Wednesday, December 26, 2012

Kisah Nur Husna, Si Anak Yatim Jambatan Ke Syurga

As Salam semua

Dalam pada aku tengah running bagi Hadiah Best lagi Awesome buat semua follower BCE dan blogger kat luar sana tu, aku jugak running sama Program Bantuan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Kasih Bestari. Untuk makluman, program ni akan menggabungkan sukarelawan yang juga blogger untuk sama-sama mencari dana dan menziarah adik-adik di Rumah Amal Kasih Bestari Shah Alam ni. Alhamdulillah, setakat hari ni jumlah kutipan yang aku peroleh dah cecah tiga angka. Takpe, sabar-sabar...sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. In Sha Allah, Allah akan bantu aku buka pintu hati insan-insan pemurah di luar sana tu. Aku yakin, ramai yang sudi membantu! 

Petang tadi, aku dapat satu email dari salah seorang pembaca BCE. Email yang sangat-sangat menyentuh naluri dan jiwa kau seorang manusia. Aku copy paste email tersebut. Memudahkan korang baca dan hayati.... 

sumber: google. *aku terbayang Husna mungkin secomel ini*


Salam Innanie

Nama akak, Kak Hamidah. Umur akak dah jejak 41 tahun. Akak berasal dari Ipoh, Perak. Seorang guru Matematik. Juga seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Namanya Nurul Alisha Husna,11. Ahmad Adam Haziq, 8 dan Ahmad Aryan Hamizi, 6. 

Akak ada terbaca blog Innanie pasal bantuan derma anak-anak yatim tu. Bagus usaha Innanie dan kawan-kawan tu. Akak sokong dan memang bantuan terpuji. Kalau Innanie tak kisah, akak nak share satu cerita. Since akak baca cerita Innanie pasal Yana tu kan, akak rasa ada bagusnya jugak kalau akak ceritakan dan share pengalaman akak sendiri dengan anak yatim. 

Memang betul Inannie, anak yatim tu Allah sayang. Kalau Innanie nak tahu, sebelum akak dapat 3 orang cahaya mata ni, akak ada ambil seorang anak angkat yang merupakan anak yatim. Mak dan ayahnya meninggal akibat kemalangan. Mak dan ayahnya merupakan sepupu suami akak. Nama anak yatim tu Nur Husna Bt Mohd Fudzie. Dan masa mak ayahnya meninggal dunia, dia baru berusia 7 bulan. Ketika tu, akak pulak memang dah lama mendambakan seorang anak sebab masa tu akak dah 5 tahun kahwin tapi masih belum dapat baby. Menurut kata doktor, rahim akak tak kuat dan peluang akak mendapat bayi sangat-sangat tipis. Akak sedih sangat. Dan rasa tak complete jadi seorang perempuan. 

Masa mula-mula nak ambil Husna jadi anak angkat kami, akak dan suami sangat takut. Sebabnya Husna anak yatim. Kami dikira pemegang amanahnya. Pada mulanya, akak menolak untuk ambil Husna sebagai anak angkat sebab akak tak yakin dan akak khuatir kalau termakan harta anak yatim lepas tu akak rasa malu sebab tak dapat beri suami akak zuriat, tapi suami akak bekeras nak jaga Husna sebab suami akak memang rapat dgn arwah ayah Husna. Sampaikan akak bergaduh-gaduh dengan suami akak. Tapi, lama-lama Allah lembutkan hati akak. Jadi akak ikut je lah suami akak kan. 

Tapi, mak akak ada pesan kalau kita jaga atau buat baik dgn anak yatim ni, niatkan dalam hati mudah-mudahan kita senang juga mendapat zuriat. Akak ikut. Akak memang niat dalam hati masa akak mula-mula dukung Husna nak bawak balik rumah tu. Akak doa dan niat "YA ALLAH, KALAU HUSNA ADALAH SATU-SATUNYA ZURIAT YANG KAU BERIKAN PADAKU, AKU REDHA. AKU AKAN JALANKAN AMANAH-MU INI DENGAN BAIK. AKU AKAN BAHAGIAKAN HUSNA SEBAHAGIA YANG AKU MAMPU. NAMUN, AKU MOHON BELAS IHSAN MU YA ALLAH MELALUI HUSNA AGAR AKU JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT SENDIRI. ZURIAT YANG DATANG DARI RAHIMKU SUPAYA HUSNA TIDAK KESEORANGAN." 

Itulah satu-satunya niat akak dik. Husna memang anak yang baik. walaupun dia 7 bulan tapi dia tak menyusahkan akak dan suami. Malahan kalau Innanie nak tahu, dia sebenarnya menambah erat hubungan akak dan suami juga menambah rezeki. Bermula dari kami ambil Husna, banyak benda berubah. Suami akak naik pangkat, rezeki akak jugak semakin murah. Dulu akak takut jugak kalau ada Husna, gaji kami tak mencukupi untuk beli susu, orang jaga baby dan makan pakai Husna. Tapi semua tu takde. Husna memang murah rezeki. 

Setahun lebih akak jaga Husna, tiba-tiba entah macam mana akak disahkan doktor hamil 5 minggu. Masa tu akak menangis puas-puas. Akak bersyukur terharu. Husna masa tu dah hampir 2 tahun seolah-olah faham yang akak tengah gembira sampai dia pun menangis sama bila tengok akak menangis. Akak peluk Husna. Akak tahu, ini kurniaan Allah dan belas ihsan Allah pada kami yang sudi membela anak yatim seperti Husna. Sebab kalau diikut percentage akak untuk hamil sangat-sangat tipis dan mungkin hampir tiada. Subhanallah!!! Besar sungguh kurniaan Allah buat kami suami isteri.

Tapi, kita hanya merancang dik. Tuhan menentukan. Masuk 7 bulan usia kandungan akak, tiba-tiba Husna jatuh sakit. Dia kena demam denggi. Masa tu akak sangat bimbang. Akak kena jaga kandungan dan masa yang sama Husna sakit ditahan di wad. Tak lama dik kami nikmati kegembiraan bakal menimang cahaya mata sebab kami berdepan terlebih dulu untuk kehilangan Husna. Husna pergi selamanya tanggal 10 Jun 2001 jam 3.20 pagi.... Husna meninggal dunia dik di usianya 2 tahun setengah. Akak menangis sekali lagi, Akak rasa kehilangan Husna. Puas akak tenangkan diri..... sebab risau kandungan akak. Ujian Allah dik... akak kena redha dengan pemergian Husna. 

Rupa-rupanya Allah berikan Husna buat kami supaya kami bersedia menjadi ibu bapa. Supaya akak dan suami belajar macam mana untuk jadi ibu bapa yang baik buat anak yang bakal akak lahirkan dan akak terhutang budi dgn arwah Husna. Dan disebabkan itu, anak sulung akak, akak letakkan nama Husna di akhir namanya supaya Husna mekar dalam ingatan dan doa kami suami isteri.

Sebab tu dik, bila akak baca blog adik pasal nak berbakti pada anak yatim, akak tersentuh. Untuk itu akak dengan niat fisabillilah dan atas nama Nur Husna Bt Mohd Fudzie, akak dermakan RM XX buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari. Moga wang tersebut dapat membantu meringankan bebanan mereka dan pahala jariahnya diberikan pada arwah Husna, anak sulung akak yang telah kembali ke Rahmatullah sebelas tahun dulu. Moga dia dapat memimpin tangan akak sekeluarga ke syurga hendaknya.

Terima kasih Innanie. Harap Innanie sudi share email akak di blog Innanie dan dapat dijadikan teladan buat kita semua. Harap Allah juga beri Innanie pahala yang berlipat ganda. 

Assalamualaikum.... 



Aku terkedu jugak bila baca keseluruhan email akak ni. Terima kasih Kak Hamidah atas sumbangan akak buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari. Saya juga doakan moga arwah Husna menjadi jambatan buat akak dan keluarga ke Jannah nanti. In Sha Allah....

Kepada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan, anda boleh menyalurkan bantuan anda  melalui saya di :


NUR FATEEN INNANIE BINTI ARIFFIN

BANK : MAYBANK

NO.AKAUN : 1-513-880-94254

*emailkan transaction anda kepada saya di innanie.ariffin@yahoo.com bagi mengelakkan kekeliruan di kemudian hari. 


Dan sebagai penutup entry, aku lampirkan wajah-wajah suci anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari yang bakal aku dan beberapa lagi sukarelawan blogger ziarah pada 24 Februari depan. In Sha Allah. Moga Allah permudah segala urusan kami...



Allahuakbar.... tersentuh aku bila tatap satu-satu wajah comel mereka. Tak sabar rasa hati nak bermesra dengan anak-anak kesayangan Allah ni...



27 comments:

  1. sedihnya.. menangis za baca.. xleh nk ckp apa. faham sgt apa yg akak tue rasa bila xleh pregnant..

    ReplyDelete
  2. Sedihnye baca kisah adik husna nie... pasti syurga adalah tempatnya.. hurm, saya jugak anak yatim.. ayah meninggal masa umur 5 tahun.. dah 15 tahun pun berlalu... alhamdulillah saya dah besar walaupun tnpa ayh disisi:(

    ReplyDelete
  3. terharu dgn email akak tu...eca teringat la beberapa bulan lepas,ada sorang makcik ne bagi anak lelaki(anak yatim) kat mama eca...memula mama memang nak ambil..tapi takut kami adik-beradik tak berapa nak setuju..yela,mama kan da lanjut usia,takkan nak jaga nak kecil lagi...mana lagi parents pun sibuk dgn mcm2 hal...so,mama pun decide pass anak tu dekat sorang cikgu (da hampir 3thn kahwin,tapi tiada anak).Sejak dari tu,rezeki mama murah je..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. sedih akak bce email akak nih....smoga arwah Husna tenang di sana...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. dik, kalau ada orang nak bagi anak yatim, baby...bagitau akak ye. akak dah 6tahun kawen, tapi belum ada rezeki. fidayu_ps@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Sy dan suami mcari anak angkat..kmi akan mjagany spt anak sndiri blh hubungi 011-1902 3898

    ReplyDelete
  7. Sy dan suami mcari anak angkat..blh hubungi 011-1902 3898

    ReplyDelete
  8. Sgt berbesar hati kalau ada yg nak bg anak yatim lelaki berumur 0-5 tahun untuk kami pelihara sebagai anak angkat..0142263033.terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saya dan suami sangat berminat untuk mengambil anak yatim sebagai anak angkat Dan susuan.seandainya ada info tlg pm saya pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  10. Sy teringin untuk bergelar sorg ibu.. skiranya ada yg sudi untuk mberi ank untuk dijaga.. in sya Allah sy akan jaga sebaik mungkin.. boleh contact sy 0128932902 -zizie- (damansara)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Allahu Akhbar... KuasaMu sememangnya tiada tandingan..... RezekiMu memang tiada batasan...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum
    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Buat masa ini saya mencari seorang anak lelaki / perempuan yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024
    Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalam...sy yana mencri bby utk d jdikn anak angkat.xkisah bby sah atau x sah taraf..yg penting ikhlas nak bgi..sy dduk kuantan..luar kuantan pun xpe..0183823700 bole call@ msg sy..tq

    ReplyDelete
  15. saya mencari anak angkat perempuan yang berumur 18 tahun ke atas. anak yatim,anak yang solehah dari sekolah agama di alukan. berminat boleh email ke nabihah.moa@gmail.com.

    ReplyDelete
  16. saya mencari anak angkat perempuan yang berumur 18 tahun ke atas. anak yatim,anak yang solehah dari sekolah agama di alukan. berminat boleh email ke nabihah.moa@gmail.com.

    ReplyDelete
  17. saya mencari anak angkat perempuan yang berumur 18 tahun ke atas. anak yatim,anak yang solehah dari sekolah agama di alukan. berminat boleh email ke nabihah.moa@gmail.com.

    ReplyDelete
  18. Sy mencari calon isteri dikalangan anak yatim .kalau ada apa apa apa contact sy.muslimipoh@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..

    Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
    Suami kja government,umur 30.
    Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum saya mencari anak angkat... nama saya ayu... sila hubungi saya...
    017 9558917

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum saya mencari anak angkat... nama saya ayu... sila hubungi saya...
    017 9558917

    ReplyDelete
  22. As Salam.. Saya azli, seorang guru, lokasi Perak. Kami suami isteri ingin mencari anak angkat jantina perempuan berumur 1-5 tahun. Boleh wass app saya, 011-52841565 atau sms 019-5037452

    ReplyDelete
  23. Assalam . Sy Izzati ingin mengambil anak angkat . Kami suami & isteri ingin mengambil anak angkat ,tak kisah lelaki ataupun perempuan . Kalau boleh nak yg bayi lagi ,terima kasih . WS/ 01111140629

    ReplyDelete
  24. Salam. Saya lelaki bujang ingin mendapat anak angkat juga. Hanya anak lelaki shj yg dibenarkam untuk menjadi anak angkat kpd individu bujang. Boleh hubungi saya 0177470847

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork