab dapat hidayah Allah. Tak sangka dia siap tulis dekat akak Innanie pasal kisah dia.

    ReplyDelete
  7. bagus perkongsian dia...

    dan adillah juga bagus

    #semoga sy juga spt mereka

    ReplyDelete
  8. subahannallah..hebatnya dia..dia dpt hidayah...sgt beruntung...Allah bagi dia hidayah..smoga dia terus tawakal utk mnjadi lebih baik...

    ReplyDelete
  9. payah nk cri mcm adillah skrg...dan tahniah jugak buat XXXX 2.. (y)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, syahdu jugak baca kisah ni

    ReplyDelete
  11. kalau Allah inginkan kebaikan pada seseorang tu, dikirimkannya hamba-hambaNYA sebagai pemimpin mereka. subhanallah..

    ReplyDelete
  12. Menitik air mata baca. Ya Allah kuasa tuhan, dimana pun kita berada kalau Allah dah angkat untuk beri kita hidayah Nya pasti akan dapat. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  13. subhanallah..bgusla cerita camni kita share2kan..

    ReplyDelete
  14. semoga perempuan mcm adillah itu menjadi yg halal buat diriku.amin :)

    ReplyDelete
  15. Akak juga dulu begitu. Terima kasih tak terhingga pada hubby yang membuka ruang untuk akak berhijab.. Walau belum cukup sempuarna, akak cuba sedaya upaya ni... =)

    ReplyDelete
  16. Allah SWT masih sayangkan akak tu.. di bukanya pintu hati akak tu untuk menutup aurat.. Alhamdullilah.:)

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya..Subhanallah.

    ReplyDelete
  18. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGEHTAHUI SEGALA2NYA...DIA beri hidayah kpd hambaNYA yg dikehendakiNya...Subhanallah...

    ReplyDelete
  19. tersentuh betol dgn cerita akak tu. meya pun b'syukur sebab dapat berubah awal. hehe

    ReplyDelete
  20. baru ada masa terluang sikit godek godek entry nanie.tersentuh baca email dia ni.semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk olehNya:)

    ReplyDelete
  21. Terharu baca kisah ni. Alhamdulillah hidayah dah sampai kepadanya. Tak semua manusia sempurna & Allah boleh beri hidayah bila2 sahaja. Syukur. Besar pahala panjang2kan kisah ini buat Innanie

    ReplyDelete
  22. terharu sgt baca...tq for sharing..

    ReplyDelete
  23. wahh.. terharu sngt2.. sykurlah dia dpat hidayah.. kan bagus saya pun mcm xxxx jugak.. dpat berubah

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork